Sunday, October 12, 2014

KENAPA SAYA BOIKOT SHAKLEE?

KENAPA SAYA BOIKOT SHAKLEE?

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat...moga sahabat  semua dirahmati Allah. Ameen!

SUKAR....memang amat sukar untuk saya membuat keputusan ini. Saya dan keluarga  menaruh harapan menggunung terhadap Shaklee. Bagi kami shaklee adalah laluan cukup sempurna bagi menyelesaikan masalah kewangan yang membelenggu diri. 

Setelah MELOMPAT dari satu syarikat ke satu syarikat MLM dan GAGAL dalam kesemua penglibatan saya sebelum ini (atau belum lagi BERJAYA!) ..akhirnya saya sekali lagi bertemu jodoh dengan SHAKLEE...walaupun setelah 'berpisah' sekian lama pada awal tahun 1990an.

Kali ini saya tekad tidak mahu KECEWA lagi! cukuplah pengalaman-pengalaman lalu menjadi pengajaran berguna buat saya sekeluarga. PUNCA KEGAGALAN  saya cuma satu....saya QUIT! dan berhenti setelah bertungkus lumus membina rangkaian. Saya tidak mahu kisah pedih yang pernah saya lalui berulang kembali.

Saya dan family join SHAKLEE untuk kali kedua  pada Julai 2012. Tapi setahun kami  SUNYI SEPI! kerana kesibukan, sepanjang tahun 2012, satu sen pun kami tidak membuat sebarang jualan!

Pada tahun 2013 sekitar bulan November, tekanan dari sudut kewangan semakin parah. Anak semakin bertambah. Pendapatan sebagai pensyarah di salah sebuah maahad tahfiz di Negeri Pahang yang agak kecil, jauh sekali dari mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga besar kami!

MESYUARAT TERGEMPAR dilakukan bagi mencari solusi kepada permasalahan yang amat kronik  untuk ditanggung ini. Akhirnya kami membuat keputusan untuk bergerak aktif dalam Shaklee. Strategi diatur. Langkah disusun. Iklan dan promosi diperhebatkan. Syukur! pada bulan Oktober 2013, segala usaha membuahkan hasil! RM1,727 adalah bonus yang diterima pada bulan tersebut. 

Sehingga artikel ini ditulis, bonus paling tinggi dicapai adalah pada bulan Mei 2014 berjumlah RM4,138 dan sekaligus layak untuk menyertai Konvension yang diadakan di Sunway Lagoon pada 7-9 June 2014.

Secara jujur, saya dan keluarga amat MENYAYANGI shaklee! Shaklee pada pandangan kami dan juga ramai pengedar Shaklee di luar sana adalah LUBUK EMAS. Apa tidaknya, ada di antara leader dalam shaklee memperoleh sehingga RM600,000 SEBULAN! Amazing kan?

Namun....KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG, RUPANYA HUJAN DI TENGAH HARI!


Serangan bertubi-tubi tentera zionis israel MENGUBAH segalanya! Meskipun serangan seumpama ini bukan pertama kali dilakukan oleh tentera zionis terhadap umat Islam di Gaza, Palestin, namun entah kenapa...kali ini ianya benar-benar MENYENTUH JIWA saya dan famili. Tidak sanggup rasanya untuk melihat penderitaan saudara-saudara se Islam diperlaku sedemikian rupa oleh zionis yang bersifat kebinatangan. Anak-anak kecil yang tidak berdosa menjadi korban kebejatan israel laknatullah.

Dari sini bermula episod baru dalam hidup saya dah famili. Kami mengikuti perkembangan di Gaza setiap minit! Api kemarahan  meluap-luap membakar bila jiwa demi jiwa gugur menyembah bumi akibat bedilan si pengecut tentera zionis syaitan yang dibantu oleh amerika yang menjadi talibarut.

Rasa bersalah menyelubungi jiwa. Tak sanggup rasanya berpeluk tubuh tanpa melakukan apa-apa untuk membantu pejuang-pejuang Al Qassam memerangi kaum bani israel yang mengganas. AKHIRNYA....setelah membuat search serta mengikuti perkembangan Gaza dari pelbagai sumber antaranya Aqsa Syarif, maka kami membuat keputusan untuk memboikot barangan Israel. Ini sahaja yang kami mampu untuk melakukannya. Moga Allah mengampuni dosa dan kelemahan kami! :o(

Langkah PERTAMA.....adalah memboikot McDonald yang dengan jelas bersekongkol dengan israel. Mc D sebenarnya sudah lebih setahun kami sekeluarga boikot.
Kali ini bukan hanya kami memboikot, tetapi trurut sama dalam kempen boikot barangan israel melalui media sosial seperti facebook dan lain-lain.

SUATU YANG TIDAK DIDUGA BERLAKU! Posting saya tentang pemboikotan  tesco yang turut bersekutu dengan kerajaan israel menjadi viral di facebook dan dikongsi oleh sekitar 16,163 pengguna FB dan turut dikongsi oleh  oh! MediaPenMerahberitasemasateranukite dll.



Demi mencari kebenaran - saya menulis sendiri kepada pihak Tesco UK bagi mendapatkan penjelasan dan inilah jawapan dari mereka!

Roger Barnett, Pengerusi Shaklee. Beliau berketurunan yahudi. Juga bertindak sebagai
Ahli Lembaga Pengarah kepada Elei Wiesel Foundation, satu pertubuhan
yahudi yang begitu fanatik menyokong israel.

Saya memang tidak ada perancangan untuk memboikot Shaklee pada mulanya kerana beberapa sebab:


1)      Walaupun Roger Barnett adalah se orang yahudi seperti yang dinyatakan di dalam banyak artikel di internet, namun tiada bukti kukuh bahawa shaklee menyumbang secara langsung kepada israel. Jadi tiada sebab untuk memboikot shaklee berdasarkan hukum asal dalam Islam yang membolehkan kita bermuamalah dengan orang yang bukan Islam.

2)      Saya berfiki banyak kali sebelum membuat keputusan memboikot Shaklee kerana saya telah menikmati bonus yang amat saya perlukan walaupun ianya tidaklah sebesar mana jika dibandingkan dengan ramai leaders yang income mereka mencecah ratusan ribu. Bagi mereka ini, keputusan untuk memboikot mungkin jauh lebih sukar, bahkan akan ada di sana yang akan terus menjalankan perniagaan shaklee kerana SAYANG dengan wang ratusan ribu ringgit yang diperlolehi setiap bulan.

Gambar Roger Barnett bersama Elie Wiesel, pengasas  Elie Wiesel
Foundation, penyokong tegar negara haram israeil.

