Tuesday, May 15, 2012

HARGAILAH ISTERI ANDA





HARGAILAH ISTERI ANDA




Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah.
Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah.
Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.


Pada satu malam ~~~~


Mat berdoa,"Ya Tuhanku.
Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah
bersama anak-anak.
Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari.
Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku.
Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya
dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja.
Biar aku pula yang berehat di rumah"


Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat.
Pagi esoknya, ia bangun dari tidur,dan pastinya sebagai seorang isteri.
Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, berus gigi dan terus ke dapur
menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak.


Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan,pada masa yang sama melayan suami bersarapan.
Pastu menghantar pula suami yang nak pergi kerja ke pintu, kemudian kembali
membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.
Pastu panaskan enjin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah.
Balik dari sekolah terus ke pasar untuk
membeli ikan dan keperluan dapur yang lain.


Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah.
Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan
dulu dalam peti ais.
Kemudian kutip kain busyukkk untuk dicuci dengan mesin taip "ehh tersyasyull" mesin basuh sehingga selesai dan dijemur.


Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.


Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari.
Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah.
Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah.


Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat.


Kemudian angkat kain di jemuran.


Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh.
Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan.


Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari.


Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi.


Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal.


Selesai salam, azan Asar kedengaran.


Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.


Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam.


Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih
kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi.


Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai.
Badan pun dah lemah longlai...
Bolehlah rasanya nak berehat sikit.


Opps.... belum boleh rehat rupanya.
Suami juga mahukan layanan.
Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami.
Tambahan pulak malam ni malam Jumaat.


Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali dan langsung
tertidur.......
tak pasti pukul berapa. ..
Setelah terjaga sebelum dinihari,


Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku.
Barulah kini aku tahu....
Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri.
Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni.
Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan.
Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula.
Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri.
Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah.
Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"


Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,
"Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab
persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih.


Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu
dapat menjadi suami kembali...."




Whatttt???...
9 bulan 10 hari??? .....Beranaaak???.......Waaaaaa.. tak nak,
tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk...!!!


~~~~~


"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"


Sergah satu suara disisinya.
Mat melompat bangun dari katilnya dan terus
memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang
yang jadi suami???


"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni.
Kan Nab nie pompuan.
Tentulah abang yang jadi suami.....
Apa punya lawak pagi-pagi buta ni....."


Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya
membuat kerja-kerja rumah.....
Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis
Mat kutip basuh...
Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian
melihat gelagat suaminya.........


Moral cerita :


Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah
anugerah Tuhan yang tidak ternilai..
jadi kepada sesiapa yang bergelar suami di luar sana hargailah isteri anda..


(^ ^,)


Ehsan dari :


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=364350243602864&set=a.361980017173220.74363.217437684960788&type=1


Salam Ukhuwah dari saya. Dr Nik Rahim Nik Wajis +6013 6410135 Kuantan, Pahang, Malaysia

No comments:

Post a Comment

Featured Post

BENARKAH EMAS ADALAH PELABURAN TERBAIK SEPANJANG ZAMAN?

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera sahabat semua.  Emas seperti yang kita ketahui adalah logam yang amat tinggi nilainya. Jadi tidak ...