Wednesday, March 15, 2017

E-Book - The Crime of Terrorism in Shari'ah Law (Islamic Criminal Law Book)



This book deals with the crime of terrorism (irhab) from the perspective of Shari’a law. The main objective of this book is to investigate whether or not this crime can be considered as hiraba under Shari’a law and how the Islamic Law deals with this crime if it happens inside or outside the Islamic state. This book will also seeks to clarify the differences between terrorism, holy war (jihad) and rebellion (baghy) under Shari'a law.

Price: RM4.99

Please Contact 018 356 3832 to purchase this e-book or purchase through the link below:

Saturday, March 4, 2017

Harapan di sebalik RUU 355

Harapan di sebalik RUU 355
Oleh
Dr Nik Rahim Nik Wajis *



Sabtu 18hb Feb 2017 yang lalu, satu peristiwa yang bersejarah telah  dicatatkan di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Satu perhimpunan yang dikira luar biasa dan unik. Dikatakan kira-kira 300,000 peserta telah hadir mengikut sesetengah riwayat  hadir pada perhimpunan yang membawa tema ‘Syariah Diperkasa, Rakyat Sejahtera’ anjuran Pas ini. Perhimpunan ini dihadiri sebahagian besarnya oleh ahli-ahli Pas serta penyokong parti tersebut. Negeri Kelantan diterajui oleh Pas telah mengishtiharkan hari Ahad 19hb Feb 2017 sebagai cuti peristiwa bagi memberi ruang kepada penyokong-penyokong Pas menghadiri perhimpunan ini.
Namun yang menjadikan perhimpunan ini unik dan luar biasa bukan kerana jumlah peserta yang hadir, tetapi kerana ianya menggabungkan dua 'musuh tradisi' politik antara Pas dan Umno. Jika sebelum ini kita lihat Pas dan Umno umpama 'kucing dengan anjing' yang sentiasa bertelagah dalam pelbagai isu, namun kali ini nampaknya kedua-dua pihak berjaya mengenepikan perbezaan tersebut dan sama-sama menjayakan perhimpunan ini. Bahkan dalam satu kenyataan akhbar, pihak kepimpinan Umno juga tidak menghalang ahlinya dari menyertai perhimpunan ini.
Dalam perhimpunan ini para pemimpin utama Pas tampil memberi ucapan termasuk Presiden Pas, Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang, Timbalan Presiden, Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah Salleh, Timbalan Ketua Dewan Ulamak Pas Selangor, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, yang merupakan se orang penceramah selebriti TV dan se orang pemimpin Pas yang sedang meningkat naik.
Pimpinan muda PAS dan juga selebriti TV turut memberi ucapan
Tidaklah menghairankan kenapa di dalam perhimpunan ini, ucapan-ucapan dimonopoli oleh pihak kepimpinan Pas kerana ini adalah program anjuran mereka manakala pihak-pihak lain termasuk pimpinan Umno seperti YB Dato Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang turut memberi ucapan serta beberapa tokoh peguam hanyalah sekadar ‘tetamu’ dalam majlis ini.
Juga satu keunikan apabila Bala Subramaniam A/L Nachiapan (Ketua DHPP) turut dijemput memberi ucapan dalam program memperkasakan mahkamah Syariah anjuran Pas ini. Ia mungkin sebagai satu indikasi bahawa Pas bukan hanya untuk orang Islam bahkan juga mesra non-Muslim.
Dalam perhimpunan ini beberapa tokoh agamawan tersohor tanahair turut memberi ucapan seperti Sahibu Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan,   Ustaz Azhar Idrus dan beberapa tokoh peguam.
Menteri di Jabatan Menteri turut memberi ucapan
Perhimpunan ini  berjalan seperti yang dijadualkan dan tiada suatu yang di luar jangka berlaku pada hari tersebut seperti banjir kilat atau pihak polis atas alasan-alasan tertentu menarik balik kebenaran tersebut dengan alasan keselamatan atau seumpamanya. Ini kerana pihak polis telah pun memberi kelulusan kepada pihak penganjur untuk mengadakan perhimpunan ini bermula jam 3 petang hingga 12 tengah malam pada hari tersebut. Namun begitu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Sukri Kaman, mengingatkan penganjur dan peserta perhimpunan agar mematuhi peraturan Akta Perhimpunan Aman 2012.
Secara umumnya, usaha mengadakan perhimpunan seumpama ini haruslah dipuji. Ini kerana untuk membawa dua musuh yang bertelagah bukan suatu yang mudah. Tambahan pula ia bertujuan untuk memperkasakan Undang-Undang Mahkamah Syariah.  Namun begitu, kita masih belum pasti bagaimana akan berakhirnya episod RUU 355 yang dibawa  usulnya pada 24 Nov 2016 yang lalu oleh  Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat.  Usul ini adalah usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016   di Dewan Rakyat.
Pemimpin Amanah mempunyai pandangan berbeza berhubung isu RUU355
Kita juga tidak pasti samada usul ini nanti akan dibentang dan dibahaskan oleh parlimen atau sebaliknya memandangkan terdapat suara-suara dari parti komponen BN sendiri yg secara keras menentang RUU 355 ini dari dibentangkan di parlimen. MCA sebagai contoh berpendapat Rang Undang-undang (RUU) bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) sepatutnya dibentang oleh kerajaan bukan secara persendirian oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Kita juga tidak  pasti sejauh mana ‘keberanian’ pihak kerajaan untuk  mengambil risiko kehilangan sokongan dari rakan-rakannya dalam BN memandangkan pilihan raya umum ke 14 (PRU14)  yang dilihat amat kritikal oleh pemerhati politik, sudah tidak berapa lama lagi akan menjelang. Jun 2018 adalah tarikh berakhirnya mandat pemerintahan BN dan selepas itu PRU14 akan diadakan.
Sejujurnya kita tidak tahu sejauh mana keikhlasan pihak-pihak yg terbabit dalam membangkitkan isu RUU 355 ini. Banyak suara-suara dilontarkan oleh pihak-pihak yang mempertikaikan cara RUU 355 ini diketengahkan. Bagi mereka ia seakan satu sandiwara politik oleh pihak-pihak berkepentingan memandangkan PRU 14 sudah semakin hampir.
Semua pihak dilihat cuba mengambil peluang ini untuk menonjolkan diri agar dilihat sebagai juara dalam memperjuangkan Islam. Pas sebagai contoh mengerah seluruh jentera parti   untuk turun ke Kuala Lumpur bagi menunjukkan sokongan. Kita tidak tahu berapa banyak kos yang dikeluarkan.  Berapa kos yang dikeluarkan bukanlah isu di sini kerana jika mereka datang dengan nawaitu yang ikhlas kepada Allah, pastinya Allah tidak akan mensia-siakan pengorbanan mereka.
 Tapi segalanya bergantung kepada niat yang tersimpan nun jauh di sudut hati. Apakah nawaitu para pemimpin dan para pengikutnya benar-benar kerana ingin memertabatkan Islam dan mahkamah syariah atau sekadar satu propaganda politik. Namun begitu, itu bukan urusan kita untuk membuat penghakiman kerana hanya mereka dan Allah yang Maha Mengetahui apa yang tersirat di dalam hati setiap orang dari mereka.

