<!-- Facebook Pixel Code --> <script> !function(f,b,e,v,n,t,s) {if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod? n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)}; if(!f._fbq)f._fbq=n;n.push=n;n.loaded=!0;n.version='2.0'; n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0; t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0]; s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window, document,'script', 'https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js'); fbq('init', '1394243567541901'); fbq('track', 'PageView'); </script> <noscript><img height="1" width="1" style="display:none" src="https://www.facebook.com/tr?id=1394243567541901&ev=PageView&noscript=1" /></noscript> <!-- End Facebook Pixel Code -->

Monday, June 4, 2018

BERGANDING BAHU BINA NEGARA LEBIH HARMONI



PILIHAN Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sudah berlalu dan keputusan juga telah diketahui. Yang menang ayuh jalankan tanggungjawab diamanahkan rakyat, manakala yang kalah pula inilah masa paling sesuai untuk muhasabah diri.
Bahkan, muhasabah diri bukan sahaja untuk mereka yang tewas pada pilihan raya lalu, sebaliknya mereka yang beroleh kuasa juga perlu bermuhasabah.
Jika kita boleh menyorot kembali tempoh berkempen sebelum PRU lalu, pasti masih segar dalam pemikiran kita betapa semua pihak, sama ada pihak kerajaan mahupun pembangkang ketika itu agresif melakukan pelbagai bentuk kempen bagi memastikan kemenangan.
Namun, ada kalanya tanpa disedari, kita banyak melanggar sempadan digariskan Islam. Dalam kerancakan berkempen, terselit saling menuduh, melabel, memfitnah, penyebaran imej mengaibkan dan lain-lain yang menyebabkan banyak hati terguris serta terluka.
Perbuatan ini sesuatu yang amat dilarang dalam Islam. Sabda Nabi SAW di dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Seorang Muslim itu menyelamatkan orang lain dari angkara lidahnya dan tangannya". (HR Ahmad)
Justeru, melakukan apa sahaja yang boleh menyakitkan seseorang, sama ada dengan lidah atau melalui perbuatan ialah amalan yang bercanggah dengan hadis di atas dan dikira sebagai satu dosa.
Akaun palsu
Hari ini, keadaan seakan sukar dikawal dengan kewujudan media sosial. Semua orang tanpa mengira status punya ruang cukup luas untuk melakukan, menulis apa sahaja disukai atas alasan mereka tidak mengenali satu sama lain tanpa mengira ia mampu melukakan hati seseorang.
Lebih memburukkan keadaan apabila ada yang sanggup mencipta akaun palsu di media sosial, semata-mata untuk menyebar fitnah dan kepalsuan. Ini semua harus dihentikan segera agar ia tidak menjadi barah dalam masyarakat.
Kehadiran Ramadan yang penuh berkat seharusnya dijadikan platform untuk muhasabah diri, hentikan aktiviti yang boleh merosakkan ibadah puasa. Apa guna berpuasa jika hanya membawa kita semakin jauh dari Allah SWT.
Jadikan Ramadan sebagai bulan berkasih sayang dan bermaaf-maafan. Lupakan sengketa lama semasa tempoh pilihan raya lalu.
Ayuh kita sama-sama berganding bahu membina negara ke arah yang lebih harmoni. Lupakan daripada pihak mana kita datang kerana kita semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian.
Renungi peringatan
Sama-sama kita renungi peringatan Allah di dalam Surah Ali Imran ayat 30 yang bermaksud: "Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati segala kebajikan dihadapkan (di mukanya), begitu (juga) kejahatan yang telah dikerjakannya; ia ingin kalau kiranya antara ia dengan hari itu ada masa yang jauh; dan Allah memperingatkan kamu terhadap seksa-Nya. Dan Allah sangat Penyayang kepada hamba-hamba-Nya".
Dalam ayat ini, Allah SWT memberi peringatan yang amat tegas bahawa semua manusia tanpa mengira kedudukan, sama ada pemimpin atau rakyat, kaya atau miskin, semuanya akan dihadapkan ke muka pengadilan.
Pada hari itu, semua amalan manusia dihitung dan akan diberikan balasan setimpal dengan apa yang mereka kerjakan sepanjang hidup di dunia.
Seperkara amat penting yang patut kita fahami bahawa Allah SWT tidak akan mengampuni dosa dilakukan sesama manusia. Justeru, ambillah peluang memohon kemaafan kepada siapa sahaja yang kita sakiti melalui perkataan, perbuatan atau melalui mata pena.
Semoga nanti kita tidak merangkak di Padang Mahsyar mencari mereka yang kita sakiti untuk memohon kemaafan.
Penulis ialah Pensyarah Kanan di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia

https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2018/06/433753/berganding-bahu-bina-negara-lebih-harmoni

Note: Akhbar ini disiarkan oleh Berita Harian pada 4.6.2018

Salam Ukhuwah dari saya. Dr Nik Rahim Nik Wajis (Ibn Nik Wajis) +6014 820 7111 (Call/Whatsapp) / +6018 356 3832 (call /sms only) Nilai, Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment