EMAS PELABURAN TERBAIK?


                  BENARKAH EMAS PELABURAN TERBAIK?
Prof Madya Dr Nik Rahim
Nik Wajis 

Founder
DNR Gold Team

Salam sahabat semua. 
Emas seperti yang kita ketahui adalah logam yang amat tinggi nilainya. Jadi tidak hairanlah sejak sekian lama, emas dijadikan sandaran mata wang di seluruh dunia. Harga emas yang amat stabil menjadikan ianya sebagai salah satu pelaburan jangka panjang yang amat menguntungkan.

Hari ini dengan teknologi yang ada, pelaburan dalam emas tidak lagi serumit sebelum ini. Jika sebelum ini, kita terpaksa ke kedai emas untuk mendapatkan emas dan kemudian menyimpannya, namun kini kita tidak lagi perlu melakukannya sedimikian rupa. Kini kita boleh membeli emas dan melaburkannnya dengan cara yang amat mudah dan selamat. Kita tak perlu lagi khuatir emas yang kita simpan di rumah dicuri atau dirompak. Emas hanya dihujung jari anda!

Apa yang lebih menarik, kini melalui Quantum Metal, anda bukan sahaja boleh melabur dalam emas, tapi yang lebih menarik, anda mampu menggandakan pemilikan emas anda sehingga 10 kali ganda dari jumlah pelaburan asal anda? Menarik bukan?

Baik! Sebelum kita bercerita lebih terperinci tentang cara dan kaedah pelaburan ini, jom kita tengok beberapa maklumat penting tentang Quantum Metal.


Quantum Metal Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pengimport dan pembekal emas di Malaysia khasnya dan negara-negara ASEAN amnya. Mula beroperasi pada tahun 2012 dan ibupejabat syarikat terletak di E-Gate Pulau Pinang. Quantum Metal ialah pengedar utama emas London Bullion Market Association (LBMA) di Malaysia yang mempunyai pengaruh global dan merintis pertumbuhan kekayaan. 














Founder  dan Pengerusi Eksekutif Quantum Metal ialah Dato' Lim Khong Soon yang berpengalaman lebih 20 dalam industri emas.


Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah syarikat ialah Tuan Haji Kamari  Zaman. Beliau juga Pengerusi Bank Persatuan (Co-opbank Persatuan) dan Pengarah Bebas Dan Bukan Eksekutif, Permodalan BSN Berhad. (Rujuk sini)

Modal berbayar syarikat ini ialah RM 10,000,00 dan  merupakan peserta Di Dagangan Bursa Malaysia Islamic Servises (BMIS). 

Perniagaan teras syarikat ialah menyediakan produk emas premium 99.9% ke pasaran termasuk badan kerajaan, bank, institusi kewangan, pemborong dan peniaga emas individu.

 BANK TEMPATAN  


Quantum Metal memulakan hubungan antara bank tempatan dengan pembekal bullion antarabangsa termasuk Perth Mint Gold, Australia. Model perniagaan syarikat ialah mengurangkan risiko bank tempatan  dengan bank tempatan melakukan transaksi langsung dan transaksi sah melalui Quantum Metal.

Sebagai pelanggan Quantum Metal, bank tempatan bebas daripada perbelanjaan modal untuk projek ini kerana 100% sistem dan infrastruktur akan dilaburkan oleh syarikat ini. Pulangan pelaburan syarikat adalah melalui model pembahagian hasil dengan bank tempatan. 

Quantum Metal terus melabur dan dan menyediakan model SOP terbaik dan menjamin integrasi dalam talian masa nyata antara bank tempatan dan Quantum Metal.
Antara bank tempatan yang berkerjasama dengan Quantum Metal ialah Bank Muamalat, Al-Rajhi Bank, Affin Bank dan Alliance Bank. 

Aggrement PDF antara Bank Mualamat dengan Client dan Supplier Emas adalah Quantum Metal. 

  AR-RAHNU DAN KOPERASI   

Quantum Metal juga adalah pembekal sistem emas  kepada Ar-Rahnu Tekun.



Koperasi ANGKASA dan Organisasi Koperasi Asean (ACO) turut jalinkan kerjasama dengan Quantum Metal. 





ACO Gold Sdn Bhd telah ditubuhkan hasil usahasama MyAngkasa Holding, Organisasi Koperasi Asean (ACO) dan Quantum Metal. 

