Sunday, June 4, 2023

BENARKAH EMAS PELABURAN TERBAIK?

 

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera sahabat semua. 
Emas seperti yang kita ketahui adalah logam yang amat tinggi nilainya. Jadi tidak hairanlah sejak sekian lama, emas dijadikan sandaran mata wang di seluruh dunia. Harga emas yang amat stabil menjadikan ianya sebagai salah satu pelaburan jangka panjang yang amat menguntungkan.

Hari ini dengan teknologi yang ada, pelaburan dalam emas tidak lagi serumit sebelum ini. Jika sebelum ini, kita terpaksa ke kedai emas untuk mendapatkan emas dan kemudian menyimpannya, namun kini kita tidak lagi perlu melakukannya sedimikian rupa. Kini kita boleh membeli emas dan melaburkannnya dengan cara yang amat mudah dan selamat. Kita tak perlu lagi khuatir emas yang kita simpan di rumah dicuri atau dirompak. Emas hanya dihujung jari anda!

Apa yang lebih menarik, kini melalui Quantum Metal (QM), anda bukan sahaja boleh melabur dalam emas, tapi anda juga mampu menggandakan pemilikan emas anda sehingga 10 kali ganda (melalui pembiayaan syarikat) dari jumlah pelaburan asal anda? Menarik bukan?. 

 


Sebagai contoh, anda membeli emas sebanyak RM1,000, anda akan diberikan pembiayaan sebanyak RM9,000 melalui kaedah tawarruq murabahah. Jadi kini jumlah pelaburan anda sudah menjadi RM10,000. Wow!! Masya Allah....

Baik! Sebelum kita bercerita lebih terperinci tentang cara dan kaedah pelaburan ini, jom kita tengok beberapa maklumat penting tentang Quantum Metal.


Quantum Metal Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pengimport dan pembekal emas di Malaysia khasnya dan negara-negara ASEAN amnya. Mula beroperasi pada tahun 2012 dan ibupejabat syarikat terletak di E-Gate Pulau Pinang. Quantum Metal ialah pengedar utama emas London Bullion Market Association (LBMA) di Malaysia yang mempunyai pengaruh global dan merintis pertumbuhan kekayaan. 







Kenali Pengerusi Quantum Metal

YBhg. Tan Sri Datuk Seri (Dr) Mazlan bin Lazim telah dilantik sebagai Pengerusi Quantum Metal Sdn Bhd bermula 16 Mei 2023.

Beliau merupakan Ahli Suruhanjaya Untuk Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Pengerusi Untuk PBLT Sdn Bhd (Syarikat Kementerian Kewangan). Beliau juga seorang profesional penguatkuasa undang-undang dan pemimpin yang amat dihormati dengan pengalaman yang meluas dalam bidang kepolisan negara Malaysia. Beliau telah berkhidmat dan berbakti dalam pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) selama 35 tahun.

YBhg. Tan Sri Datuk Seri (Dr) memulakan program latihan asas kepolisanya sebagai Kadet Asistan Superintenden Polis di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur pada tahun 1986. Sepanjang perkhidmatan beliau dengan PDRM, YBhg. Tan Sri Datuk Seri (Dr) telah memegang pelbagai jawatan kepimpinan di pelbagai negeri seluruh Malaysia, termasuk Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman (Sept 2020-Jun 2021), Ketua Polis Kuala Lumpur (Okt 2017- September 2020), Ketua Polis Kelantan (Julai 2016 – Jan 2017) dan sebagainya.

Beliau telah dilantik untuk memegang amanah sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada Jun 2021 sehigga Disember 2021 sebelum bersara wajib.

