Thursday, February 1, 2024

BAGAIMANA SAYA TERLIBAT SEBAGAI PERUNDING HARTANAH?

Salam sahabat semua.
Bila saya bersara wajib pada 16hb Oktober 2023 yang lalu, saya memang mengambil keputusan yang agak drastik untuk tidak menyambung kerja sebagai pensyarah meskipun terdapat peluang untuk berbuat demikian. Alasan utama yang saya berikan - saya ingin berihat setelah berkerja hampir 30 tahun di pelbagai institusi pendidikan dalam dan luar negara.

Tetapi, pada hakikatnya saya ingin bebas dan bekerja mengikut masa saya sendiri. Saya tidak mahu terikat dengan mana-mana pihak. Ini juga menjadi sebab utama kenapa saya tidak lagi mahu makan gaji.

Beberapa tahun sebelum bersara wajib, saya sebenarnya sudah membuat perancangan untuk terlibat dalam perniagaan sepenuh masa. Saya menyertai Quantum Metal dengan harapan perniagaan ini dapat menggantikan kerja makan gaji saya. Setelah hampir 4 tahun membina rangkaian dalam Quantum Metal, saya merasa sangat teruja kerana keahlian dalam team saya sudah mencecah hampir 1,000 orang. Satu pencapaian yang agak memberangsangkan bagi saya. 

Saya bersyukur kerana melalui QM, rezeki saya bertambah pada setiap bulan walaupun tidak begitu besar dan jauh sekali dari menggantikan pendapatan saya semasa bekerja sebagai pensyarah . Tapi saya tetap bersyukur kepada Allah SWT atas anugerah ini. Alhamdulillah. 

Saya memang bertekad untuk memfokuskan perniagaan saya dalam QM sebaik saya bersara kerana berbanding dengan perniagaan-perniagaan lain yang saya ceburi, QM memberikan pulangan yang paling tinggi. Namun niat saya terbantut di tengah jalan bila QM berhadapan dengan masalah yang agak kritikal sekitar awal bulan Dec 2023 apabila gagal membuat pembayaran dalam tempoh yang dijanjikan. Ramai ahli dalam rangkaian saya mula complain dan ramai yang sudah tarik 'hand break' dan mengosongkan akaun mereka dalam QM. 

Saya sendiri hingga saat ini belum menerima bayaran walaupun sudah lebih satu bulan termination / penjualan balik emas pegangan saya dibuat. Ini melibatkan jumlah yang agak besar bagi saya iatu melebih RM20,000. Meskipun saya yakin QM akan melunaskan bayaran yang tertunggak kepada semua ahli, namun kelewatan ini banyak memberi kesan yang negatif di kalangan ahli QM dan keyakinan kepada QM semakin pudar.

Disebabkan keadaan ini saya mencari-cari peluang yang lain bagi menggantikan QM. Akhirnya setelah berbincang dengan keluarga dan kawan-kawan, saya membuat keputusan untuk terlibat dalam perniagaan hartanah. 

Pada 25hb-26hb November 2023, saya mengikuti Negotiator Certificate Course (NCC) bersama anakanda saya Nik Umair di Seremban. Ini adalah sebagai langkah pertama untuk menjadi Real Estate Negotiator (REN) secara sepenuh masa.







Salam Ukhuwah dari saya. Prof Madya Dr Nik Rahim Nik Wajis +6018 356 3832 (Call/Whatsapp) / +6014 820 7111 (call /sms only) Nilai, Negeri Sembilan

Featured Post

BENARKAH EMAS ADALAH PELABURAN TERBAIK SEPANJANG ZAMAN?

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera sahabat semua.  Emas seperti yang kita ketahui adalah logam yang amat tinggi nilainya. Jadi tidak ...