Featured Post

BELI EMAS RM10 DI QUANTUM METAL? BIAR BETUL....

Image
CARA MUDAH UNTUK DAFTAR QUANTUM METAL DNR GOLD TEAM KLIK SAJA LINK DI ATAS ATAU SCAN QR CODE Prof Madya Dr Nik Rahim Nik Wajis  Founder DNR Gold Team Salam sahabat semua.  Emas seperti yang kita ketahui adalah logam yang amat tinggi nilainya. Jadi tidak hairanlah sejak sekian lama, emas dijadikan sandaran mata wang di seluruh dunia. Harga emas yang amat stabil menjadikan ianya sebagai salah satu pelaburan jangka panjang yang amat menguntungkan. Hari ini dengan teknologi yang ada, pelaburan dalam emas tidak lagi serumit sebelum ini. Jika sebelum ini, kita terpaksa ke kedai emas untuk mendapatkan emas dan kemudian menyimpannya, namun kini kita tidak lagi perlu melakukannya sedimikian rupa. Kini kita boleh membeli emas dan melaburkannnya dengan cara yang amat mudah dan selamat. Kita tak perlu lagi khuatir emas yang kita simpan di rumah dicuri atau dirompak. Emas hanya dihujung jari anda! Apa yang lebih menarik, kini melalui Quantum Metal (QM), anda bukan sahaja boleh melabur dalam emas, t

KEMERDEKAAN MALAYSIA: USAH KECEWAKAN HARAPAN RAKYAT

 SEMPENA KEMERDEKAAN MALAYSIA: USAH KECEWAKAN HARAPAN RAKYAT

Prof Madya Dr Nik Rahim Nik Wajis


Presiden

Persatuan Penulis-Penulis Ebook Muslim

Antarabangsa (International Association of Muslim

Ebook Writers) – IME

Prof Madya  Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM.


Bulan Ogos adalah bulan yang penuh bersejarah buat rakyat Malaysia seluruhnya tanpa mengira agama dan bangsa. Setiap kali menjelang bulan Ogos, kita pastinya akan mengimbau kembali sejarah negara mencapai kemerdekaan dari penjajah British. Kini sudah masuk tahun yang ke-64 Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan adalah kebebasan yang didambakan oleh setiap insan di atas muka bumi ini.  Dengan adanya kebebasan, barisan kepimpinan negara mampu mengurus negara dengan baik. Sektor ekonomi akan pesat membangun. Rakyat bebas bekerja mencari rezeki sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta.

Namun kebebasan rakyat Malaysia bahkan seluruh dunia telah di’rampas’ oleh satu ‘kuasa ghaib’ yang digelar   Covid-19   yang mula  ‘menakluk’ dunia dan membunuh dengan rakus lebih 4 juta nyawa.    Di Malaysia angka kematian sudah hampir mencecah 14 ribu orang manakala mangsa yang terkena jangkitan virus ini sudah melebihi 1.5 juta orang. Kini Covid-19 dianggap musuh nombor  satu dunia.   Covid-19 yang mula menyerang dunia bermula pada tahun 2019, hingga kini masih belum menampakkan akan meredakan serangannya. Meskipun para saintis telah menjumpai vaksin bagi ‘mengurangkan’ kadar kematian akibat jangkitan virus pembunuh ini, namun vaksin bukan jaminan untuk selamat dari serangan Covid-19.

Beberapa hari yang lalu Malaysia telah menerima Perdana Menteri yang baru. Perdana Menteri yang ke 9 yang dipilih oleh Yang Di-Pertuan Agong iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sebelum ini merupakan Timbalan Perdana Menteri di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri ke 8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Rakyat mengharapkan kepada Perdana Menteri dan juga bakal Menteri-menteri kabinet yang bakal dilantik agar membulatkan niat dan tekad untuk bekerja bersungguh-sungguh bagi memerangi ‘musuh’ yang sedangkan menakluki negara sekarang ini. Rakyat sedang menderita akibat serangan Covid-19. Ekonomi juga merudum teruk. Jadi fokus utama kabinet  dibentuk adalah mencari penyelesaian terbaik dalam menangani Covid-19. Ketepikan kepentingan peribadi  dan juga parti. Ia bukan masa yang sesuai untuk berbuat demikian. Serahkan perlantikan jawatan Menteri dan timbalan Menteri kepada Perdana Menteri dan usah membuat tuntutan yang berlebihan kerana apa yang penting permasalahan rakyat wajib diutamakan. Berhentilah berpolitik buat seketika sehingga ‘musuh’ yang sama-sama kita hadapi dapat ditumpaskan. Buah fikiran dan ide perlu dicari, solusi mesti diperolehi. Usah pinggirkan  buah fikiran dari semua pihak termasuk juga pembangkang demi satu penyelesaian yang tuntas.

 Selain dari itu usaha-usaha perlu dipergiatkan bagi menangani masalah kewangan yang membebani rakyat yang terkesan akibat dari pandemik Covid-19. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia pada 14 Mei lalu, kadar pengangguran dalam negara dijangka meningkat kepada 5.5 peratus atau lebih 860,000 orang akhir tahun ini. Malaysia tidak pernah menyaksikan kadar pengangguran lima peratus sejak tahun 1990 dan rata-rata adalah sebanyak 3.2 peratus antara 2010 dan 2019.

Pihak kerajaan mungkin boleh mengambil pekerja-pekerja yang berkemahiran yang terjejas akibat pandemik ini untuk dijadikan kakitangan sementara bagi membantu pihak kerajaan menangangi permasalahan yang dihadapi selain dari bantuan kewangan.

Usahawan-usahawan juga perlu diberikan perhatian yang sewajaranya khususnya usahawan-usahawan yang kecil yang bergantung hidup dengan perniagaan mereka untuk menyara keluarga.

Moga Perdana Menteri, dan barisan kabinet yang baru mampu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat dalam menangani kemelut Covid-19 ini. Bebaskanlah rakyat dari ‘penjajahan’ Covid-19 sempena kemerdekaan Malaysia ke-64 ini dan jangan sekali-kali mengecewakan mereka.

 


Salam Ukhuwah dari saya. Prof Madya Dr Nik Rahim Nik Wajis +6018 356 3832 (Call/Whatsapp) / +6014 820 7111 (call /sms only) Nilai, Negeri Sembilan

Comments

Popular posts from this blog

Faktor Penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W

BELI EMAS RM10 DI QUANTUM METAL? BIAR BETUL....

WAKAF EBOOK UNTUK DIMANFAATKAN OLEH SEMUA