KEMERDEKAAN ITU RAHMAH
Oleh Dr Nik Rahim Nik Wajis
Duta Rahmah
Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang,
Universiti Sains Islam Malaysia
Email: dr_nikrahim@yahoo.com
Hanya tinggal beberapa hari saja lagi kita rakyat Malaysia akan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan yang ke 62. Usia 62 jika bagi manusia sudah cukup dewasa dan matang dan mampu membuat segala keputusan dengan rasional dan tepat. Demikian juga dengan negara kita Malaysia. Setelah melalui lebih 6 dekad menggengam kemerdekaan dari penjajah, maka Malaysia sepatutnya mampu meletakkan dirinya di tempat yang sewajarnya. Mengorak langkah ke hadapan dengan gagah tanpa menoleh ke belakang. Segala peristiwa pahit yang pernah dilalui seharusnya dijadikan iktibar agar sejarah hitam yang terpalit tidak lagi berulang.
Peristiwa 13 Mei 1969 adalah titik hitam yang terpahat dalam lipatan sejarah yang amat sukar dilupakan khususnya bagi pejuang-pejuang kemerdekaan dan mereka yang melalui sendiri detik-detik cemas berhadapan dengan ancaman terhadap nyawa, harta, maruah dan kemerdekaan negara. Menurut catatan sejarah seramai 196 orang telah terkorban, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan manakala 211 kenderaan musnah dalam peristiwa hitam tersebut. Kita semua pastinya tidak mahu peristiwa seperti ini berulang kembali.
Kemerdekaan adalah satu rahmah yang besar yang dikuniakan oleh Allah kepada manusia tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit. Rahmah Allah diturunkan bukan hanya untuk orang Islam atau orang Melayu, bahkan rahmah Allah itu dapat dinikmati oleh semua manusia tanpa mengira agama dan bangsa malah semua makhluk termasuk haiwan, tumbuhan dan semua yang ada di atas muka bumi ini. Allah berfirman di dalam surah Al Anbia’ ayat 107 yang bermaksud:
“Tidak aku utuskan kamu (wahai Muhamad) kecuali sebagai rahmah bagi seluruh alam”.
Setiap individu dalam masyarakat mendambakan kemerdekaan dan jauh dari cengkaman penjajah. Kemerdekaan bererti kebebasan mengamalkan ajaran agama masing-masing tanpa merasa takut dan bimbang, bebas menguruskan hidup menurut keinginan dan kecenderungan masing-masing, bebas memilih pemimpin yang disukai, bebas bekerja mencari rezki dan berniaga. Kemerdekaan juga bereri keamanan dan setiap orang dilindungi oleh undang-undang.
Jika hilang kemerdekaan maka hilanglah segalanya. Kebebasan beragama disekat bahkan mungkin dipaksa meninggalkan agama yang dianuti. Tiada lagi pilihan untuk bekerja seperti sebelumnya. Tiada lagi hak untuk memilih pemimpin. Hilanglah keamanan yang sebelum ini dinikmati. Hidup sentiasa dibayangi ketakutan dan kegelisahan. Tiada lagi hak pemilikan harta secara bebas. Maka jadilah kita umpama se orang hamba yang terpaksa tunduk dan akur kepada tuannya.
Jika ditelusuri sejarah 13 Mei, kita dapati bahawa diantara punca utama meletusnya peristiwa tersebut adalah disebabkan oleh sentimen dan taksub perkauman melampau yang dilaungkan oleh para pemimpin parti politik semasa kempen pilihanraya 1969. Di dalam ucapan semasa kempen pilihanraya tersebut, para pemimpin ini meniup semangat perkauman dan mempersoalkan keistimewaan bumiputera, membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) serta membuat penghinaan terhadap orang Melayu. Tunku Abdul Rahman yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama di dalam bukunya “13 Mei sebelum dan selepas” pula menyatakan bahawa tragedi ini adalah berpunca dari pihak Komunis yang mengapi-apikan semangat perkauman. Penglibatan kongsi gelap juga turut dikaitkan dengan peristiwa yang amat tragis ini.
Justeru, isu perkauman perlu ditangani dengan cermat dan berhati-hati. Setiap rakyat Malaysia mempunyai hak yang dilindungi oleh perlembagaan. Bertindaklah dalam kerangka undang-undang yang sedia ada. Usah terlalu ekstrem dalam menuntut hak bagi kaum dan etnik tertentu. Usah pertikai hak-hak dan keistimewaan orang-orang Melayu dan Bumiputera yang sememangnya telah termaktub dalam perlembagaan sejak sekian lama. Ingatlah bahawa membangkitkan isu-isu perkauman sempit tidak menguntungkan sesiapa kerana itu akan membangkitkan rasa tidak puas hati dan kemarahan pihak yang lain. Kita semua rakyat Malaysia yang merdeka. Kemerdekaan itu adalah rahmah.
Salam Ukhuwah dari saya.
Dr Nik Rahim Nik Wajis (Ibn Nik Wajis)
+6014 820 7111 (Call/Whatsapp) / +6018 356 3832 (call /sms only)
Nilai, Negeri Sembilan
Sunday, August 25, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Featured Post
BENARKAH EMAS ADALAH PELABURAN TERBAIK SEPANJANG ZAMAN?
Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera sahabat semua. Emas seperti yang kita ketahui adalah logam yang amat tinggi nilainya. Jadi tidak ...

-
BENARKAH EMAS PELABURAN TERBAIK? Prof Madya Dr Nik Rahim Nik Wajis Founder DNR Gold Team Salam sahabat semua. Emas seper...
-
Salam dan selamat datang buat semua sahabat. Jutaan terima kasih buat sahabat yang berminat untuk tahu tentang cara untuk buat GCA melalui Q...
-
Kenapa Nabi Muhammad S.A.W Berhijrah Ke Madinah Pada Tahun 622 M. Hijrah berasal dari istilah hajara yang bermaksud pindah. Dalam s...
No comments:
Post a Comment