Monday, June 27, 2016

UBER: PUNCA REZEKI TERBARU SAYA?

Baru- baru ni saya terbaca berita tentang bekas se orang menteri yang menjadi pemandu Uber selama beberapa hari sebelum beliau berangkat menunaikan umrah di Tanah Suci. Individu yang saya maksudkan ialah Tan Sri Abdul Wahid bin Omar yang merupakan mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga mantan CEO Maybank. Saya yakin bahawa tujuan beliau memandu uber bukan kerana wang kerana dengan pencen sebagai menteri dan gaji yang beliau yang mencecah lebih dari rm1juta setahun semasa menerajui Maybank, beliau tidak perlu menjadikan uber sebagai sumber pendapatan. Namun usaha beliau yang murni itu perlu diberi pujian kerana tidak ramai pak menteri yang sanggup jadi 'pemandu' atas apa saja alasan. Melalui kaedah ini barulah pak menteri tahu bertapa sukarnya kehidupan para pemandu tidak kiralah samada pemandu uber, teksi, lori bas dan lain - lain dalam usaha mencari wang untuk menanggung keluarga masing-masing.

Tan Sri Abdul Wahid bin Omar, menjadi pemandu Uber bagi merasai denyut nadi rakyat. Suatu
yang patut dicontohi oleh para pemimpin yang ada.
Pada minggu lepas saya mencuba nasib untuk menjadi pemandu uber. Kebetulan pada hujung minggu lepas saya tidak mempunyai apa- apa komitmen. Putra Jaya dan Cyber Jaya menjadi destinasi. Lebih kurang jam 10.00 pagi saya bertolak dari rumah di Mantin Negeri Sembilan. Kurang lebih 30 minit perjalanan, saya sampai ke Putra Jaya.
Dengan lafaz bismillah saya aktifkan mode Uber Partner kepada "Go Online". Sambil2 tu sempat juga saya menjamu mata menikmati pemandangan indah berhampiran Masjid Putra Jaya tidak jauh dari Pusat Pentadbiran Kerajaan. Sejam berlalu. Nothing happen. Saya masih belum mendapat 'pelanggan'. Lantas saya ambil keputusan untuk mencari ' lubuk' lain. Saya 'ON kan' Uber ( passenger) untuk melihat kedudukan pemandu-pemandu UBER. Wah! apps Uber ni memang canggih. Dengan jelas saya dpt melihat beberapa buah kereta Uber berlegar2 di kawasan Cyber jaya berhampiran Limkokwing University.
Wah! ini rupanya 'lubuk' Uber. Saya memecut laju menuju Limkokwing University. Sebaik sampai, saya cari 'pot' yang bagus untuk kereta saya. Suspen juga sebenarnya sebab beberapa hari sebelum itu saya menoton beberapa video tentang para pemandu teksi yang menahan pemandu Uber dengan dakwaan bahawa pemandu Uber ' mencuri rezeki' mereka. Namun saya tertarik dengan kenayataan Menteri Pengangkutan bahawa Uber akan dimasukkan ke dalam akta dan akan meluluskan operasi Uber di seluruh Malaysia.
Dalam masa berfikir sendirian, tiba- tiba saya mendapat isyarat dari Uber! Wah! ada permintaan. Sepantas kilat saya terima permintaan tersebut. Dengan makkumat lengkap dan canggih yang disertakan dengan navigation, saya sampai ke alamat yang diberi hanya dalam masa 5 minit saja. Namun setelah lebih kurang 15 minit menunggu, pelanggan saya tidak juga muncul. Yang menjadi masalah, saya tak dapat melihat nombor telefon pelanggan. Mungkin sistem ada masalah agaknya. Saya membuat keputusan untuk cancel permintaan tadi dan menunggu isyarat selanjutnya.
Sebaik saya batalkan permohonan, tiba-tiba tingkap kereta saya diketuk seseorang. Terdapat dua wanita muda dari Afrika. Rupanya mereka adalah pelanggan yang saya tunggu tadi. Mereka juga mempunyai masalah untuk menghubungi saya. Saya memohon maaf kepada mereka kerana terpaksa membatalkan request mereka kerana telah menunggu terlalu lama.
Selang beberapa minit satu lagi request saya terima. Kali ini dari se orang pelajar wanita juga dari Afrika bernama Judith. Alhamdulillah! Beliau adalah pelanggan pertama dan bersejarah bagi saya sebagai pemandu Uber. Saya turunkan beliau di Ville Cyberjaya yang terletak lebih kurang 15 minit dari Limkokwing University. Alhamdulillah RM10.00 masuk poket saya. Saya kembali semula ke 'pot' tadi. Hanya beberapa minit menunggu, satu lagi request saya terima. Kali ini saya membawa 2 pelajar Limkokwing University yang berasal dari Yemen. Wah! cakap Arab sakan saya. Saya hantar mereka ke Alamanda. Lagi RM10.00 masuk poket saya.
Tiba-tiba perut saya rasa memulas. "Ish! tak boleh jadi ni. Saya mesti balik. Nanti masalah besar kalau bawa penumpang" bisik saya. Dengan itu berakhirlah episod pertama, di hari pertama saya sebagai pemandu Uber. Selama 3jam30 minit saya saya berputar-putar mencari pelanggan pada hari tersebut dan hasil yang saya perolehi hanya RM20.00. Kalau tolak minyak, toll, campur pulak dengan penat memandu sepanjang tempoh tersebut, saya membuat conclusion bahawa amat TIDAK BERBALOI jadi pemandu Uber.