NAMUN...semuanya berubah bila saya dapat maklumat  melalui  wasap bahawa Dr Zaharuddin (Uzar)  mengatakan bahawa Roger Barnett, CEO Shaklee adalah Board of Director kepada Elie
Wiesel  Foundation yang merupakan yayasan kebajikan yang diasaskan oleh se orang yahudi yang merupakan penyokong kuat  kepada negara haram yahudi. Walaubagaimanapun, entry berkaitan maklumat di atas  di blog Dr Azaharuddin dipadam tidak lama selepas itu. Tidak tahu apa punca penarikan maklumat tersebut. Tidak berapa yakin apa yang diperkatakan, saya turut membuat search di internet  dan TERNYATA maklumat oleh Uzar adalah BENAR!

Aduh! Jiwa semakin gundah gulana. Bertalu-talu soalan menerjah di fikiran. Apa nak buat sekarang?
Saya cuba memujuk hati...alah! Roger tu walaupun yahudi, dan menjadi Ahli lembaga Pengarah kepada Elie Wiesel Foundation, tak ada bukti jelas yang shaklee membuat sumbangan kepada israel. Namun jiwa terus bergelora. Ternyata, jawapan-jawapan tersebut tidak mampu membawa ketenangan kepada jiwa yang sedang berbolak balik ini.

“Dr Yusof Al Qardhawi kata wajib boikot barangan israel atau barangan keluaran amerika” kata isteri saya ketika saya sedang sibuk mencari bukti-bukti tambahan tentang Roger Barnett. Tercengang saya seketika. Tak percaya! Macamana boleh ada hukum baru yang bercanggah dengan hukum asal yang mengharuskan bermuamalah dengan orang bukan Islam.

Dalam hati saya mula berbisik, “kalau benar Dr Yusof Al Qardhawi   ada mengeluarkan fatwa demikian, saya mesti BOIKOT  Shaklee!! Saya nekad. Tak rela saya membantu yahudi membunuh jiwa-jiwa muslim yang tidak berdosa di Palestin dan saya menjadi salah se orang yang menyumbang ke arah itu. Selain itu, jika saya terus membeli dan menjual produk shaklee ini bermakna saya melakukan suatu yang  HARAM kerana membantu musuh membunuh umat Islam, maka semua hasil bonus yang saya perolehi adalah HARAM...Astaghfirullah! saya tak sanggup memberi rezki yang HARAM kepada isteri-isteri dan anak-anak yang amat saya kasihi!

Saya terus mencari sumber asal fatwa/ pandangan Dr Yusof Al Qardhawi di internet. Saya tak mahu ambil dari sumber lain yang berbentuk secondary kerana macam-macam boleh berlaku. Ramai orang suka menebar fitnah dan khabar angin di interntet.

Saya tidak mengambil masa yang lama  untuk menemui website Dr Yusof Al Qardhawi. Cari punya cari akhirnya saya temui jawapan yang sungguh mengejutkan saya. Tulisan Dr Yusof Al Qardhawi di dalam bahasa Arab, saya baca berulang kali agar saya tidak silap dalam memahami maksud tertulis.

JELAS!

Dr Yusof Al Qardhawi menjawab soalan dari salah se orang pembaca tentang hukum bermuamalah dengan musuh-musuh Islam dalam perniagaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi yang mana hasilnya akan kembali kepada musuh tersebut samada di waktu aman atau di waktu perang. Ini ringkasan jawapan beliau:

Umat Islam diperintahkan untuk berjihad menentang musuh agama dan negaranya dengan segala cara yang termampu olehnya samada dengan tangannya, atau dengan lidahnya, atau dengan hatinya dan juga melalui  boikot. Apa saja yang boleh melemahkan musuh WAJIB dilakukan oleh umat Islam mengikut kemampuan mereka masing-masing. TIDAK HARUS sama sekali bagi umat Islam membantu musuhnya samada yahudi atau mereka yang menyembah berhala.  Firman Allah Taala di dalam surah al Maidah ayat 51:

يا ايها الذين آمنوا لا تتخذوا اليهود والنصارى أولياء بعضهم أولياء بعض ومن يتولهم منكم فإنه منهم
(المائدة 51)


Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengangkat Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin . Mereka adalah pemimpin di kalangan mereka maka barangsiapa yang melantik mereka di kalangan kamu maka orang itu termasuk golongan mereka."

Apa yang dimaksudkan dengan ‘mengangkat yahudi dan nasrani sebagai pemimpin’ ialah mengangkat mereka dengan berbagai cara samada dengan hatinya atau lidahnya atau dengan bermuamalah dengan mereka atau melalui apa-apa cara. Jika ini dilakukan maka, jadilah mereka itu seperti yahudi dan nasrani. Wal’iyazubillah...

Umat Islam jika tidak mampu untuk berjihad dengan menggunakan senjata, maka wajib atas mereka berjihad melalui cara boikot. Jangan sekali-kali membantu musuh menjana ekonomi mereka melalui kaedah perniagaan kerana setiap sen yang sampai ke tangan musuh bererti anda telah memberikan mereka wang untuk membeli peluru yang kemudiannya merobek dada-dada umat Islam.
Rujukan:


FAKTA YANG WAJIB DIKETAHUI

1)      Yahudi dan musyrik  adalah musuh no. 1 kita umat Islam. Di dalam al Quran Allah memberi amaran:


 "لتجدن أشد الناس عداوة للذين آمنوا اليهود والذين أشركوا" (المائدة:82)


Maksudnya: Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.  

2)   Golongan yahudi tidak akan meredhai umat Islam selamanya. Firman Allah Taala di dalam surah Al Baqarah ayat 120: 


وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ


Yang bermaksud:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. ''

 ( Qs : AL-BAQARAH Ayat : 120 )


ISU BOIKOT ISRAEL - BILA BERMULA?


Isu Shaklee dan kaitannya dengan Israel (Yahudi) sebenarnya telah menjadi bualan sejak bertahun dahulu dan ianya menjadi 'hot' bilamana Israel menyerang Palestine. 

Hal ini dikaitkan dengan logo Shaklee yang terpapar dalam salah satu website milik badan keagamaan Israel iaitu kenesethisrael.com

APA FAEDAH BOIKOT?

Memboikot produk dan syarikat yang menyokong Israel secara aman mampu memberikan tekanan antarabangsa ke atas apartheid Israel mengikuti langkah kejayaan pemulauan terhadap apartheid di Afrika Selatan.

SUATU UNTUK DIRENUNGI...


Sebagai seorang muslim, kita pasti mempunyai semangat jitu untuk membantu saudara kita khususnya di Palestin dan mana-mana negara Islam yang ditindas atas dasar agama.
Adakah para billionare Yahudi tiada perasaan membantu bangsa dan agama mereka seperti kita? 
Mungkinkah bantuan mereka dari sumber yang lain selain daripada keuntungan perniagaan mereka?
Jelas di dalam Al-Quran mengatakan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada mereka. Jadi selama-lamanya mereka memang tidak akan menghormati Islam. Jangan kerana taksubkan sesuatu, maruah agama kita (akidah) tergadai.



