Wednesday, February 27, 2019

FAKTA SEBENAR: SAIDATINA AISYAH R.A BERKAHWIN DENGAN NABI MUHAMMAD SAW KETIKA BERUMUR 19 TAHUN

FAKTA SEBENAR: SAIDATINA AISYAH R.A  BERKAHWIN DENGAN NABI MUHAMMAD SAW KETIKA BERUMUR 19 TAHUN

Saidatina Aisyah Berusia 19 Tahun Ketika Tinggal Bersama Nabi Muhammad SAW.

Seorang ulama Pakistan, Al'alamah Habibul Rahman Kandhalwi telah membuat kajian mendalam mengenai kekeliruan sejarah usia Saidatina Aisyah Binti Abu Bakar r.a. ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW dan juga beliau mengkaji usia Saidatina Khatijah ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW dan usia anak perempuan Nabi SAW ketika berkahwin dengan Saidina Ali k.wj.

Beliau telah mengemukakan 24 dalil akli dan naqli bagi menolak pendapat lama dan menyatakan penyelewengan sejarah itu berpunca daripada propaganda Syiah yang mahu merosakkan pemikiran umat Islam. 

Syiah banyak membuat pemalsuan di atas sejarah Islam terutama umur isteri-isteri Rasulullah SAW yang dikahwini oleh baginda SAW.

Melalui pembuktian baru ini, beliau menghidangkan fakta baru kepada seluruh umat Islam bahawa:

1. Saidatina Aisyah r.ha telah berkahwin pada usia yang sesuai iaitu 16 tahun (bukannya 6 tahun) dan mula tinggal bersama suaminya Muhammad SAW ketika umurnya 19 tahun (bukannya 9 tahun) selepas peristiwa hijrah ke Madinah.

2. Umur Saidatina Khatijah r.ha ialah 25 tahun (bukannya 40 tahun) semasa beliau berkahwin dengan Nabi Muhamad SAW yang mana ketika itu juga baginda berusia 25 tahun. Kedua-duanya sebaya. Sejarah mencatatkan perkahwinan mereka berdua dikurniakan empat cahaya mata perempuan dan tiga orang lelaki.

3. Saidatina Fatimah r.ha telah dilahirkan di Makkah sebelum Nabi SAW dilantik sebagai rasul dan berkahwin dengan Saidina Ali k.wj di Madinah pada usia 19 tahun (bukannya 9 tahun).

Maulana Habibul Rahman menulis kerta kerja pada mulanya dalam bahasa urdu dan kini sudah ada terjemahan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu bagi membetulkan tanggapan salah sejarah.
Maulana Asri Yusuf seorang ahli hadis Malaysia turut bersetuju dengan cara pemikiran Maulana Habibul Rahman dan beliau telah menghuraikan dengan panjang lebar hujah Habibul Rahman dan sesiapa yang berminat boleh membaca di Darul Kautsar atau melalui youtube di bawah tajuk umur Aisyah ketika berkahwin dengan Rasulullah.
Semenjak kita sekolah kita didedahkan bahawa Rasulullah SAW berkahwin dengan Saidatina Khatijah ketika beliau berusia 40 tahun, sedangkan sejarah turut menyatakan Rasulullah SAW mendapat tujuh atau sesetengah riwayat menyatakan lapan anak.
Bolehkah seseorang berusia 40 tahun ke atas kemudian sempat melahirkan anak tujuh orang??
Kita juga didedahkan bahawa Rasulullah SAW berkahwin dengan Saidatina Aisyah ketika beliau berusia enam tahun, sebuah perkahwinan bawah umur.
Perawi dalam hadis umur Aisyah iaitu Hisham bin Urwah tersangat berusia ketika dicatatkan hadis berkenaan. Banyak ulama mempertikaikan hadis Hisham ketika beliau terlalu berusia (melebihi 70 tahun) dan waktu itu tinggal di Iraq.

Sesetengah ulama menyatakan Hisham Urwah telah tersilap mendengar enam belas kepada enam, dan sembilan belas kepada sembilan.

Setelah dibuat kajian bahawa umur Aisyah bukan 6 tahun semasa dikahwini oleh Rasulullah SAW. dan bukan 9 tahun ketika bersama dengan Baginda SAW.