Sebagai pengiktirafan atas usaha dan sumbangan bakti yang tidak putus demi masyarakat dan negara, beliau telah dianugerahkan dengan pelbagai pingat dan anugerah, termasuk:

Ahli Mahkota Kedah (AMK) 2004
Bintang Cemerlang Negeri (BCN) 2005
Paduka Setia Mahkota Kelantan (PSK) 2007
Setia Mahkota Pahang (SMP) 2009
Darjah Dato’ Paduka Setia Mahkota Kelantan (DPSK) 2011
Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) 2011
Darjah Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (SPSK) 2015
Seri Mahkota Wilayah (SMW) 2017
Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) 2018
Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) 2021
Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) 2021, dan
Panglima Setia Mahkota (PSM) 2022


 Modal berbayar syarikat ini ialah RM 10 juta  dan  merupakan peserta Di Dagangan Bursa Malaysia Islamic Servises (BMIS)




Perniagaan teras syarikat ialah menyediakan produk emas premium 99.9% ke pasaran termasuk badan kerajaan, bank, institusi kewangan, pemborong dan peniaga emas individu.

 BANK TEMPATAN  


Quantum Metal memulakan hubungan antara bank tempatan dengan pembekal bullion antarabangsa termasuk Perth Mint Gold, Australia. Model perniagaan syarikat ialah mengurangkan risiko bank tempatan  dengan bank tempatan melakukan transaksi langsung dan transaksi sah melalui Quantum Metal.

Sebagai pelanggan Quantum Metal, bank tempatan bebas daripada perbelanjaan modal untuk projek ini kerana 100% sistem dan infrastruktur akan dilaburkan oleh syarikat ini. Pulangan pelaburan syarikat adalah melalui model pembahagian hasil dengan bank tempatan. 

Quantum Metal terus melabur dan dan menyediakan model SOP terbaik dan menjamin integrasi dalam talian masa nyata antara bank tempatan dan Quantum Metal.

Antara bank tempatan yang berkerjasama dengan Quantum Metal ialah Bank Muamalat, Al-Rajhi Bank, Affin Bank dan Alliance Bank. 




 AR-RAHNU DAN KOPERASI   

Quantum Metal juga adalah pembekal sistem emas  kepada Ar-Rahnu Tekun.



Koperasi ANGKASA dan Organisasi Koperasi Asean (ACO) turut jalinkan kerjasama dengan Quantum Metal. 





ACO Gold Sdn Bhd telah ditubuhkan hasil usahasama MyAngkasa Holding, Organisasi Koperasi Asean (ACO) dan Quantum Metal. 

ACO Gold didaftarkan pada 8 Februari 2018 untuk meningkatkan perdagangan dan transaksi antara koperasi di negara-negara ASEAN melalui perdagangan emas. 

MyAngkasa Holdings, dimiliki 100% oleh Angkasa merupakan organisasi APEX untuk 10 ribu koperasi. 

 

PATUH SYARIAH  

Syarikat turut mendapat Pengiktirafan patuh syariah dari ISRA’ (International Shariʽah Research Academy for Islamic Finance) yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM). (Sijil patuh syariah ISRA). Quantum Metal juga tersenarai di World Gold Council, klik http://shariahgold.com/products







Kenali Pengerusi Jawatankuasa Syariah QM

Dato’ Seri Haji Hassan bin Haji Ahmad telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Syariah Quantum Metal Sdn Bhd mulai 1 Jun 2023.

Beliau memberikan sumbangan yang besar kepada sektor pendidikan, sebagai pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Yayasan Pengajian Tinggi Islam (YPTIK) Nilam Puri, Kelantan pada Julai 1977 hingga Mac 1981. Kemudian beliau bertugas sebagai Pensyarah Fakulti Syariah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dari April 1981 hingga Ogos 1997. Semasa berkhidmat di Universiti Malaya, beliau dilantik sebagai Timbalan Dekan Fakulti Syariah pada tahun 1990
hingga 1991, sebelum menjadi Dekan Fakulti pada tahun 1991 hingga 1992.

Beliau merupakan seorang bekas mufti di Malaysia yang memiliki
sejarah yang cemerlang. Beliau ialah seorang Mufti Kerajaan Pulau Pinang dari tahun 1997 sehingga 2014. Sepanjang bergelar mufti beliau turut menjadi Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (1997-2014), Ahli Majlis Penasihat Syariah untuk Bank Negara Malaysia (1997-2016), Perbankan Islam Maybank (1993-2004), Suruhanjaya Sekuriti (1998-2010) dan KFCH (MPS). Beliau juga dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji Lembaga Tabung Haji Malaysia-JAKIM (2000-2004).


