Sunday, March 29, 2020

DAPATKAN E-BOOK STORE PLUS USD2.00 SECARA PERCUMA


Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera.


Salam sahabat yang dihormati sekelian. 
Sebagai se orang Pensyarah dan Penulis, saya merasa sangat bahagia dan gembira bila dapat kongsikan sedikit ilmu serta pengalaman yang dilalui dalam hidup dengan para pembaca semua.

Saya pasti sahabat-sahabt juga dikurniakan Allah ilmu dan pengalaman menarik dan bermanfaat yang boleh dikongsikan dengan masyarakat agar sesuatu dapat dipelajari dan dijadikan pedoman dalam hidup. 

Apa yang lebih penting, sebagai penulis kita dapat tinggalkan sesuatu yang bermanfaat melalui penulisan kita dan ini akan menjadi saham yang menjana pahala yang berterusan meskipun kita tidak lagi berada di dunia yang fana ini.




Tidakkah sahabat mahu untuk tinggalkan sesuatu yang memberi faedah kepada anak cucu, sahabat handai, jiran tetangga serta ummah seluruhnya?

Jika sahabat mahu, ayuh kita semarakkan penulisan melalui   e-book yang menjadi kegemaran saya sejak beberapa bulan yang lalu.

Sebagai langkah pertama, saya ingin mengajak sahabat untuk bersama saya dalam satu team penulis e-book dengan mendaftar secara PERCUMA di sini. Sahabat hanya perlu klik link di bawah:

(sila klik di sini untuk mendaftar secara PERCUMA)

Jika sahabat punya masalah untuk mendaftar, sila tonton video di bawah ini:



Tahniah! jika anda telah berjaya mendaftar.

Langkah KEDUA anda boleh tukar URL - sub domain (contoh: www.60183563832.evenchise.com) kepada (contoh: www.drnikrahim.evenchise.com). Sila tonton video di bawah untuk mengetahui caranya.



Tahniah jika anda telah berjaya menukar sub domain kepada nama yang anda pilih.

Langkah KETIGA beli buku 7 Langkah Mudah Untuk Menulis dan memasarkan ebook - Harga USD2.00. 

Kenapa perlu beli buku ini?
Kerana buku ini memberikan panduan kepada sahabat untuk menulis dan menerbitkan buku seperti saya. Setakat ini saya sudah terbitkan 25 buah ebook dalam berbagai bidang. 

Boleh tengok di sini untuk melihat senarai buku-buku saya.

www.drnikebookparadise.com

Hanya tingga 25 buah lagi untuk memenuhi KPI tahun 2020 iaitu 50 buah ebook.

Sahabat tidak perlu membayar apa-apa kerana USD2.00 diberikan secara percuma semasa mendaftar. Sila lihat video di bawah untuk mengetahui caranya.
Atau boleh follow cara di bawah:


Book Code ED2029


Format untuk beli ebook 7 Langkah Mudah Untuk menulis dan memasarkan ebook:

1. Buka Telegram. Klik Digital Entrepreneur Biz
2. Klik Bookstore Biz
3. Klik Purchase Admin ebook
4. Masukkan maklumat seperti di bawah: 

ED2029  MobileNo Email Name


ED2029 60183563832 dr_nikrahim@yahoo.com drnik 

Setelah masukkan maklumat, klik send.

Ebook yang dibeli akan dihantar ke email anda.



Tahniah! Kerana anda telah berjaya membeli e-book tanpa sebarang kos. Moga buku tulisan saya mampu membantu menjadikan anda se orang penulis yang lebih baik. Ameen...

Jika anda ada sebarang kemusykilan, sila hubungi saya di nombor di bawah.

Wassalam.


Salam Ukhuwah dari saya. Dr Nik Rahim Nik Wajis (Ibn Nik Wajis)  / +6018 356 3832. Nilai, Negeri Sembilan



#saveusAllahfromcovid19
#covid19
#stayhome

Thursday, March 19, 2020

10,553 ahli jemaah tabligh diperiksa

SHAH ALAM - Seramai 10,553 ahli jemaah tabligh yang hadir perhimpunan di Masjid Jamek Seri Petaling, baru-baru ini sudah diperiksa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 4,986 sampel diambil dan 513 disahkan positif Covid-19 sehingga tengah malam tadi.

Menurutnya, daripada jumlah itu seorang jemaah berusia 34 tahun meninggal dunia pada Isnin lalu.

“Kementerian Kesihatan menyeru ahli jemaah tabligh yang belum tampil untuk pemeriksaan segera berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Berdasarkan maklumat terkini kes pengesanan kluster kes Covid-19 bagi taburan kes Jord Qudama dan Ulama Malaysia 2020 di Masjid Jamek Sri Petaling sehingga semalam, seramai 10,650 peserta tabligh dikesan membabitkan 40 markas.

Daripada jumlah itu, seramai 10,553 sudah diperiksa dengan 4,986 sampel diambil dan 2,559 disahkan negatif manakala 513 positif.

Katanya, seramai 659 sudah dimasukkan ke hospital manakala 6,627 dikuarantin di rumah masing-masing.

Daripada keseluruhan kes itu, sebanyak 109 dicatatkan di Perlis dengan tujuh orang disahkan positif, Kedah (323 diperiksa, 31 positif), Pulau Pinang (143 diperiksa, 28 positif), Perak (577 diperiksa, 28 positif) dan Selangor (1,924 diperiksa, 40 positif).

Di Negeri Sembilan seramai 262 diperiksa dengan 33 daripadanya positif, Melaka (371 diperiksa, 17 positif), Johor (1,276 diperiksa, 53 positif), Pahang (894 diperiksa, 29 positif), Terengganu (364 diperiksa, 10 positif), Kelantan (614 diperiksa, 28 positif) dan Sarawak (656, 38 positif).

Di Sabah (1,805 diperiksa, 91 positif), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (764 diperiksa, 75 positif) dan Labuan (41 diperiksa, lima positif).


https://www.sinarharian.com.my/article/74480/KHAS/Koronavirus/10553-jemaah-tabligh-diperiksa-513-positif-Covid-19

Salam Ukhuwah dari saya. Dr Nik Rahim Nik Wajis (Ibn Nik Wajis) +6014 820 7111 (Call/Whatsapp) / +6018 356 3832 (call /sms only) Nilai, Negeri Sembilan

Himpunan Power Point

HIMPUNAN PRESENTATION











Salam Ukhuwah dari saya. Dr Nik Rahim Nik Wajis (Ibn Nik Wajis) +6014 820 7111 (Call/Whatsapp) / +6018 356 3832 (call /sms only) Nilai, Negeri Sembilan

Featured Post

BENARKAH EMAS ADALAH PELABURAN TERBAIK SEPANJANG ZAMAN?

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera sahabat semua.  Emas seperti yang kita ketahui adalah logam yang amat tinggi nilainya. Jadi tidak ...