<!-- Facebook Pixel Code --> <script> !function(f,b,e,v,n,t,s) {if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod? n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)}; if(!f._fbq)f._fbq=n;n.push=n;n.loaded=!0;n.version='2.0'; n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0; t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0]; s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window, document,'script', 'https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js'); fbq('init', '1394243567541901'); fbq('track', 'PageView'); </script> <noscript><img height="1" width="1" style="display:none" src="https://www.facebook.com/tr?id=1394243567541901&ev=PageView&noscript=1" /></noscript> <!-- End Facebook Pixel Code -->

Monday, November 30, 2015

RALAT: PERMOHONAN MAAF

Salam sahabat semua.
Pada 28hb November 2015 yang lalu saya menerima satu e-banner dari se orang sahabat lama semasa berada di Brunei Darussalam. Beliau menawarkan saya untuk menjadi tetamu VIP dalam satu program anjuran Pertubuhan Rahmatan lil-'Alamin dan 1Wasilah serta banyak lagi NGO lain. Saya agak teruja kerana kelihatannya ia satu program agama yang hebat yang dibarisi oleh ramai penalis namun malangnya  se orang pun tidak saya kenali termasuk Sheikh Dr Ismail Kassim.

Sebagai se orang yang berpendidikan agama, saya pastinya amat teruja kerana banyak sekali program-program agama dianjurkan oleh pelbagai pihak meskipun banyak juga program yang menyimpang jauh dari jalan yang dibawa oleh Nabi s,a,w.

Bagi mendapatkan kepastian dan bagi mengelakkan berlakunya penyebaran maklumat yang tidak tepat atau dalam arti kata lain menjadi 'konco dajal' seperti yang ditulis oleh salah se orang pengikut taasub kumpulan ini, maka saya ajukan pertanyaan beserta banner ke beberapa grup wasap untuk mendapat kepastian. Bagi saya program keagamaan seperti ini mesti disokong dan saya memang berazam, jika para sahabat saya yang terdiri dari para ulama' memberi lampu hijau, saya pasti akan menghadiri program ini.

Apa yang mengejutkan saya, beberapa sahabat menyatakan bahawa kumpulan ini adalah kumpulan yang dipengaruhi atau membawa pengaruh Syiah di dalamnya dan telah pun difatwakan sesat oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang. Nama yang disebutkan di dalam fatwa Jabatan Mufti Pulau Pinang adalah Ismail bin Kassim yang merupakan  pengarang buku /Risalah/Kertas Kerja bertajuk ‘Ulul Albab’ yang  bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah serta menjadi ancaman kepada perpaduan dan keutuhan ummah dan bangsa, serta keamanan Negara.

Sahabat lama dari Brunei Darussalam adalah antara penalis
dalam program di atas. Inilah e-banner yang saya terima dari beliau.

Tidak puas hati dengan jawapan tersebut saya bertanya lagi kepada beberapa orang lagi para ulama' yang dikenali ramai sebagai se orang pakar Syiah. Jawapannya adalah sama. Kumpulan ini memang terlibat dengan Syiah.

Dengan kefahaman saya tentang kesesatan Syiah, maka saya rasa bertanggungjawab untuk menghalang pengaruh syiah dari terus berluasa. Lalu saya poskan e-banner tersebut ke dalam FB saya bersama dengan komentar agar tidak menghadiri program ini atas alasan ianya dipengaruhi oleh ajaran sesat Syiah.

Apa yang saya lakukan tidak lain dan tidak bukan adalah berasaskan tanggungjawab saya untuk berjuang mempertahankan akidah ahli sunnah wal jamaah dari ancaman musuh seperti syiah dan lain-lain ajaran sesat. Tidak ada sedikit pun niat saya untuk menabur fitnah terhadap mana-mana kumpulan yang bergiat menyebarkan Islam. Apa yang berlaku adalah kesilapan saya kerana upload gambar yang berbeza dari individu yang disahkan sesat oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang. Namun saya tetap berpegang bahawa perbuatan Ismail Kassim yang menulis dan mengarang buku bertajuk Ulul Albab adalah sesat lagi menyesatkan selari dengan fatwa Majlis Fatwa Pulau Pinang dan turut disiarkan oleh Jakim melalui e-fatwanya.



Kesilapan saya adalah kerana upload gambar yang berbeza dari gambar individu yang ditulis dalam kenyataan
yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang.

Justeru saya dengan  ini memohon  kemaafan atas kesilapan teknikal ini kepada Dr Ismail Kassim dan semua mereka yang terlibat dalam program Magnet Syahadah seperti yang tersiar dalam e-banner di dalam posting saya ini.

Saya juga telah memaafkan beberapa individu yang saya kira merupakan pengikut yang mungkin terlalu  taasub dengan ajaran yang dibawa oleh Dr Ismail Kassim  yang melabel saya dengan berbagai label antaranya sebagai konco dajal, bahkan ada yang menelefon ke pejabat saya dengan memaki hamun saya dengan perkataan yang tidak harus keluar dari mulut se orang yang ditarbiah dengan begitu sempurna oleh Dr Ismail Kassim.

Saya sedar saya telah melakukan kesilapan yang saya nyatakan di atas namun memaki hamun saya dengan perkataan ba**, pu**, anak har*** dan banyak lagi yang tak sanggup didengar, saya kira tidak sewajarnya dilakukan oleh ahli  sebuah NGO Islam yang amat menitkberatkan "rahmatan lil 'Alameen".

Apa pun saya terima celaan dan makian kerana mungkin ianya adalah kafarah atas kesilapan saya. Saya  berharap Allah akan mengampunkan dosa saya dan semua yang terlibat.

 وهو الله في السماوات وفي الأرض يعلم سركم وجهركم ويعلم ما تكسبون   

"Dialah Allah di langit dan di bumi yang Maha Mengetahui rahsia kamu dan apa yang kamu zahirkan dan Dia juga Maha Tahu apa yang Kamu Lakukan"

Wassalamu a'alaikum wr wabaratuh.

Salam Ukhuwah dari saya. Dr Nik Rahim Nik Wajis Mantin, Negeri Sembilan, Malaysia
Isnin, 30 Nov 2015 | 18 Safar 1437 H

3 comments:

  1. Kamu memang orang kurang ajar pun, dah fitnah orang dengan najis yang amat jijik kemudian nak mohon maaf , sungguh cetek dan kurang ajar keturunan yang mengajar kamu dengan perkara yang jijik.

    minta tulis direct surat by your signature lah, baru awak tu gentelman sikit.

    ReplyDelete
  2. Assalamua'laikum Dr.. jazakallah khair atas maklumat diatas.. blh tak ingin jika dr ismail kassim jni memang membawa pengaruh syiah ataupun ada yg tidak kena dgn ajarannya... saya ada terima video dimana beliau mengatakan Sahabat r.hum munafiq..

    ReplyDelete
  3. Ismail bin Kasim yang ini pun sama juga ada keraguan dalam ajaran ilmu syahadah dan zikir nafas beliau.. menyeleweng daripada akidah ahli sunnah wal jamaah

    Jabatan Agama Islam Negeri Pahang melalui Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil. 02/2016 telah memutuskan kedudukan Ajaran Sheikh Dr. Ismail bin Kassim di Negeri Pahang seperti yang berikut:

    Melarang ajaran Sheikh Dr. Ismail bin Kassim, Pengasas Pertubuhan Rahmatan Lil ‘Alamin (Perahmat) disebarkan di Negeri Pahang.

    Sheikh Dr. Ismail bin Kassim dilarang daripada berceramah dan menyampaikan apa-apa pengajaran di Negeri Pahang.

    ReplyDelete