Sebagai pemandu Uber kita kena melayan penumpang dengan begitu
baik dan berhemah. Sebab kalau pemandu tidak berpuas hati maka mereka
akan memberi rating yang rendah kepada kita. Jika rating terus jatuh, ada
kemungkinan 'lesen' kita akan digantung oleh pihak Uber dan kita
akan kehilangan punca rezeki buat selaamnya.

Saya mula meragui tentang kemungkinan Uber boleh dijadikan punca rezki terbaru saya. Namun saya tidak terus membuat keputusan muktamad tentang peluang mencari rezeki melalui Uber. Saya rasa tentu terdapat kaedah-kaedah tertentu bagi mendapatkan pendapatan lumayan sehingga mencecah lima angka setiap bulan seperti yang digembar gemburkan di dalam media.
Melalui kajian yang saya buat, ada satu kaedah yang boleh dilakukan untuk mengetahui kawasan-kawasan yang mempunyai permintaan kereta Uber yang tinggi iaitu dengan menggunakan satu lagi aplikasi Uber iaitu Uber (passengers). Akhirnya dengan menggunakan Uber Apps (passenger), saya ketemu 'lubuk' yang tidak pernah ketandusan pelanggan. -KLIA DAN KLIA2. Yes! inilah lokasi terbaru operasi Uber saya.

Inilah apps Uber (passenger) yang saya gunakan untuk mengesan kedudukan 'lubuk' pemandu Uber.
Lagi banyak terdapat pemandu Uber, bererti lagi banyak penumpang di situ.

Beberapa hari selepas episod pertama saya yang 'menyedihkan' di Putra Jaya dan Cyber Jaya, saya meluncur laju ke KLIA sebaik selesai solat Tarawih. Dalam jam 11.30 malam saya sampai ke KLIA. Setelah menunggu sekitar 30 minit, saya mendapat isyarat terdapat request dari pelanggan. Alhamdulillah, kali ini saya dapat pelanggan yang berasal dari Sabah yang baru saja mendarat. Beliau baru tiba dari Mesir. Pelajar dalam bidang Qiraat di Syubra Mesir. Masya Allah, se orang al Hafiz rupanya. Panjang cerita kami dalam perjalanan menuju rumah sahabatnya di Kajang. Soalannya pun banyak apatah lagi bila beliau mengetahui bahawa saya adalah se orang pensyarah.
Nampak kehairanan di wajahnya. "Betul, walaupun ana se orang pensyarah, ana tak kisah untuk berusaha mencari rezki yang halal demi anak-anak dan keluarga tercinta" jelas saya bagi menenangkan fikirannya.
Sebaik sampai ke destinasi, beliau membuat pembayaran. Malam tu saya mendapat rezeki sebanyak RM77.00. Alhamdulillah! wah! lumayan juga. Tunggu di KLIA setengah jam, hantar pelanggan 45 minit, boleh dapat RM77?? Persepsi saya tentang Uber berubah 360 darjah. Baru saya nampak potensi Uber yang sebenar. Walaupun sudah sampai ke destinasi, saya minta beliau tunggu dalam kereta with NO EXTRA CHARGE sehingga sahabat beliau tiba. Kurang lebih 10 minit barulah sahabat beliau tiba. Sebaik selesai membantu mengangkat barang-barang beliau ke kereta sahabatnya, saya berangkat pulang. Waktu sudah hampir jam 1.00 pagi.


Not Bad! Hanya 5jam dan 43 minit saya ONLINE, saya berjaya mengumpulkan sebanyak
RM247.08. Kalau jumlah ini anda perolehi setiap hari sebagai part timer, pasti ianya mampu
mengubah kehidupan anda!