Kesimpulan

Keputusan untuk memboikot dan meninggalkan pernigaan Shaklee bukanlah dibuat secara sembrono atau dipengaruhi oleh sentimen kebencian terhadap yahudi dan sekutunya. Namun ianya dibuat dengan berlandaskan tuntutan syara’ meskipun pengorbanan ini amat bertentangn dengan kehendak hati.  Kehilangan bonus antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan adalah suatu yang amat sukar untuk ditelan, namun demi menyahut tuntutan syara’ dan demi menegakkan kebenaran dan membela darah-darah dan jiwa-jiwa yang terkorban di Gaza, Palestin, yang pahit ku telan jua. Moga Allah menerima sedikit pengorbanan ini sebagai amal soleh.
Ameen.

Disclaimer: 
Artikel ini ditulis bukan bertujuan untuk menghasut atau memaksa sesiapa untuk memboikot shaklee. Ianya adalah luahan hati penulis berdasarkan fakta-fakta yang dinyatakan. Pembaca berhak untuk membuat keputusan samada untuk meneruskan perniagaan bersama atau sebaliknya.

Salam Ukhuwah dari saya. Dr Nik Rahim Nik Wajis +6014 820 7111 (whatsup Only)  Nilai, Negeri Sembilan,  Malaysia

81 comments:

  1. Tahniah dr.semoga rezeki dr lebih besar selepas ini.

    ReplyDelete
  2. Tahniah tuan!!! In sha Allah, ada rezeki yang lebih besar Allah akan beri nanti.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Malang sekali Dr. Nik ketinggalan maklumat yang sangat-sangat penting. Kenapa Dr. Nik tak tanya Uzar kenapa entry tu dipadamkan? Shaklee Malaysia pun dah bagi penjelasan.

    ReplyDelete
  4. Salam Dr Nik Rahim yang dikagumi dan dihormati
    alhamdulillah terima kasih kerana menulis entry yang begitu bernas

    baru2 ini beberapa orang master coordinator shaklee diundang bertemu secara tertutup dengan wakil roger barnett berhubung isu ellie wieser


    beberapa perkara sensitif kami telah utarakan kepada beliau termasuk apa yang tuan tuliskan ini

    inshaaALLAH ada beberapa pengumuman dari pihak berkenaan untuk menjelaskan issue ini

    saya sendiri adalah seorang yang 100% mendapat punca pendapatan dari Shaklee dan sudah tentu sebagai seorang muslim perkara ini amat menyinggung perasaan kita

    terima kasih sekali lagi dr nik

    ReplyDelete
  5. www.inminds.com/boycott-israel.php
    Dr?

    ReplyDelete
  6. Semoga Allah menggantikan sesuatu yg lbh baik atas keputusan dan perkongsian tuan demi syiar Islam. Allahuakbar!

    ReplyDelete
  7. Terima kasih Dr atas pencerahan ini

    ReplyDelete
  8. Pendapat saya, Roger Barnett ada kaitan dengan Israel pun apa masalahnya. Bukannya Shaklee menyumbang terus kepada peperangan di Gaza. Cth macam nielah, kita dapat duit gaji then pergi ke pusat pelacuran. Adakah company kita terlibat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudara kena baca sampai habis artikel yg saya tulis sebelum membuat sebarang komen kenapa dalam tulisan saya menyatakan kewajipan untuk memboikot. sebenarnya semua syarikat2 Amerika dan israel perlu diboikot...bukan saja shaklee...saya sebut shaklee sebab saya kebetulan berada dlm shaklee...kenapa boikot? mudah jer...israel pembunuh....amerika bantu israel dgn senjata dan wang supaya israel terus boleh membunuh...membantu syarikat2 amerika = membantu amerika dapatkan wang supaya dapat disalurkan kepada israel...itu putaran yg wajib kita fahami....wassal

      Delete
  9. MasyaAllah, saya kagum dengan 'pengorbanan' Ustaz. Itu satu pengorbanan yang besar. Susah juga nak tinggalkan bisnes yang jadi sumber pendapatan kita tu. Lagi besar pendapatan, lagi berat ujian tinggalkan bisnes tu.

    Saya doakan Allah melapangkan rezeki Ustaz sekeluarga, amiin ya Allah.

    ReplyDelete
  10. Semoga Allah membuka ruang rezeki yg lain.. insyaAllah.. jzkk atas pencerahan.. baru nk order set bersalin shaklee.. huhuhu... insyaAllah byk lg supplement lain blh guna.

    ReplyDelete
  11. Americans are wild for 'elixirs' & 'supplements' & 'coca-cola'. Put a healthy label on something & you can make a fortune in America.

    ReplyDelete
  12. Slm.. pendapat sy, adalah lebih molek sekiranya penulis lampirkan sekali bukti bertulis yg menyatakan shaklee menyumbang kpd israel.. itu lebih SOHEH.wslm

    ReplyDelete
  13. Kennethisrael.com mmg ada logo shaklee sbb salah sorang pengedar dermakan jualan ke kennethisrael.com, bukannya shaklee menyokong israel.itu yg sy faham.

    Bg pihak Roger pulak,sy anggap dia sama mcm kita.bonus yg kita dpt kita salurkan ke Gaza.income yg Roger dpt, dia salurkan ke israel.

    Apa2pun, terpulang pd individu.sy cuma boikot syarikat yg mmg sah salurkan bantuan ke israel.dan shaklee tak termasuk dkm senarai itu.

    ***jika dgn shaklee kita bole dermakan berpuluh ribu sebulan kpd Gaza, mengapa tidak?



    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Orang bijak mencari jalan. Orang tak berapa bijak mencari alasan. That;s it. Hujah dr. lebih tepat dan mantap berbanding hujah coordinator shaklee.. takkan shaklee nak revealed siapa mereka sebenarnya. Kita yang kononnya bussinesman berjaya ni la perlu mengkaji. Buat pembacaan dsb. Allah dah ingatkan kita dalam Al Quran, Yahudi ini sangat pandai tapi,mereka juga sangat kejam. Kalau Rothchild boleh merancang sejarah dunia, takkan keturunan dia tak boleh mengawal ekonomi dunia. Come on la.

      Delete
  14. sangat kagum.
    tak semua org boleh lakukan ini.
    tahniah!
    semoga terus istiqamah!

    ReplyDelete
  15. Terima kasih, penjelasan yang teliti kenapa perlu boikot Shaklee

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah..smga pgorbanan dmi agama ini Allah nilai yg tbaik buat dr dan kami jua!!amiin

    ReplyDelete
  17. [Faham yg asas dulu]

    Berkenaan dgn roger barnet adalah seorang yahudi....yahudi adalah agama bukan bangsa. Bangsa mereka adalah bani israel.
    Bani israel TAK jahat.sbb nabi yaakub pun keturunan tu. Boleh google sejarah bani israel yahudi zionist. Mcm pertubuhan ISIS di mesir...org nmpak mereka islam tapi mereka lagi jahat dr yahudi. Sebab mereka MUNAFIK. Yang jahat adalah ZIONIS israel..satu pertubuhan lain.
    Tp adakah kita sbg org islam menyokong puak ISIS ni...tidak kan...mcm tu jugak dgn org2 yahudi..ramai yg memerangi puak zionis.
    Ramai yg x paham bab ni. Cuba buka tafser al quran inshaAllah diorg akan jupe jawapannya....