Apa pun tanggapan yang lahir dari pihak-pihak yang kurang bersetuju dengan kaedah RUU 355 ini ditangani, umat Islam harus berbangga.  Ini kerana jika kesatuan seumpama ini boleh diwujudkan tanpa mengira musim dan semua pihak boleh melupakan buat seketika perbezaan fahaman politik mereka dan duduk semeja berbincang tentang isu yang berkaitan dengan maslahah umah, maka kesatuan umat mempunyai peluang yang cerah untuk direalisasikan.
Biarlah perhimpunan ini menjadi titik tolak yang membawa kepada kesatuan ummah itu.. Ummah yang mampu bertolak ansur dalam perkara-perkara yang mempunyai perbedaan dan bekerjasama dalam perkara yg boleh dipersetujui bersama.
Tahniah kepada semua pihak yg terlibat dalam perhimpunan ini termasuk Pas sebagai pihak penganjur, pihak pemerintah, NGO, para agamawan dan semua para penyokong RUU 355. Moga RUU 355 menjadi realiti dan bukan hanya sekadar mimpi di siang hari. Itulah harapan kami di sebalik RUU 355.



*Dr Nik Rahim bin Nik Wajis adalah Pensyarah Kanan di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan juga penulis buku “Kenapa Saya Tidak Jadi Jutawan”  yang diterbitkan oleh NAM Publications. Beliau boleh dihubungi melalui emel: drnikrahim@usim.edu.my



Salam Ukhuwah dari saya. Dr Nik Rahim Nik Wajis +6018 3563 832 Nilai, Negeri Sembilan
Malaysia

Featured Post

BENARKAH EMAS ADALAH PELABURAN TERBAIK SEPANJANG ZAMAN?

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera sahabat semua.  Emas seperti yang kita ketahui adalah logam yang amat tinggi nilainya. Jadi tidak ...