ACO Gold didaftarkan pada 8 Februari 2018 untuk meningkatkan perdagangan dan transaksi antara koperasi di negara-negara ASEAN melalui perdagangan emas. 


MyAngkasa Holdings, dimiliki 100% oleh Angkasa merupakan organisasi APEX untuk 10 ribu koperasi. 

PATUH SYARIAH  

Syarikat turut mendapat Pengiktirafan patuh syariah dari ISRA’ (International Shariʽah Research Academy for Islamic Finance) yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM). (Sijil patuh syariah ISRA). Quantum Metal juga teraenarai di World Gold Council, klik http://shariahgold.com/products






Perbezaan antara Quantum Metal Sdn Bhd dengan produk emas lain yang popular di pasaran dalam negara kita.

PERTH MINT DAN PANDA GOLD  
Quantum Metal juga telah dilantik sebagai pengedar sah kepada Perth Mint Gold iaitu sebuah syarikat emas yang terbaik di dunia.(Quantun Metal Distributor Perth Mint Gold) dan juga ABC Bullion. (Quantum Metal Distributor ABC Bullion) / video). 






Selain daripada itu Quantum Metal juga dilantik sebagai pengedar Panda Gold, kerjasama dengan ICBC Bank Malaysia. (Video majlis menandatangani perjanjian kerjasama ICBC dan Quantum Metal)



 SIMPANAN DAN INSURAN  

Anda tidak perlu risau melabur emas dengan skim MyGoldi Quantum Metal kerana emas anda diinsurankan oleh Llyod's Of London, 100% terjamin. 

Emas pula disimpan di tempat penyimpanan emas pihak ketiga yang selamat dan terjamin iaitu Brinks Singapura. 



PRODUK YANG DITAWARKAN   

Melalui skim MyGoldi, Quantum Metal Sdn Bhd telah merancang sistem dalam talian 24/7 dan lestari yang akan menguntungkan setiap pengguna akaun simpanan emas. Dengan sistem yang selamat, mudah dan mesra pengguna kini semua orang dapat bergabung di pasar emas dan berkongsi kegembiraan bersama. Tiga produk terbaik yang ditawarkan ialah :-

 Gold Storage Account (GSA)  

Ini adalah Akaun Simpanan Emas dan anda boleh mula menyimpan serendah RM10, Urusan jual beli emas boleh dibuat pada  bila-bila masa. 

✅ Menyimpan

✅ Modal serendah Rm10

✅ App Mygold i

✅ Emas Fizikal

✅ Modal simpanan tidak "LOCK"


 Gold Advance Account (GAA) 

Ini ialah akaun pendahuluan emas atau pajak gadai. Anda simpan wang ke dalam akaun ini dan boleh keluarkan 80% untuk kegunaan. Keuntungan dikira atas jumlah 100% wang yang anda simpan. 

✅ Pajak gadai

✅ Boleh pajak maksima 80% daripada emas GSA.

✅ Kelulusan segera.

✅ Upah simpan 3.5% setahun.



 Gold Leverage Asset (GLA)  

Laverage Asset Emas yang juga dikira sebagai Fixed Deposit anda. GLA adalah produk terbaik yang tiada di tempat lain. Ia menggunakan instrumen kewangan, konsep Tawarruq. Modal 1 unit hanya 4 gram tetapi kita mendapat akaun GLA 10 kali ganda iaitu 40 gram. Keuntungan kenaikan emas dikira atas 40 gram.

✅ Investment (Pelaburan)

✅ Minima modal

      GLA 1 x 5  1 unit (USD25)

     GLA 1 x 10 1 unit (USD250)

✅ Special produk yang tiada di Syarikat lain.

✅ Disediakan modal tambahan loan tawaruq 90% setiap pembelian satu unit.

✅ 3.5% fee loan tawaruq untuk setahun.

✅ Keuntungan daripada kenaikan harga emas

✅ Modal simpanan tidak "Lock"



GLA PRODUK TERHEBAT   

Produk terbaik yang ditawarkan ialah Gold Leverage Asset (GLA). Skim ini dikira sebagai Fixed Deposit dan produk terbaik yang tiada di tempat lain. Ia menggunakan instrumen kewangan, konsep Tawarruq. Modal 1 unit hanya 4 gram tetapi pelanggan mendapat akaun GLA 10 kali ganda iaitu 40 gram.