Telah diberi beberapa hujah untuk membuktikan penemuan baru dalam sirah Nabi SAW iaitu :
Hujah Pertama – Bertentangan Dengan Fitrah Manusia
Hujah Kedua – Bertentangan Dengan Akal Yang Waras
Hujah Ketiga – Tiada Contoh Ditemui Di Negeri Arab Atau Di Negeri Panas
Hujah Keempat- Riwayat Ini Bukan Hadis Rasulullah S.A.W.
Hujah Kelima – Riwayat Ini Diriwayatkan Oleh Hisham Selepas Fikirannya Bercelaru
Hujah Keenam – Hanya Perawi Iraq Yang Menukilkan Riwayat Ini
Hujah Ketujuh – Aishah r.ha Masih Ingat Ayat Al-Quran Yang Diturunkan Di Tahun Empat Kerasulan
Hujah Kelapan – Aishah r.ha Masih Ingat Dengan Jelas Peristiwa Hijrah Abu Bakar r.a.. Ke Habshah
Hujah Kesembilan – Aishah r.ha. Mengelap Luka Dan Hingus Usamah Bin Zaid r.a.. Yang Dikatakan Sebaya Dengannya.
Hujah Kesepuluh – Ummul Mu’minin Aisyah r.ha. Turut Serta Di Dalam Peperangan Badar.

Hujah Ke-11 – Aishah r.ha. Menyertai Perang Uhud Sedangkan Kanak-Kanak Lelaki Berumur Empat Belas Tahun Tidak Dibenarkan Menyertai Perang.

Hujah Ke-12 – Aishah r.ha. Lebih Muda 10 Tahun Dari Kakaknya Asma, Dan Semasa Peristiwa Hijrah Asma r.ha. Berumur 27 Atau 28 Tahun

Hujah Ke-13 – Ahli Sejarah At-Tabari Mengatakan Aishah r.ha. Lahir Di Zaman Jahilliyah (Sebelum Kerasulan)

Hujah Ke-14 – Aishah r.ha. Adalah Antara Orang-Orang Yang Terawal Memeluk Islam

Hujah Ke-15 – Abu Bakar r.a. Bercadang Mengahwinkan Aishah r.ha. Sebelum Berhijrah Ke Habshah

Hujah Ke-16 – Aishah r.ha. Disebut Sebagai Gadis Dan Bukan Kanak-Kanak Semasa Dicadangkan Untuk Bernikah Dengan Rasulullah SAW.

Hujah Ke-17 – Rasullulah SAW Tidak Tinggal Bersama Aishah r.ha Kerana Masalah Mendapatkan Mahar, Bukan Kerana Umur Aishah Yang Terlalu Muda

Hujah Ke-18 – Hadis Yang Mensyaratkan Mendapat Persetujuan Seorang Gadis Sebelum Dikahwinkan Memerlukan Gadis Tersebut Telah Cukup Umur.

Hujah Ke-19 – Kebolehan Luar biasa Aishah r.ha Mengingati Syair Yang Biasa Disebut Di Zaman Jahiliyah Membuktikan Beliau . Lahir Di Zaman Jahiliyah.

Hujah Ke-20 – Kemahiran Dalam Sastera, Ilmu Salasilah Dan Sejarah Sebelum Islam.

Hujah Ke-21 – Keinginan Mendapatkan Anak Dan Naluri Keibuan Tidak Mungkin Timbul Dari Kanak-Kanak Bawah Umur.

Hujah Ke-22- Aishah r.ha. Sebagai Ibu Angkat Kepada Bashar r.a. Yang Berumur Tujuh Tahun Selepas Perang Uhud.

Hujah Ke-23- Wujudkah Perkahwinan Gadis Bawah Umur Di Tanah Arab Dan Dalam Masyarakat Bertamadun?

Hujah Ke-24 – Kesepakatan (Ijmak) Umat Dalam Amalan.

Marilah kita kembali memahami , meneliti dan mengkaji bukti-bukti sejarah Nabi SAW yang benar lagi sahih yang mana ianya telah di selewengkan oleh puak-puak Syiah dahulu hingga mengelirukan umat Islam seluruh dunia daripada dahulu hingga sekarang.