    [Berilmu baru boikot, bukan Emosi+Boikot]

    ReplyDelete
  18. facebook pon yahudi punya .. tak nk boikot ker?

    ReplyDelete
  19. Adik saya share link ni pd kawan dia yg dh jd leader dlm shaklee...kawan dia ckp "hujjah dr ni ke laut"...x dpt nk terima

    ReplyDelete
  20. Tabarakallah, moga Dr diberkati atas usaha ini

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum ustaz.

    Sebetulnya pada pandangan saya ustaz sebagai pensyarah di Maahad Tahfiz tahu bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengatakan hukum segala bentuk MLM adalah haram dek kerana riba yang terhasil daripada downline ustaz.

    Tk.

    ReplyDelete
  22. cari publisiti murahan ke doc?

    ReplyDelete
  23. Semoga Allah swt merahmati dana lebih memberkati rezeki kalian. Amin.

    ReplyDelete
  24. Sebagai "alternative" Ustaz boleh mencuba produk daripada Amway. Walaupun syarikat ini daripada amerika syarikat namun pengasasnya berhijrah dari belanda, Rich De Vos & Jay Van Andel. Berurusan di 100 buah negara tetapi tidak berurusan langsung atau tidak langsung dengan israel. Keterangan lanjut boleh ustaz sms/call 012-4816773.

    ReplyDelete
  25. Asslamualaikum..saya amat mengkagumi semangat kental ustaz.
    Rezeki ada di mana2..mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.
    Sekiranya ustaz berminat untuk terus menjana pendapatan begitu melalui produk islam makanan sunnah bolehlah jenguk2 ke page saya dan pm untuk maklumat lanjut www.facebook.com/qasehgoldmarketing

    ReplyDelete
  26. Ada baik sekiranya tuan terus menjual produk shaklee.. Kemudian gunakan wang tersebut 100% untuk didermakan kepada masyarakat palestin...

    ReplyDelete
  27. Terbaik! Perkongsian yg jelas berdasarkan fakta. Saya tambahkan lagi dari web rasmi, http://kic.myshaklee.com/us/en/about.html

    You'll not only help yourself feel better, look better, and do better, you'll be helping Keneseth Israel.

    ReplyDelete
  28. adakah uztaz ada menulis sendiri kepada Roger Barnett untuk mendapatkan penjelasan seperti yang ustaz lakukan kepada Tesco??

    ReplyDelete
  29. terima kasih tuan, dh lama dok cari maklumat mengenai hal ni, alhamdulillah, saya dh jupa, terima kasih ttg pencerahan tuan ni...:)

    ReplyDelete
  30. AsSalam.. saya bukan ahli shaklee.
    saya cuma nk bgtau ada pernah terbaca pihak Shaklee menyangkal tuduhan diatas (berkaitan perletakan/penggunaan logo shaklee tersebut) tp saya dah tak ada link tersebut. mungkin Dr boleh cari lebih bukti lagi. Semoga kita dilindungi Allah dan diberi rezeki yg Halal lagi suci.

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum ustaz dr,

    yg berkenaan ustaz zaharuddin men delete posting nya berkenaan shaklee dan elie wiesel foundation mungkin di sebabkan ini:

    http://www.zahirahhafizan.com/2014/08/sudah-sampai-masakah-untuk-memboikot.html?m=1

    Tiada bukti kukuh yang menunjukkan Shaklee membantu, menyokong negara Israel dan zionism. Walaupun Elie Wiesel itu adalah seorang yahudi, tapi yayasan yang dia wujudkan adalah ditujukan kepada HUMANITY bukan ZIONISM. Mungkin disebabkan Elie Wiesel ini hidup pada zaman di mana kaum Israel ditindas oleh Nazi, jadi sentimen beliau lebih berat ke arah bangsa yahudi. Seperti kita di Malaysia, walaupun kita menyokong kesejahteraan dan kesefahaman di antara kaum, tetapi orang Melayu tetap mempunyai pertubuhan sendiri serta polisi yang mengangkat orang Melayu di Malaysia. Dan ramai juga tahu, tidak semua yahudi itu menyokong Zionism. Jadi kita sekarang ini memboikot polisi dan tindakan zalim mereka, bukannya kerana mereka kaum yahudi semata-mata.

    Seperti semua sedia maklum, kita masih lagi amat bergantung pada produk dan teknologi US dan Yahudi samaada sedar atau tidak sedar kerana kita masih berpegang pada "menggunakan teknologi dan inovasi mereka yang bermanfaat untuk kebaikan umat Islam". Bukan seperti makanan Mc Donald yang tak berfaedah dan tak sihat. Dan juga rokok! Itu sebab Ust Zaharuddin menggunakan ayat 'Sudahkah tiba masanya untuk memboikot Shaklee?...' bukan nya beliau suruh memboikot Shaklee. Ia adalah untuk kita berfikir dan menilai sendiri adakah Shaklee patut diboikot. Walau bagaimana pun, saya menghormati pendapat Ustaz untuk memboikot kerana itu adalah hak individu.. wallahua'lam.

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum tuan, terima kasih atas perkongsian. Saya ucapkan tahniah atas pengorbanan tuan sekeluarga. Inshaa-Allah, ada nilainya di sisi-Nya.

    Apa kata mula semula perniagaan dengan mempromosi makanan sunnah Rasulullah S.A.W, seperti kurma dan madu?

    Saya juga baru terlibat dengan produk Qaseh Gold..di bawah syarikat muslim iaitu Ana Edar Sdn. Bhd.. Saya pasti tuan sangat berpuas hati dengan produk halalan toyyiban serta cara pengilangannya yang sangat meyakinkan, Islamic Manucfacturing Practice (IMP).

    Tuan boleh merujuk laman ini
    http://www.anaedar.com/lama/Main.asp

    Semoga Allah mempermudahkan segala urusan tuan.

    Salam Ukhwah dari Saya, Muslimah +601117801989, Seremban, Malaysia.

    ReplyDelete
  33. Salam Dr Nik....

    Bukan ke kenesethisrael.com tu hanya individu atau SID sama seperti Dr?sama jugak seperti jika seorang SID menyalurkan hasil bonusnya ke Palestine? Bukankah logo Shaklee yang terdapat di website tersebut hanya digunakan sebagai link utk ke website shaklee beliau?sama seperti affiliate button? dan sekarang dah takde pun button shaklee tu sebab kes KI ni dah selesai pun... boleh rujuk sini...http://www.salwasaleh.com/2014/07/4-fakta-tentang-shaklee-support-israel.html

    dan bukankah Shaklee sudah mengeluarkan statement mengatakan Shaklee tidak berurusan sama sekali denga Israel mahupun Palestine? saya petik balik petikan dari UZAR sendiri pada tahun 2007...