Beliau telah menerbitkan empat buku dan kitab yang termasuk:

Riwayat hidup al-Imam al-Nawawi, terbitan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, 2002.
Kaedah dan Peraturan Pajak Gadai Mengikut Kehendak Islam, terbitan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, 2002.
Al-Mafhum wa Mauqif al-Usuliyina min Hujjiyatih, terbitan Penerbit Hizbi, Shah Alam, 1998.
Usul al-Fiqh, terbitan Pustaka Haji Abd. Majid, Selangor, 1998.
Beliau telah dianugerahi darjah kebesaran dan kurniaan berikut:

Paduka Mahkota Perak (P.M.P.) 1995.
Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N.) Negeri Pulau Pinang yang membawa gelaran Dato’ 1999.
Panglima Jasa Negara (P.J.N.) 2008.
Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N.) yang membawa gelaran Dato’ Seri 2011.
Penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan daripada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tahun 1433H/2012M.
Tokoh Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 1436H/2014M.



 PERTH MINT DAN PANDA GOLD  
Quantum Metal juga telah dilantik sebagai pengedar sah kepada Perth Mint Gold iaitu sebuah syarikat emas yang terbaik di dunia.(Quantun Metal Distributor Perth Mint Gold) dan juga ABC Bullion.  



Selain daripada itu Quantum Metal juga dilantik sebagai pengedar Panda Gold, kerjasama dengan ICBC Bank Malaysia.  




 SIMPANAN DAN INSURAN  

Anda tidak perlu risau melabur emas dengan skim MyGoldi Quantum Metal kerana emas anda diinsurankan oleh Llyod's Of London, 100% terjamin. 

Emas pula disimpan di tempat penyimpanan emas pihak ketiga yang selamat dan terjamin iaitu Brinks Singapura. 



PRODUK YANG DITAWARKAN   

Melalui skim MyGoldi, Quantum Metal Sdn Bhd telah merancang sistem dalam talian 24/7 dan lestari yang akan menguntungkan setiap pengguna akaun simpanan emas. Dengan sistem yang selamat, mudah dan mesra pengguna kini semua orang dapat bergabung di pasar emas dan berkongsi kegembiraan bersama. Tiga produk terbaik yang ditawarkan ialah :-

 Gold Storage Account (GSA)  

Ini adalah Akaun Simpanan Emas dan anda boleh mula menyimpan serendah RM10, Urusan jual beli emas boleh dibuat pada  bila-bila masa. 

✅ Menyimpan

✅ Modal serendah Rm10

✅ App Mygold i

✅ Emas Fizikal

✅ Modal simpanan tidak "LOCK"





 Gold Convert Account  (GCA) 

Ini ialah akaun pendahuluan emas atau pajak gadai secara Islam. Anda simpan wang ke dalam akaun ini dan boleh keluarkan 85% untuk kegunaan. Keuntungan dikira atas jumlah 100% wang yang anda simpan. 

✅ Pajak gadai Islam

✅ Boleh pajak maksima 85% daripada emas GSA.

✅ Kelulusan segera.

✅ Upah simpan 3.5% setahun.





 Gold Asset Enhance (GAE)  

Gold Asset Enhance adalah produk terbaik dan menjadi kegilaan ramai pelabur emas anda tidak akan menemui seumpamanya  di tempat lain. Ia menggunakan instrumen kewangan, konsep Tawarruq. Modal 1 unit hanya 4 gram tetapi kita mendapat akaun GAE 10 kali ganda iaitu 40 gram. Keuntungan kenaikan emas dikira atas 40 gram.

✅ Investment (Pelaburan)

✅ Minima modal

      GAE x 5  1 unit (USD25) = RM110.00 ++

     GAE x 10 1 unit (USD250)= RM1,500 ++

✅ Special produk yang tiada di Syarikat lain.

✅ Disediakan modal tambahan melalui pinjaman berasaskan tawaruq murbahah iaitu sebanyak 90% setiap pembelian satu unit.