Dengan berbekalkan semangat semalam, saya meneruskan pemanduan. Pada malam itu setelah usai solat tarawih dan penyampaian tazkirah di Pusat Islam MAS di Sepang, saya menukar 'uniform'. Jam sudah menunjukkan hampir 12.00 tengah malam. Saya terus meluncur menuju KLIA. "Masya' Allah! teruknya jam!" Keluh saya sebaik sampai ke jalan masuk ke kawasan 'Arrival'. Lebih kurang 10 minit terperangkap di dalam jam, tiba-tiba saya menerima request dari se orang lelaki dari USA yang baru mendarat. Sebaik membantu mengangkat barang-barang agak besar dan berat, kami bersedia memulakan perjalanan. "Please take me to Grand Hyatt, Kuala Lumpur" Kata Mat Salleh bernama William. Saya buka Waze dan memulakan perjalanan. Kami borak-borak macam-macam topik kecuali tentang terrorism dan seumpamnya. Topik-topik sensitif tidak patut dibincangkan takut nanti 'berperang' pulak dalam kereta. Dan silap haribulan rating anda akan jatuh!
Lebih kurang satu jam perjalanan kami sampai ke destinasi dengan selamat. wah! RM120.00 charge yang Uber kenakan. Ya! Uber Apps yang tentukan berapa charge yang customer kena bayar. Toll pon dikira sekali. Memang canggih sangat sistem Uber ni. Saya tak perlu terima cash dari William sebab dia bayar guna kad kredit. Setiap minggu pada hari Jumaat Uber akan bayar semua tambang terkumpul setelah ditolak 20% komisyen. Wah! kaya Uber! bayangkan, seluruh dunia ada kurang lebih 5 juta Uber driver. Kalau setiap pemandu hanya mendapat RM10.00 sehari dan Uber mendapat 20%, bererti Uber akan mendapat pendapatan sebanyak RM10 juta sehari!!
Kalau ada modal saya plan nak buat apps yang hampir sama yang akan saya namakan apps itu sebagai 'BURAQ'. Buraq akan dimasukkan ciri-ciri Islamic. Sebagai contoh, kalau pemandu Uber se orang wanita, maka penumpangnya juga adalah wanita!
Selepas saya menurunkan William di Grand Hyatt, saya pusing-pusing di kawasan sekitar Grand Hyatt. Tidak lama, saya dapat satu lagi request. Kali ini agak pelik sikit sebab saya bukan bawa penumpang, tapi bawa 'barang' penumpang. Se orang pemanggil Melayu bernama Amir meminta supaya saya pergi ke rumahnya dan mengambil makanan di rumahnya di U Thant dan menghantarnya ke rumah ayahnya di Bukit Damansara. Puas juga saya pusing-pusing sebab tak jumpa lokasi yang dituju walaupun menggunakan khidmat waze. Setelah beberapa kali 'tawaf' alhamdulillah, saya sampai ke destinasi. Serahkan makanan kepada ayah Amir dan terus bergerak pergi. Alhamdulillah...dapat extra fulus RM18.79 sen.
Tidak lama selepas saya bergerak meninggalkan kawasan Bukit Damansara, saya terima satu lagi request. Kali ini dari jejaka-jejaka dari Bangladesh yang baru saja selesai tugasan mereka di sebuah restoran di kawasan berhampiran Plaza Damansara. Dari percakapan mereka, saya menelah mereka adalah jejaka-jejaka berpendidikan tinggi. Speaking bukan main fasih lagi. Kalah saya!
Saya hantar mereka ke Bangsar Utama. Alhamdulillah! RM7.47 tambang yang sepatutnya mereka bayar secara tunai. "Never mind, You just give me RM1.00. Its fare because there are three of us". Kata jejaka Bangladesh yang duduk di seat depan. Siapa sangka, walaupun jumlahnya tidaklah begitu besar, namun sikap pemurah begini boleh dimiliki oleh golongan marahaen seperti mereka. Bagaimana dengan golongan-glongan yang kaya?
Jam sudah menunjukkan ke angka 1.00 pagi. Cukup dulu untuk malam ini. Esok nak kerja. Saya terus meluncur pulang. Dalam 40 minit sahaja saya selamat sampai ke Mantin. Alhamdulillah!
Kepada sahabat yang membaca tulisan saya ini yang ada kereta berusia 8 tahun ke bawah, ada lesen yang sah, ada IC, ada car insurance yang masih valid dan anda rasa nak buat duit untuk belanja anak-anak anda, maka saya mencadangkan alternatif ini buat anda.
Anda boleh daftar dengan mudah di sini tanpa sebarang bayaran. Sebaik anda menekan link di atas anda akan dipaparkan skrin seperti di bawah:


Masukkan no phone anda di situ dan klik SEND LINK. Anda akan menerima message di telefon anda. Klik dan anda akan di bawa ke paparan di bawah:


Sila download app tersebut dan ikut arahan. Untuk mendaftar anda perlu scan atau snap dokumen berikut:

1. Kad Pengenalan
2. Lesen memandu yang sah
3. Insuran yang ada maklumat anda, kereta dan tarikh luput insuran.
Setelah memuat naik semua dokumen, anda perlu menunggu antara 3-7 hari bekerja sebelum mendapatkan kelulusan dari Uber. Sebaik anda menerima kelulusan anda, anda boleh mulakan dengan segera.
Jika anda mempunyai sebarang masalah, sila hubungi saya di talian - 014 820 7111 atau email dr_nikrahim@yahoo.com
Saya sedia membantu anda!

Wassalam

Dr Nik Rahim Nik Wajis





1 comment:

  1. salamalaik abi
    menarik entry abi. saya pn terpikir kalau ada service women for women. mungkin lagi selamat. :)

    ReplyDelete

Featured Post

BENARKAH EMAS ADALAH PELABURAN TERBAIK SEPANJANG ZAMAN?

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera sahabat semua.  Emas seperti yang kita ketahui adalah logam yang amat tinggi nilainya. Jadi tidak ...