Musuh-musuh Islam telah menggunakan fakta-fakta yang salah dan menggunakan fakta tersebut untuk mengecam peribadi Rasulullah SAW. Oleh itu para ulama Islam, sarjana Islam dalam bidang sejarah dan pakar ilmu hadis perlulah bersatu dan membukukan buku sejarah dan sirah Rasulullah SAW dan para sahabat yang betul dan sahih dan menolak sebahagian daripada fakta-fakta yang salah yang terdapat di dalam buku-buku sejarah Islam sekarang ini.. Wollohu ta'ala 'aklam..

#kamisayangnabimuhammadSAW

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Salam Ukhuwah dari saya. Dr Nik Rahim Nik Wajis (Ibn Nik Wajis) +6014 820 7111 (Call/Whatsapp) / +6018 356 3832 (call /sms only) Nilai, Negeri Sembilan

#kreditgrupwasap

Friday, February 15, 2019

KHUTBAH JUMAAT - 15.5.2019 - USIM - KERANA MULUT BADAN BINASA

Khutbah Pertama:
إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَتُوْبُ إِلَيْهِ , وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَسَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا , مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ محمداً عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ؛ صَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ فيا عِبَادَ اللهِ : اِتَّقُوْا اللهَ تَعَالَى حق تقاته وَرَاقِبُوْهُ فِي السِرِّ وَالعَلَانِيَةِ. قال الله تعالى فى كتابه العزيز:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلا سَدِيدًا (70) يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا (71
Ikhwani Fillah,
Tajuk Khutbah kita pada hari ini diambil dari satu peribahasa Melayu yang berbunyi:
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Kenapa tajuk ini dipilih? Kerana mulut atau lidah atau di zaman yang serba canggih hari ini sudah bertukar dari mulut dan lidah kepada jari jemari yang memetik dan menaip berbagai ungkapan kata2 yang boleh menjerumuskan manusia ke dalam kecelakaan dan kebinasaan di dunia dan akhirat. Jika sebelum wujudnya teknologi modern, untuk mengumpat dan mengata, mereka perlu bersemuka. Para wanita bertenggek di ats tangga sambil mencari kutu, lalu membuka cerita tentang si anu dan si anu. Kaum lelaki pula akan berkampung di kedai2 kopi sambil meghirup kopi sambil membuka topik2 sensasi menyebar khabar angin dan dusta. Namun kini tidak perlu lagi bersemuka. Cukup punyai muka buku atau facebook, isntagram, wasap dll. Sekelip masa medan mengumpat mencerca, memaki hamun, tuduh menuduh, lebel melabel, fitnah memfitnah akan tersebar ke seantero dunia. Dunia tanpa sempadan. Satu klik sahaja jutaan manusia mampu ‘menikmati kisah sensasi’ yang direka cipta dengan berbagai sebab dan tujuan. Ada yg menyebarkan berita palsu dan mendedahkan keaiban orang lain hanya kerena keseronokan mendapat perhatian. Ya! Berita yang aku share sudah mencecah ribuan bahkan  jutaan views…
Ada yg menyebarkan berita palsu kerana tidak mampu bersaing dlm perniagaan secara gentleman lalu penyebaran berita palsu dijadikan cagaran. Ada juga kerana kebencian  dan iri hati kepada puak2 atau golongan tertentu lalu kata nista dimuntahkan tanpa merasa sedikit pun jijik dan takut akan dosa. Ada kerana mempertahankan agenda politiknya maka ditelanjang dan diaibkan seterunya meskipun mereka adalah saudaranya sesama muslim. Tanpa rasa malu. Tanpa rasa takut akan dosa dan kemurkaan Allah.
Ikhwani Fillah,
Hari ini orang merasa bangga dengan kemampuan lisannya (lidah) yang begitu fasih berbicara. Tulisannya yang berbunga2. Bahkan tidak  sedikit orang yang belajar bagi memiliki kemampuan berbicara dan menulis yang bagus. Lisan dan tulisan memang kurniaan  Allah Subhanahu wa Ta’ala yang demikian besar. Ia harus selalu disyukuri dengan sebenar-benarnya. Caranya adalah dengan menggunakan lisan dan tulisan untuk berbicara yang baik  bukan mengahmbur kata menurut nafsu durjana.
Orang yang banyak berbicara dan menulis apabila tidak diimbangi dengan ilmu agama yang jelas, keikhlasan hati serta ketulusan niat, akan banyak terjerumus ke dalam kesalahan dan kekhilafan serta dosa. Kerana  itu, Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya memerintahkan agar kita lebih banyak diam dan kalau mahu   berbicara atau menulis maka   pembicaraan mestilah yang baik2. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلا سَدِيدًا (70) يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا (71)  
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.  
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْراً أَوْ لِيَصْمُتْ
“Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia berkata yang baik atau diam.” (HR. al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim).
Ikhwani Fillah