    Syarat Sebelum Sebaran

    Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.
    Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.
    Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-
    أن اليقين لا يزال بالشك
    Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )
    Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu'alam.

    Kesimpulan umum :
    Harus jual beli, guna khidmat dan makan di McDonald, KFC, TESCO, JUSCO, MAXIS, INTEL dan lain-lain produk walauapun berasal dari Yahudi atau Non-Muslim selagi mana : -
    a) produk mereka disahkan bersih dan halal oleh JAKIM ( jika di Malaysia) serta tempoh lesen masih hidup,
    b) cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam,
    c) tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam,
    d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah seorang individu dalam syarikat sahaja.

    Walaubagaimanapun, mendapat pahala bagi sesiapa yang melakukan boikot terhadap mana-mana barangan atau syarikat didasari oleh keyakinannya terhadap hasil kajiannya sendiri yang mendapati penglibatan yang tidak sihat tadi itu ada pada syarikat atau mana-mana pengeluar barangan. Tatkala itu, boikot adalah wajib ke atas dirinya sahaja dan digalakkan bagi sesiapa yang yakin dengan info yang dikeluarkannya.

    ___________________________________

    Ok, di atas ni segala isi tiada sebarang olahan ataupon "edit" dari saya, tetapi 100% diambil dari blog ustaz zaharudin berkaitan dengan boikot ini.

    sekian penerangan ringkas dari saya...terima kasih...

    ReplyDelete
  34. Salam... saya musykil kalau betul Shaklee bukan pro-Israel. KENAPA link jual beli Shaklee dibenarkan ada di webpage kennethisrael? Sedangkan di Malaysia terlalu banyak syarat yg Shaklee kenakan bagi mempromosi Shaklee itu sendiri. Jika benar Shaklee bkn pro Israel. Minta kebenaran utk buat link yg sama di page Aqsa Sharif atau Aman Palestin. Sesiapa yg beli product Shaklee melalui web tersebut akan menyumbang sekian2 percent kepada ekonomi Palestin.

    Harap di bawa ke depan perkara ini.

    Buat pengetahuan anda juga. SHAKLEE juga mempunyai cawangan di Tel Aviv, Israel. Tidak cukupkah itu untuk menguatkan yg Shaklee mmg pro Israel. Kita tidak persoalkan Yahudi itu sendiri. Kita persoalkan tentang Israel negara haram ciptaan USA. Penganut Zionism yg kita persoalkan.

    Jgn kerana puluhan atau ratusan ribu ringgit yg anda dapat sehingga kita menjual agama. Sehingga menidakkan kebenaran. Memperlekehkan ahli agama. Mana pendirian kita yg berzikir sepanjang masa kononnya kita percaya yg rezeki itu datang semata2 dari Allah. Teluskah kita dgn Allah? Allah menguji kita, anda-anda semua...benarkah niat zikir niat amalan kita anda semua kerana Allah semata2. Boikot atau tidak terpulang pd hak individu. Tapi jgn sampai kita keterlaluan sampai mendewa2 kaum yg mmg Allah sebut dalam Quran. "Celakalah bagi kamu yg mengambil kaum Yahudi itu sebagai kawan, dan meninggalkan saudaramu (kaum muslimin)."

    Hatta, anak yg sekolah rendah pun boleh faham dgn senang. Shaklee adalah product USA. USA adalah dalang kepada Israel, penggerak Israel, nadi Israel. Dari mana kah datangnya pendapatan US utk menaja ketenteraan di Israel? Dan di tengah2 pergolakan negara2 Arab yg lain? Dari hasil negaranya tuan2 puan2. Adakah Shaklee ini mendatangkan hasil pada negara US dan seterusnya ke Israel? Jawab sendiri. Pernahkah anda terfikir? Jika Shaklee boleh membayar ratusan ribu, puluhan ribu kepada pengedar2 nya, berapa bilion pula agak2 keuntungan Shaklee sebulan? Berapa milion atau bilion pula yg di sumbangkan oleh Shaklee US ke dalam negara mereka dan seterusnya membiayai kos2 ketenteraan mereka.

    Pernah kah anda terfikir, mengapa Roger Bennet sanggup turun ke Malaysia? Mengalu2kan SID Malaysia? QURAN: "Sesungguhnya Yahudi itu tidak akan sesekali menyukai kamu melainkan engkau mengikut mereka."

    Nauzubillahiminzalik tuan2 puan2.

    Bersambung.....

    Copy from other group

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuan..saya setuju..saya juga terfikir,jika benar yang menderma adalah orang perseorangan,boleh ke menggunakan logo shaklee jika benar sumbangan yang dilakukan bukan atas dasar membawa nama shaklee? kalau dah gelap mata,kebenaran pun akan dinafikan.. pengorbanan yang dr.nik buat bukannya kecil kerana melibatkan kewangan keluarga. kalau nak komen jangan sampai menghina mencerca mengatakan dr,nik cuba menaruh pasir ke periuk nasi kita. berpegang teguh la pada ajaran Allah,insya Allah dibukakan pintu rezeki yang lebih baik lagi.

      Delete
    2. Saya suka pndagan tuan... Ape y terbuku dlm hati nie... Ibarat dh terluwah.... Tapi 1 je.... Klau btul... Knpe hnya sijil halal saja dikeluar kn...?? Knape xde cop halal...?? Saya dulu pengedar shaklee juga... Tpi xlama... inshaallah... Klau ade rezeki xknnkemana... Ade....

      Delete
    3. terbaik (y) saya suka pernyataan ini.. semoga ALLAH mmperluaskan lagi rezeki kita smua.. in sha ALLAH :)

      Delete
  35. Assalamua'lakum Dr Nik. Tahniah. Moga diberkati usaha Dr Nik sekeluarga..Yakin rezeki itu datangnya dpd ALLAH. DIA Maha Kaya. Memang berat utk membuat keputusan, lebih2 lagi mereka yg dah merasai pendapatan yg lumayan dari bisnes tersebut. Sama situasinya seperti pekerja2 di McD. Moga semua yg terlibat dipertemukan dgn sumber rezeki yg lebih meyakinkan, yg tidak mendatangkan was2. #BDS #BDSMovement

    ReplyDelete
  36. Dr Nik, saya dah cuba buka http://kenesethisrael.com/ tapi tak jumpa logo Shaklee...kwn2 sy ada yg buat biz Shaklee ni gak. Diorang ajak sy, sy dah register seblum puasa, tp xde buat sale. Ms bln Ramadhan, lalu kat highway ternampak billboard Shaklee & ada tulis US = produk US. bila teringat saudara2 & anak2 kita di Gaza terasa suatu kesilapan besar sy register Shaklee..yg jelas2 Obama menyokong Israel

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum wbt Ustaz,

    Setelah membaca blog ustaz, sy juga agak terkejut pd mulanya...kemudian sy buat research dgn mencari nama2 spt dinyatakan...Ya Allah...btl rupanya....dlm Biography Barnett sendiri ada menyatakan bhw beliau Board Director The Elie Wiesel Foundation for Humanity and again, benar bhw foundation tersebut sgt kuat menyokong Israel......Wallahua'lam lah kalau Shaklee sumbang atau x....tapi fakta menunjukkan bhw "dia" ada kepentingan..."dia" bersahabat baik.....dgn pertubuhan tersebut..
    Di sebalik sama ada "dia" turut menyumbang sekali atau tidak kita xtahu bukan? Mana tahu BETUL dia turut menyumbang menentang Palentine/Gaza? Nauzubillah Minzalik....
    Terima kasih Dr atas penerangan ini...membuka mata saya n ramai pihak....tp disebabkan "mereka2" semua rasa sayang dgn apa yg "mereka" dapat, "mereka" sanggup membutakan mata sahaja...

