Sunday, May 16, 2021

Fasa Peralihan Endemik (FPE): Apakah Malaysia Sudah Bersedia?

Fasa Peralihan Endemik (FPE): Apakah Malaysia Sudah Bersedia?



Prof Madya Dr Nik Rahim Nik Wajis

Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM.

 

Malaysia bakal memasuki  Fasa Peralihan Endemik (FPE)  bermula 1 April 2022 ini. Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh  Perdana Menteri beberapa hari yang lalu. Berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri ini, hanya beberapa hari saja lagi Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Endemik. Dengan peralihan ini maka rakyat akan    kembali kepada kehidupan normal selepas  bergelut dengan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu. Walau bagaimanapun, ini adalah fasa sementara sebelum negara masuk ke fasa endemik sepenuhnya yang mana ia tertakluk kepada pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kesan dari pengumuman ini juga maka   had operasi bagi premis perniagaan dimansuhkan, sebaliknya dibenarkan beroperasi mengikut syarat lesen masing-masing. Sempadan negara juga akan dibuka dan sekaligus akan membuka kembali sektor-sektor  yang terjejas teruk akibat pandemik seperti pelancongan dan perdagangan.

Tidak dapat dinafikan bahawa pengumuman ini sangat dinantikan oleh ralyat Malaysia. Mereka sudah penat dibelenggu dengan pelbagai sekatan yang amat merimaskan. Ia dikira sebagai  satu langkah yang sangat wajar dilakukan oleh pihak kerajaan demi kelangsungan hidup rakyat, namun persoalannya, apakah negara sudah bersedia memasuki (FPE)?

 Sebelum menjawab persoalan tersebut, ada baiknya kita lihat terlebih dahulu apakah perbezaan antara pandemik dan endemik kerana mungkin  ada di antara pembaca yang masih keliru.    Menurut pakar, pandemik adalah penyakit  yang  merebak secara meluas merentasi sempadan negara. Ia merebak  dengan cara yang sangat pantas dan mendadak.  COVID-19 adalah contoh terbaik bagi kategori pandemik ini kerana ia telah diketahui ramai.

Manakala endemik pula adalah penyakit yang terus berada dalam masyarakat dan cara merebaknya penyakit  ini sudah boleh dijangka. Ia juga  berulang kali atau berterusan berlaku dalam sesuatu populasi. Sebaran penyakit itu berlaku di sesuatu kawasan atau daerah tertentu sahaja dan tidak di tempat lain. Sebagai contoh, penyakit mulut dan tangan di Sarawak dan beberapa tempat lain atau demam malaria di beberapa tempat di Sabah.  

Jadi jika sekiranya COVID-19 mahu dimasukkan ke dalam kategori endamik, maka ciri-ciri di atas perlulah dipenuhi. Namun persoalannya, adakah ciri-ciri tersebut sudah dipenuhi. Jika tidak kenapa pihak kerajaan telah mengumumkannya?

Menurut pakar kesihatan,  fasa pandemik boleh berubah kepada endemik melalui beberapa kaedah.

Pertama, jumlah pesakit yang dijangkiti oleh satu-satu virus itu sudah berada di tahap yang rendah dan terkawal.

Namun jika faktor ini diambil kira maka negara sebenarnya masih belum ‘layak’ untuk melangkah ke (FPE)  kerana kes-kes baru masih amat tinggi. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada  24 Februari yang lalu,  Malaysia mencatat kes harian tertinggi COVID-19  iaitu  sebanyak 31,199 kes baharu berbanding kes tertinggi sebelum itu iaitu   28,825 kes.   

Keadaan Ini sangat membimbangkan kerana  jika pihak kerajaan meneruskan perancangan untuk berpindah ke  FPE, maka besar   kemungkinan   akan lebih ramai rakyat akan dijangkiti virus COVID-19 ini dan akhirnya membawa kesan yang lebih kronik kepada rakyat dan negara.

Kedua, jumlah mereka yang dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

Berdasarkan kepada laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 10hb Mac 2022, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 388 kes  dan 158 kes disahkan COVID-19 dan  230 kes disyaki berkaitan COVID-19.  Manakala kes memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 225 kes (93 kes disahkan COVID-19; 132 kes disyaki berkaitan COVID-19.

 Jika dilihat kepada angka ini, maka ia juga menguatkan lagi pandangan bahawa kita sebenarnya belum bersedia untuk melangkah ke  FPE.