Lisan (lidah) memang tak bertulang. Begitu juga jari jemari kita yang menulis, tiada siapa yang mampu menghalang. Sekali dihamburkan perkataan atau mencoret satu coretan, amat sukar untuk merobahnya.    Demikian bahayanya lisan dan tulisan, hingga Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya mengingatkan kita agar berhati-hati dalam menggunakannya.
Kerana lisan dan tulisan manusia terjerumus ke neraka jahanam. Kerana lisan dan tulisan manusia menjadi murtad dan terkeluar dari Islam. Dua teman yang akrab boleh  dipisahkan dengan lisan dan tulisan. Seorang bapa  dan anak yang saling menyayangi dan menghormati pun boleh dipisahkan dengan  lisan dan tulisan. Suami-isteri yang saling mencintai dan saling menyayangi boleh dipisahkan dengan cepat karena lisan dan tulisan. Bahkan darah seorang muslim dan mukmin yang suci serta bertauhid kepada Allah juga  dapat tertumpah kerena lisan dan tulisan. Sungguh betapa besar bahaya lisan.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ سَخَطِ اللهِ تَعَالَى لاَ يُلْقِي لَهَا بَالاً يَهْوِي بِهَا فِي جَهَنَّمَ
“Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan satu kalimat yang dibenci oleh Allah yang dia tidak merenungi (akibatnya), maka dia terjatuh dalam neraka Jahannam.” (HR. al-Bukhari).
Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مَا يَتَبَيَّنُ فِيْهَا يَزِلُّ بِهَا إِلَى النَّارِ أَبْعَدَ مِمَّا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ
“Sesungguhnya seorang hamba apabila berbicara dengan satu kalimat yang tidak benar (baik atau buruk), hal itu menggelincirkan dia ke dalam neraka yang lebih jauh dari jarak antara timur dan barat.” (HR. al-Bukhari dan Muslim).
Al-Imam an-Nawawi rahimahullah mengatakan, “Hadits ini teramat jelas menerangkan bahawa tidak sepatutnya  bagi seseorang untuk tidak berbicara kecuali dengan pembicaraan yang baik, iaitu pembicaraan yang telah jelas maslahatnya. Ketika dia meragukan maslahatnya, janganlah dia berbicara.”
Al-Imam asy-Syafi’i t mengatakan, “Apabila dia ingin berbicara hendaklah dipikirkan terlebih dahulu. Bila jelas maslahatnya maka berbicaralah. Jika ragu, janganlah dia berbicara hingga jelas  maslahatnya.”
Dalam kitab Riyadhus Shalihin, al-Imam an-Nawawi mengatakan, “Ketahuilah, setiap orang yang telah mendapatkan beban syariat, seharusnya menjaga lisannya dari segala pembicaraan, kecuali yang telah jelas maslahatnya. Bila berbicara dan diam sama maslahatnya, maka sunnahnya adalah menahan lisan untuk tidak berbicara. Karena pembicaraan yang mubah boleh membawa pada perbicaraan yang haram atau dibenci. Hal seperti ini banyak terjadi.  
Ikhwani Fillah,
Mari kita sama-sama merenungi pandangan beberapa ulama tentang bahaya lisan:
1.    Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu: “Segala sesuatu akan bermanfaat, dengan kadar yang berlebihan, kecuali perkataan. Sesungguhnya berlebihnya perkataan akan membahayakan.”
2.    Abu ad-Darda’ radhiallahu ‘anhu: “Tidak ada kebaikan dalam hidup ini kecuali salah satu dari dua keadaan: orang yang diam namun berpikir atau orang yang berbicara dengan ilmu.”
3.    Al-Fudhail rahimahullah: “Dua perkara yang akan boleh  mengeraskan hati seseorang adalah banyak berbicara dan banyak makan.”
4.    Sufyan ats-Tsauri rahimahullah: “Awal ibadah adalah diam, kemudian menuntut ilmu, kemudian mengamalkannya, kemudian menghafaznya lantas menyebarkannya.”
 6.    Abu Hatim rahimahullah: “Lisan orang yang berakal berada di belakang hatinya. Bila dia ingin berbicara, dia mengembalikan ke hatinya terlebih dulu. Jika terdapat (maslahat) baginya maka dia akan berbicara. Bila tidak ada (maslahat) dia tidak (berbicara). Adapun orang yang jahil (bodoh), hatinya berada di ujung lisannya sehingga apa saja yang menyentuh lisannya membuat dia akan (cepat) berbicara. Seseorang tidak (dianggap) mengetahui agamanya hingga dia mengetahui lisannya.”
7.    Yahya bin ‘Uqbah rahimahullah: “Aku mendengar Ibnu Mas’ud berkata, ‘Demi Allah yang tidak ada yang disembah sebenar-benarnya   selain-Nya, tidak ada sesuatu yang lebih patut untuk lama dipenjarakan daripada lisan’.”
Demikianlah pandangan para ulama tentang bahaya   lisan dan tulisan. Akhir kata – Jaga lidah hidup penuh barakah,
Tak jaga lidah hidup penuh musibah.
 Mudah-mudahan kita semua diberi taufik oleh Allah Ta’ala untuk menjaga lisan dan juga tulisan dari perkara2 yang boleh membawa kita kita kemurkaan Allah s.w.t.    Sesungguhnya Dialah yang Maha memberi taufik dan petunjuk.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِيْ القُرْءَانِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ، وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُورُ الرَّحِيم.


