Saturday, July 1, 2023

CARA UNTUK BUAT GOLD CONVERT ACCOUNT (GCA) BERSAMA QUANTUM METAL





Salam dan selamat datang buat semua sahabat.
Jutaan terima kasih buat sahabat yang berminat untuk tahu tentang cara untuk buat GCA melalui Quantum Metal.

Sebelum tu, jom kita tengok dulu cara macamana GCA berfungsi.

Untuk makluman sahabat semua,   Gold Convert Account (GCA) salah satu produk terhangat di Quantum Metal. Tapi sebelum kita cerita lebih panjang, jom daftar dulu di sini.


Peringatan: Kalau sahabat daftar, jangan lupa check email untuk buat password dan juga nombor rahsia 6 digit. Lepas tu boleh login di sini - LOGIN QUANTUM METAL


Baik jom kita ketahui cara GCA berfungsi. 

GCA menggunakan konsep al rahnu atau gadaian secara Islam. Sebagai peniaga atau sebagai pekerja sebagai contoh,  sahabat mendapat pulangan  atau gaji  sebanyak RM5,000 sebulan.

Biasanya bila dapat duit hasil perniagaan atau gaji, kita akan terus guna duit tu dan yang lebih baru kita simpan.

Tapi dengan kaedah GCA sahabat tidak akan teruskan cara lama yang sangat merugikan. 

Jadi apa yang sahabat perlu buat? 

Ok...
Dari terus guna duit yang kita dapat setiap bulan tu, sabar sikit. Jangan guna dulu duit tu. Tapi beli emas dulu. Ye beli emas dulu dengan semua duit sebanyak RM5,000 tu.

Habis tu? macamana saya nak berniaga atau nak belanja?

Ok sahabat! rileks dulu.

Gini cerita dia.

Bila nak beli emas melalui Gold Storage Account (GSA) (klik QM Sell) sebanyak RM5,000, sahabat akan nampak ada tempat untuk tick. Cuba tengok gambar kat bawah ni. Jadi tick dekat situ. Maka QM akan kreditkan 85% dari jumlah RM5,000 setelah ditolak 7% spread (harga keuntungan syarikat) ke akaun bank sahabat. 

Biasa proses akan ambil masa antara 2-5 hari sahaja. 

So sahabat akan dapat sekitar RM4,000. Jadi duit ini boleh digunakan untuk buat modal pusingan perniagaan atau untuk berbelanja. Jadi sahabat "Ada emas, ada duit". Inilah kehebatan produk GCA Quantum Metal.

Cara Nak buat GCA.


So apa feadahnya buat GCA ni?

Baik. Bila sahabat beli emas sebanyak RM5,000, emas tersebut adalah milik sahabat 100% macam kita beli di kedai emas. Emas ini kita buat al Rahnu / gadaian secara  Islam dengan QM. Jadi QM pegang emas kita sebagai cagaran. Lepas tu QM beri kita pinjaman secara tawarruq al Murabahah sebanyak 85% (sekitar RM4,000)

Katakan selepas 10 bulan, harga emas naik 10% menjadikan nilai emas sahabat bertambah sebanyak RM500. Jadi nilai emas sahabat yang dipegang oleh QM kini bernilai RM5,500. Pada masa ini, sahabat buat keputusan untuk jual balik (terminate) GCA ini, maka ketika ini QM akan tolak pinjaman tadi sebanyak RM4,000. Jadi bakinya sebanyak RM1,500 akan dikembalikan kepada sahabat. Jadi di sini sahabat untung RM500 atau 10% dari jumlah pembelian emas berjumlah RM5,000 tadi.

Ini yang best tentang GCA ni. Dapat duit, dapat emas, dapat untung lagi!

Bila nak bayar balik pinjaman ni?

Boleh bayar bila-bila masa. Biasanya kita akan jual bila harga naik. Tak kisah bila-bila masa sebab dalam QM tiada istilah 'forced sales' atau lelong asal saja bayar upah simpan sebanyak 3.5% setahun.

Cara nak buat GCA step by Step

1. Daftar dulu di sini -  DAFTAR QUANTUM METAL SECARA PERCUMA

Peringatan: Sudah daftar, jangan lupa check email untuk buat password dan juga nombor rahsia 6 digit. Lepas tu boleh login di sini - LOGIN QUANTUM METAL. Kalau tiada email diterima, jangan risau, boleh cuba daftar sekali lagi dengan menggunakan email yang baru. Insya Allah berjaya!

2. Lepas berjaya daftar dan dapat email untuk buat password dan no rahsia (6 digit), login menggunakan link ini - https://my.quantummetal.com/

3. Bila dah buka, di sebelah kira ada link (lihat gambar di bawah). Klik GSA - QM Sell.



4. Bila klik QM Sell, akan keluar page seperti di bawah. Masukkan jumlah wang yang nak dibuat GCA, klik FPX (nanti akan senarai bank), tick convert to Gold Convert, klik bank dan submit.



5. Bila klik FPX akan keluar senarai bank seperti di bawah. Pastikan semua info adalah tepat. Nama, IC, jumlah wang yang nak dibuat GCA, tick persetujuan melantik QM sebagai wakil, download perjanjian dan last sekali tick confirm.


6. Bila klik confirm, akan keluar senarai bank, pilih bank sahabat dan confirm. Akan ada SMS untuk no TAC sama seperti kita buat pembelian secara online.

7. Jika semua proses pembayaran selesai, sahabat boleh check balik di QM. Jumlah gram emas bersama nilai semasa akan ada di sana.

8. Masa untuk duit dimasukkan ke dalam akan sahabat ialah antara 2-5 hari bekerja.

Saya doakan sahabat berjaya melalui proses ini dan moga Allah SWT kurniakan rezeki yang berkat buat sahabat semua.

Wassalam

Salam Ukhuwah dari saya. Prof Madya Dr Nik Rahim Nik Wajis +6018 356 3832 (Call/Whatsapp) / +6014 820 7111 (call /sms only) Nilai, Negeri Sembilan

Featured Post

BENARKAH EMAS ADALAH PELABURAN TERBAIK SEPANJANG ZAMAN?

Salam sahabat semua.  Emas seperti yang kita ketahui adalah logam yang amat tinggi nilainya. Jadi tidak hairanlah sejak sekian lama, emas di...