Ketiga, kadar kes kematian disebabkan oleh virus ini.

Sehingga artikel ini ditulis,  jumlah kematian yang dicatatkan akibat COVID-19 adalah seramai 33,497 orang.  Pada 9 Mac 2022 sahaja, sebanyak 113 laporan kematian yang telah diumumkan.   Angka-angka ini juga  masih lagi membimbangkan dan ia sepatutnya diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh pihak kerajaan sebelum FPE dilaksanakan.

Keempat, jumlah kluster.

Menurut laporan di laman sesawang KKM, jumlah keseluruhan kluster COVID-19 adalah sebanyak   6,865 kluster dan terdapat  5 kluster baru dicatatkan berdasarkan laporan yang dibuat pada 10 Mac 2022. Kewujudan kluster-kluster baru ini walaupun tidak begitu tinggi, namun ia boleh meningkat secara mendadak jika negara berpindah ke FPE dalam keadaan negara sebenarnya belum layak dan bersedia untuk berbuat demikian.

Walau bagaimanapun, jika pihak kerajaan masih lagi ingin terus berpindah ke FPE pada bulan April 2022 ini, maka beberapa langkah perlu diambil. Antaranya memastikan bahawa SOP tetap dikekalkan. Pemakaian pelitup muka di tempat tertutup dan sibuk masih dikuatkuasakan. Penjarakan fizikal juga harus diteruskan sehingga negara benar-benar telah berjaya mengawal penyebaran virus COVID-19. Kempen-kempen kesedaran tentang risiko COVID-19 harus dipergiatkan.

Meskipun telah terbukti bahawa pengambilan vaksin serta vaksin penggalak telah berjaya mengurangkan kesan terhadap mereka yang dijangkiti COVID-19, namun harus disedari bahawa kita masih belum bebas dari cengkaman virus pembunuh ini.

Endemik bukan bererti kita telah bebas dari virus COVID-19. Virus ini akan terus berlegar dalam kehidupan kita dan menjadi ‘jiran dan tetamu tidak diundang’.  Ia berada di mana-mana. Di rumah, di tempat kerja, di tempat ibadat dan lain-lain. Sebagai rakyat, kita perlu terus berwaspada dan menjaga SOP seperti menjaga jarak fizikal, memakai pelitup muka dan menjaga kebersihan tubuh badan dan sebagainya.

Justeru, setiap individu perlu lebih prihatin dan perlu memiliki sifat kendiri kerana sesungguhnya tiada siapa yang mampu menjaga dan mengelakkan diri kita terkena jangkitan virus COVID-19 kecuali diri kita sendiri. Dalam Al-Quran Allah SWT berfirman yang bemaksud:

“Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum, kecuali mereka sendiri yang mengubahnya” – Surah al-Ra’du: 11

 

 

 

 

 

 

 

 

Friday, May 7, 2021

WAKAF EBOOK UNTUK DIMANFAATKAN OLEH SEMUA

WAKAF EBOOK UNTUK DIMANFAATKAN OLEH SEMUA

Assalamu alaikum dan salam sejahtera.
Moga Allah SWT merahmati sahabat semua. 

Semasa artikel ini ditulis, kita semua sedang berada pada hari ke 24 Ramadhan 144H. Jadi saya ambil inisiatif untuk mewakafkan ebook tulisan saya dengan  mengambil peluang keberkatan bulan Ramadhan ini dengan harapan sedikit sumbangan saya ini mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT insya Allah. Ameen!

Di bawah ini saya sertakan link untuk sahabat semua download ebook secara PERCUMA. Semua ebook adalah tulisan saya sendiri dan juga diterbitkan oleh syarikat milik saya sendiri iaitu NAM PUBLICATIONS.  Jadi tiada isu copy right di sini kerana saya memiliki sepenuhnya hak ke atas semua buku terbitan saya.

Senarai e-Book




EBook Confirm Jadi

Link







Kenapa Saya Tidak Jadi Jutawan (KSTJJ)

Link







Tujuh Langkah Mudah Untuk Berpoligami

Link



Moga bermanfaat. Pohon share dengan sahabat handai dan kaum keluarga. Moga Allah SWT merahmati kita semua. Ameen..