✅ 3.5% upah simpan emas tawaruq   setahun (sekitar RM350.00 ++). Akan dikembalikan bagi jika simpanan tidak sampai setahun.

✅ Keuntungan daripada kenaikan harga emas

✅ Modal simpanan tidak "Lock"





Harga emas dikira setiap hari kecuali hari cuti Sabtu dan Ahad. Anda boleh tebus dan ambil untung, kemudian buka akaun semula untuk dapatkan untung seterusnya.

 Harga 1 unit bergantung kepada pasaran semasa emas dunia. Setiap hari makluman tentang harga akan dimaklumkan. Maklumat lanjut tentang harga satu unit boleh hubungi consultant berdaftar. 

Tiada pihak lain yang menawarkan skim sebegini, beli 1 unit dapat nilai emas 10 kali ganda daripada modal belian yang dikeluarkan.  Ramai yang mengambil peluang meraih keuntungan melalui produk GAE ini.

Anda boleh tambah atau beli unit baru pada bila-masa tanpa halangan. Bayangkan, jika anda ada wang RM10,000,  menerusi produk GAE ini anda dapat menyimpan emas  bernilai RM100,000. Kenaikan keuntungan dikira atas RM100,000 itu tadi. Ini peluang terbaik untuk rakyat Malaysia. 

Bayangkan juga, anda ada simpanan wang di bank RM10,000, maka nilai duit anda tetap RM10,000 dalam akaun bank. Jika pun ada keuntungan,ia sangat tidak berbaloi. Tapi dengan produk GAE,  jumlah wang anda bertambah 10 kali ganda (RM100,000). Maka, bertindak bijak  sekarang. Tukar wang anda kepada nilai emas.



CIRI-CIRI MENARIK  

Terdapat beberapa ciri-ciri menarik  Quantum Metal, diantaranya ialah:

Sistem Transaksi Harian 24/7  
Pengeluaran ke dalam akaun anda atau emas fizikal dan tiada had pengeluaran.

100% Didukung Oleh Emas Fizikal 99.9%  
Boleh buat belian dengan kadar serendah RM10 sahaja. Ketulenan emas mendapat pengesahan antarabangsa daripada London Bullion Market Association (LBMA).

Dijamin Harga Emas Rendah  
Harga terbaik dipasaran dan dikemaskini setiap hari.

Kemudahan Gadaian   
Boleh mengeluarkan sehingga 85% dari nilai emas anda.

Pengeluaran Emas Fizikal  
Pusat pengeluaran cepat dan mudah serta disokong oleh International Bullion House.

Pengeluaran Dalam Mata Wang Anda  
Mata wang asing diterima, pemindahan wang ke seluruh dunia (antarabangsa)

Di Sokong Oleh Bank Tempatan  
Bank tempatan sebagai ejen. Konsep patuh syariah. Dipantau Bank Negara Malaysia.

Sistem Mesra Pengguna  
Ada Apps QM Gold  untuk  buat urusan mudah dan pantas guna telefon pintar. Perdagangan dalam talian yang selamat.

Brinks Sebagai Vault Emas Billion Rasmi  
Emas disimpan di Brinks Singapura 100% dijamin dan diinsuranskan oleh Llyod's Of London.


PENDAFTARAN ONLINE  

Anda berminat untuk membuat pelaburan emas dengan Quantum Metal, sila buka akaun secara percuma. Klik dibawah :-





Selepas register buka email yang di daftarkan kemudian klik link yang Quantum Metal hantar untuk buat PASSWORD  dan nombor PIN.

Tiada pengambilan wang oleh pihak ketiga (3rd Party) semua urusan pembayaran wang dibuat sendiri oleh pelabur. Lebih selamat dan terjamin. 


Testimoni Keuntungan Pelabur 








Salam Ukhuwah dari saya Harith Najmi     

No comments:

Post a Comment

Featured Post

BENARKAH EMAS ADALAH PELABURAN TERBAIK SEPANJANG ZAMAN?

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera sahabat semua.  Emas seperti yang kita ketahui adalah logam yang amat tinggi nilainya. Jadi tidak ...