    Sy post pd seseorang...tetapi saya disalah anggap dan dikatakan biadap seterusnya menyamakan saya dgn Israel krn menceroboh page dia.....ianya sekadar perkongsian...sy tidak menidakkan sebulat2nya bhw Shakelee itu HARAM atau menyumbang terus kpd Israel tetapi sy mempunyai pendapat yg sama dgn ustaz. Mana tahu jika benar? Mana tahu mereka menyalurkan dana secara tersembunyi? Krn jika dilakukan secara terang2an mereka msti fikir berapa byk yg mereka akan rugi....ini sekadar luahan sy sebagai hamba Allah yg sygkan saudara2 sy di sana....amalan sy xbyk tetapi mungkin dgn secebis penerangan ini dapat membantu saya "disana" kelak.... #sayaamatyakindgnjanjiAllah

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  38. Mungkin ramai pembaca di luar sana tidak bersetuju dengan apa yang saya paparkan di dalam penulisan saya tentang Shaklee. Itu hak anda untuk bersetuju atau tidak. Apa yang penting saya telah melakukan tangungjawab saya kepada Allah. Allhumma inni Qad Ballaghtu!
    Soal boikot harus dilihat dari neraca agama bukan dari neraca pertimbangan peribadi. Kalau saya turuti dan bertindak mengikut neraca pertimbangan peribadi, pastinya saya tidak akan boikot shaklee kerana shaklee membuka ruang 'rezeki' buat saya. Bahkan saya punya impian yang amat besar melalui shaklee. saya ingin menjadi JUTAWAN MUSLIM...spt ramai leader yang hebat2...
    pertimbangan haruslah dibuat dengan melihat dan meneliti ayat2 Allah dengan hati yang terbuka dan jauh dari ketaasuban melulu. RUGI? memang anda rugi jika meninggalkan biz shaklee yang dibina bertahun2 lamanya...tetapi mana lebih besar RUGI di akhirat dan RUGIU di dunia jika apa yang kita lakukan mendapat MURKA dari Allah? Allah larang kita dari membantu musuh2 Allah dalam memerangi saudara2 se Islam...kita pula mencari2 dalil dan takwil mengharuskannya...ketahuilah sahabat2...banyak sekali hukum2 Allah yang memerlukan pengorbanan kita dalam melaksanakannya...lihat sahaja kesukaran dan kepayahan Mujahideen Al Qassam dalam jihad mereka mempertahankan tanahair mereka Gaza dan perjuangan membebaskan Masjidil Aqsa yang ditawan...mereka jauh lebih RUGI di dunia...rugi kerana nyawa2 mereka diragut israel...anak2 mereka menjadi yatim piatu...isteri2 mereka menjadi janda...namun mereka tidak pernah mencari dalil dan ta'wil untuk tidak meneruskan perjuangan....bagi mereka biar RUGI di dunia tapi bahagia di akhirat...KITA PULA BAGAIMANA??
    Wassalam...
    Ikhlas dari sahabat....
    Dr Nik Rahim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dr. Nik, Saya bersetuju dgn penulisan Dr. Nik. Sedikit pertanyaan, bagaimana kita perlu bantu mereka yg bekerja dgn syarikat-syarikat "penyumbang dana yahudi", maksud saya, itulah pekerjaan mereka sekian lama. Mereka adalah bread winner kepada keluarga. Saya bertanya kerana sepupu-sepapat saya adalah orang kuat di Tesco, i.e. Manager besar belaka. Mohon sedikit pencerahan Dr. Nik. Terima kasih.

      Delete
  39. Melihat smkn kerap iklan rakan2 di FB kawan jadi risau. Adakah yahudi di sebalik Shanklee.
    Pernah cuba mencari info berkaitan pengasasnya. Tak byk maklumat ttg mrk.Kalo benar bagai dikata org ISLAM cukup dibutakan dengan wang ringgit dan momokan iklan kebaikannya..

    ReplyDelete
  40. tahniah kerana sanggup meninggalkan sesuatu yg jadi income pada encik.
    pada yang mengambil produk shaklee untuk kesihatan, mereka dah boleh cari alternatif lain.banyak lagi produk tradisional yg bagus

    ReplyDelete
  41. kepada dr nik rahim...
    teguran buat dr nik rahim. kalau nak boikot biar boikot habis-habisan. jgn boikot 2 atau 3 produk saja. Dr nik gunakan medium FB dan google untuk sebarkan maklumat ini. tp sedarkah dr nik bahawa medium ini juga hasil titik peluh yahudi? dr nik buat blog ini tapi sedarkah siapa yang mengasaskan blog? dr nik gunakan lap top dgn perisian microsoft. siapa pula pencipta microsoft? hatta jalur lebar yang dr nik gunakan juga adalah hasil ciptaan mereka.
    saya ulangi jika mahu boikot, biar boikot habis-habisan...wassalam.

    ReplyDelete
  42. Sy respect dgn tuan

    ReplyDelete
  43. produk yg lain pula bagaimana...?

    ReplyDelete
  44. bagaimana nk sedarkan dan beri keyakinan kpd kebanyakan anak muda yg bekerja di mcD,starbuck dan tesco contohnya bahawa ada rezeki lain yg lebih diberkati oleh Allah menanti mereka sekiranya mereka berhenti dr bekerja di tmpt2 tersebut...

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum.

    Semoga Allah menggantikan rezeki anda dgn yg lebih baik dan berlipat ganda lg insya Allah.

