<!-- Facebook Pixel Code --> <script> !function(f,b,e,v,n,t,s) {if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod? n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)}; if(!f._fbq)f._fbq=n;n.push=n;n.loaded=!0;n.version='2.0'; n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0; t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0]; s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window, document,'script', 'https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js'); fbq('init', '1394243567541901'); fbq('track', 'PageView'); </script> <noscript><img height="1" width="1" style="display:none" src="https://www.facebook.com/tr?id=1394243567541901&ev=PageView&noscript=1" /></noscript> <!-- End Facebook Pixel Code -->

Saturday, January 13, 2018

MEMANG SAYA PEMANDU UBER. SO APA MASALAHNYA?


Salam sahabat semua. Apa khabar?

Terima kasih sudi singgah di blog saya yang 'tawadhu' ini. Moga apa yang saya tulis di sini ada manfaat untuk sahabat semua.
Tulisan saya kali ini ialah tentang pengalaman saya sebagai pemandu Uber.

Photo seperti  ini dapat dilihat bila mana-mana penumpang Uber membuat
permintaan. Ia sebenarnya satu kaedah yang baik bagi menghalang
pemandu Uber melakukan suatu yang tidak baik kepada penumpang mereka.
Pagi tadi saya sembang sambil breakfast dengan beberapa orang sahabat saya. Sembang punya sembang, masuklah bab bisnes dan penjanaan wang. Jadi saya pun bagitau mereka saya buat Uber. Terkejut besar saya tengok mereka. “Hah! Dr buat Uber? Biar betul!!” kata salah se orang dari mereka dalam keadaan tercengang. “Memang saya buat Uber. Walaupun saya adalah se orang pensyarah berkelulusan PhD, bagi saya Uber adalah satu kaedah yang bagus untuk menjana pendapatan apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang sedang tenat seperti sekarang ini.

Sudah satu setengah tahun bersama Uber. Sudah 142 trips. Rating 4.77.

Mungkin ada yang merasakan bila ada Ph.D dah tak layak buat Uber. Bagi saya itu adalah pandangan yang SESAT  DAN MENYELEWENG!
Mencari rezeki yang halal adalah satu ibadat dan ia adalah satu kewajipan dan saya tidak melihat apa-apa masalah yang berhubung dengan hukum syara’ bila memandu Uber!

Saya mula memandu Uber sejak setahun setengah  yang lalu. Saya masih ingat 1st time saya bawa Uber ialah pada bulan Ramadhan. Masa tu Uber masih belum famous sangat di area saya tinggal dan bekerja iaitu di Nilai Negeri Sembilan. Jadi saya terpaksa ke Cyberjaya untuk mencari pelanggan. Sekarang dah tak perlu pergi jauh-jauh lagi. Duduk di rumah santai-santai dengan famili pun boleh sambil menunggu panggilan dari penumpang. Masa saya mula menjadi pemandu, saya terpaksa turun awal pagi. Jam 5.15 pagi saya dah turun menuju ke Cyberjaya dan terus ke masjid di sana untuk solat subuh berjamaah. Sebaik usai solat subuh saya terus ‘onkan’ Uber driver apps. Biasanya tidak sampai 10 minit saya akan dapat signal panggilan dari penumpang. Kalau nasib baik saya dapat trip yang jauh seperti KL. Kalau trip ke KL boleh dapat sekitar RM50.00. Kalau tak, saya terpaksa redha dengan bayaran RM3-4 untuk setiap trip kerana destinasi penumpang hanya sekitar Cyberjaya.

Thank you Notes dan percapaian setakat ini

Bawa Uber bagi saya satu pengalaman yang amat menarik yang tidak pernah saya lalui. Antara keseronokan yang saya lalui selain dari mendapat peluang menampung kewangan yang kadangkala agak meruncing ia membuka ruang untuk kita berkenalan dengan berbagai jenis makhluk manusia dari berbagai latarbelakang bangsa, agama, status kerjaya dan lain-lain. Dari situ kita juga dapat mengenali berbagai jenis manusia ciptaan Allah.
Ada yang kelihatan sombong. Tegur pun buat tak tau jer. Satu hari saya ambil se orang penumpang wanita berbangsa India berusia sekitar 40an di sekitar Kuala Lumpur. Kawasan yang agak elit jika dilihat dari kawasan penempatan mewah yang didiami. Saya memang jenis ‘talkative’ maklum saja kerja saya sebagai pensyarah sejak lebih 20 tahun menjadikan saya sukar untuk duduk diam. Lagipun saya memang jenis suka berkawan tak kira apa bangsa dan agama. Ada peluang saya selitkan unsur-unsur keagamaan dan juga perniagaan serta motivasi.

101 5 Stars Rating. Terima kasih kepada semua penumpang saya.

“Where are heading madam? Tegur saya dalam bahasa Inggeris pelat Kelantan. Maklumlah lidah orang Kelantan ni agak payah nak di’Inggeriskan’. Wanita tersebut agak sedikit terkejut bila saya cakap orang putih dengan dia. Bila saya bagitau saya buat Uber part time dan saya bertugas sebagai pensyarah, serta merta wanita tersebut menjadi ‘mesra alam’. Kes yang sama berlaku apabila saya ambil se orang penumpang berbangsa Cina di sekitar Kuala Lumpur juga. Beliau adalah se orang profesor di sebuah universiti di sekitar KL. Pada mulanya, langsung tidak minat untuk berbual dengan saya. Yalah! Apalah ada pada se orang pemandu Uber!! Namun segalanya berubah bila saya bagitau bahawa saya juga se orang pensyarah di USIM dalam bidang Islamic Criminal Law. Lepas itu, kita jadi mesra dan rancak bersembang.
Kalau rezeki bagu, dalam masa sejam lebih sudah boleh menjana lebih dari RM200.00

