Posts

Showing posts from August, 2015

Antara ASB, KWSP, Tabung Haji & Unit Trust

Image
Antara ASB, KWSP, Tabung Haji & Unit Trust ------------------------------------------------- Mungkin ramai dari kalangan sahabat yang tertanya-tanya apa tentang perkara ini meskipun sudah banyak diperkatakan. Namun mari kita lihat sekali lagi...:o) ===== KWSP  ===== 1. KWSP secara umumnya bukan instrumen pelaburan. 2. Ianya merupakan satu kaedah simpanan wajib * yang perlu dilakukan oleh pihak majikan terhadap pekerjanya iaitu sebanyak 13%,  manakala pekerja juga diwajibkan memotong sebanyak 11% dari gaji dan elaun bulanan mereka. 3. Ia satu langkah yang baik sebagai salah satu kaedah perancangan untuk masa depan. 4. Namun bagi umat Islam yang prihatin, isu status pelaburannya yang tidak patuh Syariah meletakkan mereka dalam keadaan yang serba salah kerana setiap tahun pencarum KWSP akan diberikan dividen sekitar 6-7% setahun. 5. Bagi pencarum KWSP yang bijak, mereka akan memindahkan sebahagian daripada simpanan mereka di akaun 1 ke dalam instrumen pelabur