    Inilah pengorbanan yg masih tidak difahami oleh sesetengah pihak.. sungguh besar pengorbanan yg dilakukan dan semoga besar juga ganjaran yg bakal diterima.

    apa yg menyedihkan.. ramai dikalangan umat Islam masih tak sanggup nak berkorban terhadap benda2 kecil spt.. tak boleh nak berhenti merokok, minum coke,minum nescafe,minum milo,makan McDonald's dsb.. semoga Allah berikan hidayah dan kekuatan
    kpd kita semua

    ReplyDelete
  46. Sgt setuju dgn dr n satu penghormatan utk dr utk maklumat yg telus n berani klu semua org islam sanggup berjuang meningalkn kenikmatan dunia utk akhirat pasti kita akn diberi kemenangan oleh Allah tp setiap kali kita cuba share ttg kebenaran ada saja halangan terutama dr islam sendiri....tp kita sedar akhir zaman ni mmg byk perlukn pengorbanan wallahuallam

    ReplyDelete
  47. Apa yg tiba2 menerjah kpd pemikiran sy ialah, apa agaknya ingredients dlm shaklee yg dimasukkn oleh golongan yahudi ini memandangkn Allah sdiri tlh mgisyhtihar akn kesungguhan yahudi dlm memesongkn kita. Jd xpayahla nk stick kat produk shaklee ni kononnya ia memang mujarab ...fkir2kan

    ReplyDelete
  48. Assalamialaikum saudara. Syabas sy ucapkan kerana saudara membuat satu keputusan yg tepat. Walaupun keputusan tersebut memberi kesan kepada kewangan saudara, tapi saudara lakukan demi kepentingan saudara islam kita. Semoga satu hari nnti saudara dipertemukan dengan kaedah penyelesaian kewangan terbaik. Alhamdulillah. Sy juga seorang networker seperti saudara yg mendapat hasil drpd jualan dan networking. Kerana pd hari ini pendapatan sekitar 10-15k diperlukan bg menampung kos perbelanjaan kita.sy paham penderitaan saudara. Syukur kerana perniagaan yg sy lakukan merupakan perniagaan anak tempatan dan tidak melibatkan negara luar, jika tidak pasti sy juga akan meragui hasil pendapatan sy, kerana dah berpuluh2 ribu sy mendapat hasil dr perniagaan ini.. Sy doakan semoga pintu rezki saudara dibuka seluas2nya diatas pengorbanan yg telah saudara lakukan. Semoga allah membalas usaha murni saudara.. Sekian..

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum Dr. Saya juga giat meniagakan produk dari amerika syarikt iaitu Tupperware brands. Adakah Dr menjumpai sebarang bukti yg syrkt ini turut sama milik yahudi dan menyumbangkn sebarang faedah ekonomi kpd israel?

    ReplyDelete
  50. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  51. Betul tu ustaz, terima kasih kerana berkongsi. saya juga adalah salah seorang pengedar shaklee. saya terfikir. kenapa kita sayang sangat pada shaklee, sedangkan di malaysia ini ada banyak lagi produk muslim yang boleh kita gunakan teknik marketing seperti shaklee. tentu pendapaannya akan jadi sama juga. kita bersungguh2 membina empayar shaklee di malaysia untuk rakyat amerika, kenapa tidak kita gunakan ilmu ini utk melebarkan sayap produk muslim ke amerika pula?

    ReplyDelete
  52. Selagi tiada bukti yang kukuh yang shaklee mmg menyumbang kepada yahudi, tak perlu la ckp mcm ni, terserah la nak boikot tapi tak perlu la mengajak org lain memboikot dengan sumber yg meragukan, lain lah kalau mmg betul shaklee ni menyumbang kepada yahudi israel tu lain cerita, tolong jgn ganggu periuk nasi orang lain dgn fakta mcm ni, lagipun produk shaklee bukannya menipu pelanggan, tetapi sy ttp tak setuju jika shaklee diboikot selagi tade bukti yg saj dh sohih yg shaklee menyumbang kpd yahudi, wallahualam,

    ReplyDelete
  53. Wajib boikot barangan Israel dan barangan keluaran Amerika..

    selain shaklee, boleh tuan kongsikan pelan tindakan boikot tuan seterusnya iaitu apa lagi barangan keluaran Amerika yang tuan boikot berdasarkan pegangan "barangan keluaran Amerika wajib diboikot".

    Maksud saya barangan yang tidak termasuk dalam senarai oleh Inminds untuk diboikot. Inminds ada kajian dan bukti kukuh bahawa syarikat yang disenaraikan memang menyumbang secara langsung kepada Rejim Zionis Israel, bukan melalui bayaran cukai kepada kerajaan Amerika atau melalui sumbangan individu pengedar bebas syarikat.

    ReplyDelete
  54. Alhamdulilah...puan ada prinsip. Saya kagum dengan tindakan Puan.

    ReplyDelete
  55. Good research Doktor.. semoga Allah menggantikan rezki yg lebih baik. Rezki Allah amat luas..

    ReplyDelete
  56. Salam...
    Saya juga ada seorang pengedar Shaklee. Selama ni memang pengguna setia supaya mudah nak ceritakan pengalaman sendiri kepada customers.. Memang diakui ramai yang membeli set hamil dari saya selama lebih setahun sebagai sid... Namun setelah diri sendiri yang hamil saya dapati amat sukar untuk menelan pil2 vitamin Shaklee yang saiznya agak besar dan kesat...menambahkan lagi alahan dan morning sickness saya. Sejujurnya, pilihan yang lebih baik bagi saya buat masa sekarang adalah pil2 yang disediakan oleh klinik2 kesihatan kerajaan. (saiz kecil, kurang berbau, mudah ditelan dan FREE!).. Memang kagum dengan ibu2 dan pelanggan2 saya yg boleh berbelanja membeli set mengandung shaklee...

    Apapun, terima kasih Dr. atas pencerahan ini... Betullah, kita tak boleh taksub sangat dengan apa yg kita usahakan... Saya terima kelemahan bisnes ni dan akan berhenti mempromosikan barangannya... salam...

    ReplyDelete
  57. Alhamdulilah atas pencerahan. Saya amat kagum dengan pendirian tuan dan berani membuat perubahan demi agama. Semoga tuan dimurahkan rezeki. Rezeki Allah luas. Saya tertarik...ibu2 di palestin sanggup mengorbankan anak2 di dunia demi syurga disana. Kita pula tidak sanggup mengorbankan wang ringgit di dunia ini. Diharap tindakan tuan memberi manfaat pada keluarga dan seluruh umat islam amnya.

    ReplyDelete
  58. saya adalah ahli shaklee yang langsung tidak aktif..mungkin ada hikmah disebaliknya..serta merta saya ikhtiharkan diri saya keluar dari shaklee mulai hari ini. sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  59. Menurut Ustaz Zaharudin,
    Bermuamalah dengan Yahudi adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam melalui dana yang disalurkan kepada Yahudi. TETAPI, jika ternyata dari sumber yang sohih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang mana digunakan hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, tatkala itu hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.
    Dan sekarang, telah terbukti dan sohih bahawa Elei Wiesel Foundation BANYAK MENAJA SEKOLAH-SEKOLAH TERMASUK DI ISRAEL.
    Di sekolah tu lah anak-anak yahudi diajar untuk membenci dan membunuh umat Islam Palestine. Dari sekolah itu jugalah lahirnya tentera-tentera zionis laknatullah. Jadi saya pilih untuk boikot Shaklee.