Salam Ukhuwah dari saya. Prof Madya Dr Nik Rahim Nik Wajis +6018 356 3832 (Call/Whatsapp) / +6014 820 7111 (call /sms only) Nilai, Negeri Sembilan

Tuesday, May 4, 2021

BENGKEL EBOOK CONFIRM JADI BAGI BULAN MEI 2021





Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera

PERSATUAN PENULIS-PENULIS EBOOK MUSLIM ANTARABANGSA (INTERNATIONAL ASSOCIATION OF EBOOK WRITERS - IME) dengan kerjasama DNR TRAINING ACADEMY (DNR-TaC) 

Ingin mempelawa anda semua untuk mengikuti BENGKEL EBOOK CONFIRM JADI yang akan diadakan seperti jadual berikut:

 SABTU (JAM 9.00 PAGI- 12.00 T. HARI) 1, 8, 15, 22 & 29 Mei 2021 AHAD (JAM 9.00 PAGI- 12.00 T. HARI) 2, 9, 16 , 23 & 30 Mei 2021.

Medium: Zoom 

Coach: Prof Madya Dr Nik Rahim Nik Wajis 

(Pensyarah USIM & Presiden Persatuan Penulis-Penulis Ebook Antarabangsa (IME), Penulis di akhbar, Penulis buku KENAPA SAYA TIDAK JADI JUTAWAN & 7 LANGKAH MUDAH UNTUK BERPOLIGAMI dan penulis 34 buah Ebook. 


APA KEISTIMEWAAN BENGKEL EBOOK CONFIRM JADI (BECJA) INI?

 1. Becja dikendalikan sepenuhnya oleh PM Dr Nik Rahim, penulis dan pakar ebook. 

2. Becja telah disertai oleh lebih dari 100 peserta sejak bulan Disember 2020. 

3. Becja telah mendapat pengiktirafan dari badan kerajaan (Pejabat Antarabangsa dan Fakulti Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI) Universiti Malaysia Kelantan). 

4. Becja telah melahirkan ramai penulis baru yang tidak pernah menulis sebelum ini. 

5. Becja menyediakan bimbingan berterusan kepada semua peserta sehingga berjaya menghasilkan ebook mereka. 

6. Peserta Becja akan mendapat diskaun istimewa untuk menyertai Persatuan Penulis-Penulis Ebook Antarabangsa (IME). 

7. Peserta Becja akan diajar berbagai tips seperti kaedah penulisan ebook (step by step), pemasaran dan membuat cover ebook. 

8. Peserta Becja juga diajar cara untuk menjadi penerbit dengan cara yang murah dan mudah. 

9. Peserta Becja juga akan diajar bagaimana untuk mendapatkan isbn/e-isbn dengan cara yang pantas dan senang. 

10.Peserta Becja akan ditunjukkan kaedah untuk mendapatkan gran penulis dari Perpustakaan Negara Malaysia sehingga RM9,000. 

11.Peserta Becja akan diberikan sijil yang cantik sebaik berjaya menghasilkan ebook pertama mereka. 

Jadi sahabat, JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI. 

YURAN 

RM150.00 - Individu 

RM250.00 - Suami & Isteri RM100.00 - 

Berkumpulan (Minimum 5 peserta) RM50.00  

Korporat/ Kerajaan (Minimum 20 peserta) 

JADUAL BENGKEL SABTU (JAM 9.00 PAGI- 12.00 T. HARI) 3, 10. 17 & 24 April 2021 AHAD (JAM 9.00 PAGI- 12.00 T. HARI) 4, 11, 18 & 25 April 2021. 


"Menulislah, kerana dengan menulis anak cucu serta generasi akan datang tahu bahawa kita pernah hidup satu masa dahulu" 


MAKLUMAT LANJUT & TEMPAHAN TEMPAT Sila hubungi Nombor di bawah: 

www.wasap.my/60199271048/becja2021/ www.wasap.my/601129463810/becja2021/ www.wasap.my/60183563832/becja2021/ 


 Salam Ukhuwah dari saya. Prof Madya Dr Nik Rahim Nik Wajis +6018 356 3832 (Call/Whatsapp) / +6014 820 7111 (call /sms only) Nilai, Negeri Sembilan

Featured Post

BENARKAH EMAS ADALAH PELABURAN TERBAIK SEPANJANG ZAMAN?

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera sahabat semua.  Emas seperti yang kita ketahui adalah logam yang amat tinggi nilainya. Jadi tidak ...