Salam Ukhuwah dari saya. Dr Nik Rahim Nik Wajis (Ibn Nik Wajis) +6014 820 7111 (Call/Whatsapp) / +6018 356 3832 (call /sms only) Nilai, Negeri Sembilan

Tuesday, February 12, 2019

Berakhlak Dengan Sifat Malu

 Berakhlak Dengan Sifat Malu

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ لِكُلِّ دِينٍ خُلُقًا وَخُلُقُ الْإِسْلَامِ الْحَيَاءُ

Dari Annas, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap agama memiliki akhlak, dan akhlak Islam adalah malu.” (HR Ibnu Mâjah No: 4181) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Islam adalah agama RAHMAH yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

2.  Rasulullah SAW diutus untuk menyempurnakan akhlak umat. 

3.  Setiap agama memiliki akhlak dan akhlak Islam antaranya adalah sifat malu

4.  Malu mempunyai hubungan yang erat dengan akhlak yang lain seperti menjaga kemuliaan diri (iffah). Buah dari rasa malu adalah ‘iffah (menjaga kehormatan diri). Siapa saja yang memiliki rasa malu hingga mewarnai seluruh amalnya, nescaya ia akan berlaku ‘iffah

5.  Ibnul Qayyim menyatakan, malu berasal dari kata 'hayaa' (hidup). Hidup dan matinya hati seseorang sangat mempengaruhi sifat malu seseorang. Hilangnya rasa malu, dipengaruhi oleh kadar kematian hati dan ruh seseorang. Setiap kali hati hidup, maka ketika itu rasa malu menjadi lebih sempurna.

Ayuh kita memastikan agama kita sempurna apabila berakhlak dengan sifat malu.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

12hb Februari 2019
07hb Jamadil Akhir 1440

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD

Salam Ukhuwah dari saya. Dr Nik Rahim Nik Wajis (Ibn Nik Wajis) +6014 820 7111 (Call/Whatsapp) / +6018 356 3832 (call /sms only) Nilai, Negeri Sembilan

Featured Post

BENARKAH EMAS ADALAH PELABURAN TERBAIK SEPANJANG ZAMAN?

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera sahabat semua.  Emas seperti yang kita ketahui adalah logam yang amat tinggi nilainya. Jadi tidak ...