Thursday, August 13, 2015

Antara ASB, KWSP, Tabung Haji & Unit Trust




Antara ASB, KWSP, Tabung Haji & Unit Trust
-------------------------------------------------

Mungkin ramai dari kalangan sahabat yang tertanya-tanya apa tentang perkara ini meskipun sudah banyak diperkatakan. Namun mari kita lihat sekali lagi...:o)


=====
KWSP 
=====

1. KWSP secara umumnya bukan instrumen pelaburan.
2. Ianya merupakan satu kaedah simpanan wajib * yang perlu dilakukan oleh pihak majikan terhadap pekerjanya iaitu sebanyak 13%,  manakala pekerja juga diwajibkan memotong sebanyak 11% dari gaji dan elaun bulanan mereka.
3. Ia satu langkah yang baik sebagai salah satu kaedah perancangan untuk masa depan.
4. Namun bagi umat Islam yang prihatin, isu status pelaburannya yang tidak patuh Syariah meletakkan mereka dalam keadaan yang serba salah kerana setiap tahun pencarum KWSP akan diberikan dividen sekitar 6-7% setahun.
5. Bagi pencarum KWSP yang bijak, mereka akan memindahkan sebahagian daripada simpanan mereka di akaun 1 ke dalam instrumen pelaburan patuh Syariah seperti Unit Trust yang seumpamanya yang bukan sahaja halal, tetapi memberikan keuntungan yang jauh lebih tinggi.

* (bagi pekerja swasta, manakala pekerja sektor awam boleh membuat pilihan samada untuk mengambil skim KWSP atau skim pencen)








 ===
ASB
===






1. Ada fatwa yang mengatakan ianya harus. Namun saya secara peribadi kurang cenderung dengan pandangan tersebut kerana terdapat beberapa pelaburan yang tidak patuh Syariah.
2. Dividen tahunan kurang daripada 10%.
3. Tiada kos atau caj tambahan sebab dah diserap ke
dalam dana.
4. Short term investment. Dalam masa  setahun sudah boleh mendapat keuntungan.
5. Zakat simpanan perlu dikeluarkan bila dah cukup haul (genap setahun).  Tapi perlu dibayar sendiri.


=========
Tabung Haji
=========
1. Dividen tahunan kurang daripada 10%.
2. Tiada kos atau caj tambahan kerana sudah diserap ke
dalam dana.
3. Short term invesment. Jika  anda inginkan  dividen.
Long term investment jika ingin memenuhi  kuota haji.
4. Sebagai umat Islam, digalakkan sebab mengerjakan
haji tu adalah Rukun Islam.
Jadi kita perlu  menyiapkan diri serta bersedia lebih awal bagi memudahkan urusan
untuk mengerjakan haji.  Apabila kita sudah ada niat, dan ditambah pula dengan usaha walaupun sedikit, Insha Allah akan dipermudahkan.
5. Zakat simpanan tidak perlu dikeluarkan kerana TH telah mengeluarkan zakat bagi pihak penyimpan.

Perbezaan yang ketara dapat dilihat antara ASB, KWSP, TH dan Unit Trust
=======
Unit Trust
=======
1. Pulangan tahunan antara 9% - 20% mengikut
pasaran semasa.
2. 5% kos permulaan ditolak daripada modal dan
kos lain akan diserap oleh dana.
3. Medium/long term investment sebab nak cover balik
5% kos permulaan tadi. At least 3 tahun baru berbaloi.
4. Perlu sedikit pengetahuan/pengurus dana yang
bagus untuk memaksimakan keuntungan.
5. Patuh syariah kalau ambil dana yang patuh syariah.
6. Zakat simpanan perlu dikeluarkan bila dah cukup haul (tempoh setahun)

*****


Sekian perkongsian saya. Kalau ada soalan, boleh tanya bawah ni.
Kongsikan untuk manfaat rakan yang lain.

Salam Ukhuwah dari saya. Dr Nik Rahim Nik Wajis +6014 820 7111 Nilai, Negeri Sembilan Malaysia


Kredit: ariffshah.com

No comments:

Post a Comment

Featured Post

BENARKAH EMAS ADALAH PELABURAN TERBAIK SEPANJANG ZAMAN?

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera sahabat semua.  Emas seperti yang kita ketahui adalah logam yang amat tinggi nilainya. Jadi tidak ...