Posts

Showing posts from October, 2017

Featured Post

BELI EMAS RM10 DI QUANTUM METAL? BIAR BETUL....

Image
CARA MUDAH UNTUK DAFTAR QUANTUM METAL DNR GOLD TEAM KLIK SAJA LINK DI ATAS ATAU SCAN QR CODE Prof Madya Dr Nik Rahim Nik Wajis  Founder DNR Gold Team Salam sahabat semua.  Emas seperti yang kita ketahui adalah logam yang amat tinggi nilainya. Jadi tidak hairanlah sejak sekian lama, emas dijadikan sandaran mata wang di seluruh dunia. Harga emas yang amat stabil menjadikan ianya sebagai salah satu pelaburan jangka panjang yang amat menguntungkan. Hari ini dengan teknologi yang ada, pelaburan dalam emas tidak lagi serumit sebelum ini. Jika sebelum ini, kita terpaksa ke kedai emas untuk mendapatkan emas dan kemudian menyimpannya, namun kini kita tidak lagi perlu melakukannya sedimikian rupa. Kini kita boleh membeli emas dan melaburkannnya dengan cara yang amat mudah dan selamat. Kita tak perlu lagi khuatir emas yang kita simpan di rumah dicuri atau dirompak. Emas hanya dihujung jari anda! Apa yang lebih menarik, kini melalui Quantum Metal (QM), anda bukan sahaja boleh melabur dalam emas, t

Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Pesalah Wajar Terima Hukuman Berat

  Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Pesalah Wajar Terima Hukuman Berat Oleh Dr Nik Rahim Nik Wajis Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dalam suasana muram dan sedih rentetan tragedi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato Keramat dua hari yang lalu yang mengorbankan 23 pelajar termasuk dua guru, kita semua dikejutkan dengan tangkapan tujuh remaja yang berusia antara 11 hingga 19 tahun, termasuk lima suspek utama  bagi membantu siasatan kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato Keramat, di sini, kelmarin. Lebih mengejutkan apabila ada di antara tertuduh masih di bawah umur dan enam dari mereka berdasarkan siasatan awal polis berada di bawah pengaruh dadah. Meskipun kes ini belum diputuskan oleh mahkamah samada mereka bersalah atau sebaliknya, namun kita harus memberikan perhatian serius tentang kes-kes jenayah berat yang melibatkan remaja bagi mengelakkan tragedi