    ReplyDelete
  60. Saya adalah ahli shaklee yang aktif. Boleh tengok blog saya, penuh dengan entry pasal Shaklee. Dapat tahu pasal penglibatan roger barnett dalam elie wiesel ni pun dalam group whatsapp bilamana salah seorang anak buah shaklee saya bagi link ke artikel birthday bash elie (tahun 2008). Mulanya agak kesal jugak sebab rasa macam cubaan nak tabur pasir dalam periuk nasi saya. Tapi saya minta masa untuk siasat dulu, tak terus delete atau marah-marah. Makin disiasat, makin nampak kebenarannya... jadi dengan berat hati saya pun putuskan untuk berhenti mempromosi dan menjual shaklee...

    Takkan saya tergamak nak supply duit senjata pada US dan ZIONIS walaupun dapat bonus nanti saya boleh dermakan semuanya pada saudara di Palestin. Ibarat macam dah tolong beli bom dan bila bom tu berjaya dilontar kpd palestinian hingga dia patah riuk dan kehilangan ahli keluarga, kita pun hulur sumbangan derma ikhlas pula... Aneh sungguh kalau ada yang bagi alasan untuk meneruskan bisnes ni sebab untuk MENDERMA kepada Gaza....

    Terfikir-fikir apa nak buat dengan blog saya lepas ni....

    ReplyDelete
  61. Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, bersabda Rasulullah SAW, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak mempedulikan daripada mana dia mendapatkan harta, apakah daripada sumber yang halal atau pun haram" (Riwayat Muslim)

    ReplyDelete
  62. Satu langkah yang bihak oleh Dr Nik Rahim, saya berharap ramai lagi pengguna/pengedar shaklee yg buka mata dgn mengikut jejak langakah ni,,,$$$ boleh dicari bukan hanya dgn menjadi pengedar shaklee,semoga Dr Nik Rahim akan mendapat rezeki yg melimpah ruah lagi dgn apa yg dilakukannya

    ReplyDelete
  63. Orang yang membangkang entri di atas mesti SID Shaklee kan. Siapakah anda untuk membangkang alim ulama? Cukupkah ilmu di dada? Inilah yang dikatakan MANUSIA AKHIR ZAMAN. Pendapat ulama diketepikan, yang jahil diagung-agungkan. Saya sendiri adalah pengguna tegar Shaklee tapi selepas membaca entri Ustaz Nik saya juga membuat research sendiri. Yang kata tiada bukti kukuh mengatakan Shaklee menyumbang ke arah Israel, iya memang benar Ustaz Nik sendiri mengatakan dia tidak menjumpai bukti tersebut.

    Namun beliau berpegang kepada firman Allah Taala di dalam surah al Maidah ayat 51:

    يا ايها الذين آمنوا لا تتخذوا اليهود والنصارى أولياء بعضهم أولياء بعض ومن يتولهم منكم فإنه منهم
    (المائدة 51)


    Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengangkat Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin . Mereka adalah pemimpin di kalangan mereka maka barangsiapa yang melantik mereka di kalangan kamu maka orang itu termasuk golongan mereka."

    Dan penjelasan Ustaz Nik ada di sini;
    Apa yang dimaksudkan dengan ‘mengangkat yahudi dan nasrani sebagai pemimpin’ ialah mengangkat mereka dengan berbagai cara samada dengan hatinya atau lidahnya atau dengan bermuamalah dengan mereka atau melalui apa-apa cara. Jika ini dilakukan maka, jadilah mereka itu seperti yahudi dan nasrani. Wal’iyazubillah...

    Umat Islam jika tidak mampu untuk berjihad dengan menggunakan senjata, maka wajib atas mereka berjihad melalui cara boikot. Jangan sekali-kali membantu musuh menjana ekonomi mereka melalui kaedah perniagaan kerana setiap sen yang sampai ke tangan musuh bererti anda telah memberikan mereka wang untuk membeli peluru yang kemudiannya merobek dada-dada umat Islam.

    Renung-renungkanlah. SID Shaklee janganlah cepat melatah. Selidiklah sedalam-dalamnya sumber pendapatan anda. Jangan hanya kerana anda untung beribu2 sebulan, anda bermati-matian mempertahankannya. Macam yang saya katakan tadi, saya juga pengguna tegar (bukan SID) barangan Shaklee, saya suka sangat produk mereka (sebelum ini) dan sudah 3 tahun saya mengamalkannya, namun kini alhamdulillah ada hamba Allah telah bukakan hati saya untuk menyelidiki tentang perkara ini. Wallahualam.

    ReplyDelete
  64. Saya tak boikot.. dah lama makan.. alhamdulillah diberi kesihatan..

    ReplyDelete
  65. Terjumpa gambar ini yang diambil dari website shaklee... selaku shaklee sendiri membeli bahan dari islrael... adakah ini tidak menyumbang kepada israel?
    https://web.archive.org/web/20131030125620/http://www.shaklee.com/us/en/products.php?sku=82083

    company boleh delete.. tapi once dah ader di internet.. cache nya selama-selama.. perhatikan igredient yang digunakan diambil dari mana?
    Bukan maksud untuk memboikot... tetapi hanya cuba membuka minda supaya jangan taksub. Even blog ini dicipta oleh yahudi.. tetapi boleh kita gunakan untuk membantu menyampaikan maklumat yang betul.. kerana kita melayu masih tak mampu untuk berbuat banyak perkara.. jadi just pandangan saya.

    ReplyDelete
  66. salam dr , mohon drop semua db baru cita boleh ? jangan pakai main cita ja kalau bukti takde , and 1mo , kalau nak boikot , boikot semua sekali boleh ? takat boikot 1 or 2 barang tak rasa orang-orang tuh...

    ReplyDelete
  67. Jika Ustaz terus kukuh dengan keyakinan bahawa meninggalkannya itu satu keperluan, moga Ustaz dikurniakan pahala dan ganjaran yang besar bagi memilih yang bersih daripada syubhah hasil mata pencarian, setelah membuat kajian dan mendapatkan pembuktian juga tawakkal kepada Allah setelah beristikharah.

    Syabas, Ustaz!

    ReplyDelete
  68. Assalamualaikum,

    Boleh rujuk jawapan balas seperti dibawah ye:-

    http://www.faizalfairuz.com/2014/08/fuh-jawapan-balas-kepada-dr-nik-rahim.html .

    Saya harap Dr. Nik telus dalam menyiarkan komen, jangan hanya siarkan komen yang menyokong

    manakala komen yang membangkang tidak disiarkan.

    ReplyDelete
  69. Maaf. jika sy ambil sedikit tentang info ini

    ReplyDelete
  70. Dengan sekecil-kecil perkara iaitu, dengan memboikot produk-produk yahudi ... semoga Allah SWT pandang usaha kita semua untuk kebangkitan ummah...

    remaja

    ReplyDelete
  71. Jawapan yg jelas tk Dr.. pandangan iman shj yg boleh membezakan utk menjadi hartawan dunia yg fasiq atau jutawan akhirat

    ReplyDelete