Jadi sebagai conclusion, dapat saya simpulkan bahawa kebanyakan orang akan melihat siapa kita. Apa kelulusan kita. Apa kerjaya kita. Jika mereka merasa bahawa kita setaraf dengan dia, barulah dia akan layan kita. Inilah dunia yang kita hidup sekarang ini.
Namun begitu bukan semua pelanggan saya bersikap begitu. Yang di luar nampak macam ‘gangster’ tapi bila bawa berborak sangat baik dan lembut. Paling saya tidak lupa bila bawa beberapa pelanggan dari negara Arab di awal pagi minggu di Cyberjaya. Mereka kelihatan mabuk tapi masih dalam keadaan terkawal. Dua lelaki dan se orang wanita. Tak pasti apa bangsanya. Tetapi yang pasti bukan Arab kerana wanita tersebut tidak bercakap Arab. Inilah sebahagian gambaran sebahagian masyarakat Islam yang dapat dilihat di depan mata tidak kira dari mana mereka datang. Jika tiada pegangan agama yang kuat, mudah saja mereka terjebak dengan gejala sosial sebegini.
Yang lebih menarik apabila saya bawa se orang penumpang dari Bangladesh. Yang ni agak kritikal mabuknya. Cuma saya berdoa jangan sampai dia termuntah dalam kereta saya. Dalam keadaan mabuk tu saya tanya dia. “What so special about drinking liquor? “You never drink? Tanya dia. “No! Never tried” jawab saya. “Oh Good, that mean you have good life and have little problems” kata lelaki Bangla yang bekerja di bidang IT kalau tak silap saya di Cyberjaya. “Because people like mean have a lot of problems. That why I drink a lot” tambah lelaki tersebut. Saya cuma mengiakan kata-katanya. Dalam hati saya berkata, “hebat juga orang mabuk ni. Masih boleh berhujah walaupun dalam keadaan mabuk. Apapun saya bersyukur kepada Allah kerana masih dilindungi dari perkara-perkara yang tidak diredhai Allah.
Satu isu yang saya nak share sikit dengan sahabat semua ialah Uber sebagai ‘penyelamat’ ketika kegawatan. Saya amat bersyukur kepada Allah atas segala nikmatNya. Saya punya kerja yang bagus sebagai pensyarah. Gaji pun kira oklah. Nak kata mewah tidak tapi cukup untuk kehidupan yang asas. Ada kereta, ada rumah walaupun rumah sewa. Mampu menyediakan tempat tinggal untuk TIGA KELUARGA besar saya dan perbelanjaan asas mereka. Saya juga adalah penulis dan Penerbit. Saya juga ada beberapa perniagaan kecil di USIM. Ada dua bisnes minuman (Tea Kocok), ada printing untuk pelajar, ada Goreng Pisang Crispy (GPC) dan kereta Alza saya juga saya sewakan. Namun ternyata kadangkala itu semua belum cukup stabil untuk menampung perbelanjaan keluarga besar saya. Saya dikurniakan Allah 15 anak. 5 sudah tamat Belajar. 10 lagi masih di alam persekolahan. Sahabat-sahabat tentunya dapat gambarkan betapa sebagai se orang bapa perlu berusaha untuk mencari perbelanjaan buat anak-anak. Justeru, bila Uber diperkenalkan, maka saya tidak melepaskan peluang. Uber bagi saya adalah penyelamat ketika kegawatan.
Bayangkan bila tiba di pertengahan bulan, belanja dapur diperlukan. Anak-anak perlu perbelanjaan ke sekolah. Minyak kereta nak kena tuang. Gaji masih ada dua minggu lagi baru keluar. So apa nak buat? Nak pinjam? Dah banyak dah pinjam duit. Tak terbayar rasanya kalau nak ditambah lagi. Jadi apa jawapannya? Bagi saya Uber adalah jawapannya.


Kenapa Uber?
1.     Uber lebih selamat berbanding kita sewakan kereta macam saya buat sebagai risikonya lebih tinggi.
2.     Uber beri kita kebebasan bila saja kita nak drive. Saya biasa bawa Uber selepas office hours atau pada hari cuti.
3.     Uber penyelamat masalah ekonomi dalam masa yang singkat. Kalau kita nasib baik dalam masa dua jam saja boleh dapat sehingga RM200.00. Jadi dengan jumlah tersebut, cukup untuk selesaikan perbelanjaan dapur dan belanja-belanja asas pada hari tersebut.
4.     Uber juga beri ketenangan kepada para bapa dan juga ibu kerana kini sudah ada jalan penyelesaian kepada masalah kewangan mereka asal saja mereka sanggup berkorban masa dan tenaga demi anak-anak dan keluarga yang dikasihi.
5.     Yang bestnya, tak perlu drive Uber pun boleh dapat duit secara percuma. Nak tau macamana KLIK JE SINI.
6.     Nak jadi pemandu Uber senang saja. Semua dibuat secara online. Asal saja kereta tidak lebih dari 8 tahun umurnya boleh didaftarkan. Daftar juga secara percuma. Selepas beberapa hari saja mendaftar, dah boleh mula bawa Uber dan menjana pendapatan. Sesiapa yang berminat untuk mendaftar saya boleh bantu. KLIK SAJA DI SINI.

“SEKARANG INI SUDAH TIDAK ADA ALASAN UNTUK KITA TIDAK  MENCARI REZKI DAN PENDAPATAN KERANA KITA ADA BERBAGAI CARA UNTUK MENJANA PENDAPATAN.”


Moga perkongsian Bermanfaat Insya Allah





Salam Ukhuwah dari saya. Dr Nik Rahim Nik Wajis +6018 3563832 Nilai, Negeri Sembilan


No comments:

Post a Comment