Sementara itu,  keuntungan kenaikan emas dikira atas 40 gram. Maknanya jika 1 gram naik RM10, maka anda akan dapat untung RM10 X 10 iaitu RM100. Anda boleh tebus, jual beli bila-bila masa tanpa ada tempoh kontrak.

Harga emas dikira setiap hari kecuali hari cuti Sabtu dan Ahad. Anda boleh tebus dan ambil untung, kemudian buka akaun semula untuk dapatkan untung seterusnya.

Upah dikira selama setahun jika anda tidak tutup akaun, tapi jika anda tutup akaun awal maka upah harian dikira sehingga hari anda tutup akaun MyGold-i anda. 

Harga 1 unit bergantung kepada pasaran semasa emas dunia. Setiap hari makluman tentang harga akan dimaklumkan. Maklumat lanjut tentang harga satu unit boleh hubungi agen berdaftar. 

Tiada pihak lain yang menawarkan skim sebegini, beli 1 unit dapat nilai emas 10 kali ganda daripada modal belian yang dikeluarkan.  Ramai yang mengambil peluang meraih keuntungan melalui produk GLA ini.

Anda boleh tambah atau beli unit baru pada bila-masa tanpa halangan. Bayangkan, jika anda ada wang RM10,000 menerusi MyGold-i anda dapat akaun bernilai RM100,000. Kenaikan keuntungan dikira atas RM100,000 itu tadi. Ini peluang terbaik untuk rakyat Malaysia. 

Bayangkan juga, anda ada simpanan wang di bank RM10,000, maka nilai duit anda tetap RM10,000 dalam akaun bank. Tapi dengan MyGold-i jumlah wang anda bertambah 10 kali ganda (RM100,000). Maka, bertindak bijak  sekarang. Tukar wang anda kepada nilai emas.


CIRI-CIRI MENARIK  

Terdapat beberapa ciri-ciri menarik skim MyGoldi Quantum Metal, diantaranya ialah:

Sistem Transaksi Harian 24/7  
Pengeluaran ke dalam akaun anda atau emas fizikal dan tiada had pengeluaran.

100% Didukung Oleh Emas Fizikal 99.9%  
Boleh buat belian dengan kadar serendah RM20 sahaja. Ketulenan emas mendapat pengesahan antarabangsa daripada London Bullion Market Association (LBMA).

Dijamin Harga Emas Rendah  
Harga terbaik dipasaran dan dikemaskini setiap hari.

Kemudahan Kredit Pusingan  
Kadar faedah rendah sehingga 80% dari nilai emas anda.

Pengeluaran Emas Fizikal  
Pusat pengeluaran cepat dan mudah serta disokong oleh International Bullion House.

Pengeluaran Dalam Mata Wang Anda  
Mata wang asing diterima, pemindahan wang ke seluruh dunia (antarabangsa)

Di Sokong Oleh Bank Tempatan  
Bank tempatan sebagai ejen. Konsep patuh syariah. Dipantau Bank Negara Malaysia.

Sistem Mesra Pengguna  
Ada Apps MyGoldi untuk  buat urusan mudah dan pantas guna telefon pintar. Perdagangan dalam talian yang selamat.

Brinks Sebagai Vault Emas Billion Rasmi  
Emas disimpan di Brinks Singapura 100% dijamin dan diinsuranskan oleh Llyod's Of London.


PENDAFTARAN ONLINE  

Anda berminat untuk membuat pelaburan emas dengan Quantum Metal, sila buka akaun secara percuma. Klik dibawah :-



Selepas register buka email yang di daftarkan kemudian klik link yang Quantum Metal hantar untuk buat PASSWORD  dan nombor PIN.

Tiada pengambilan wang oleh pihak ketiga (3rd Party) semua urusan pembayaran wang dibuat sendiri oleh pelabur. Lebih selamat dan terjamin. 






1 comment:

  1. Gold Leverage Asset (GLA) bukan tuan kata haram ke?

    ReplyDelete

Featured Post

BENARKAH EMAS ADALAH PELABURAN TERBAIK SEPANJANG ZAMAN?

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera sahabat semua.  Emas seperti yang kita ketahui adalah logam yang amat tinggi nilainya. Jadi tidak ...