Monday, December 11, 2017

SAYA HARAMKAN DIRI DAN KELUARGA MENJEJAKKAN KAKI KE TESCO



Dulu saya adalah pelanggan tetap tesco. Kami belanja antara RM500 ke RM1k setiap bulan di tesco nilai, Negeri Sembilan. Now NO MORE! Saya HARAMKAN diri saya dan seluruh keluarga menjejakkan kaki ke tesco sepanjang hayat. Kami tidak rela membantu tesco yg membantu kerajaan Zionis israel terus membunuh saudara2 kami di Gaza. Anda bagaimana?


#boycotttesco
#boycottmcdonalds
#boycotttrump
#savepalestine
#deathwithisrael


Produk keluaran Yahudi yang patut diboikot

Menjawab hujah McDonald’s Malaysia

Benar, McDonald's Corporation bukan milik mana-mana individu. Ia syarikat yg tersenarai di bursa saham dan boleh dianggap sebagai syarikat milik bersama semua pemegang-pemegang saham. Pengurusan McD juga bertukar-tukar biar pun pernah dipimpin oleh individu berbangsa Yahudi dan pro-Israel. Namun, ini bukan isunya.
Boikot ke atas McD tidak dijalankan kerana CEOnya adalah seorang berbangsa Yahudi dan pro- Israel. Biarpun ada sebahagian pihak memainkan isu ini, ia bukan hujah yang kuat dan bernas melainkan sekadar sentimen yang rasis. Hujah ini tidak wajar dipertahankan dan perlu ditolak.
Boikot tidak mengenal bangsa dan agama. Kalau seorang Arab atau Melayu sekalipun yang menyokong dan menyumbang kepada kezaliman Zionis Israel, ia juga akan diboikot.
McD diboikot bukan kerana latarbelakang bangsa mahupun kecenderungan peribadi CEOnya tetapi kerana SYARIKAT itu secara konsisten menyumbang kepada kelestarian negara haram Israel.
McD merupakan penyumbang tegar (tidak terhad melalui sistem 'Matching Gift') Jewish United Fund (JUF) yang berperanan menjaga nama baik Israel dan kebajikan warganya (luar dan dalam Israel). JUF juga menjalankan kempen agar lebih ramai bangsa Yahudi berhijrah ke Palestin untuk mengukuhkan kedudukan mereka di sana. Lebih mengejutkan lagi, JUF juga aktif membantu warga Israel ketika perang! Sumbangan McD telah menyebabkan mereka diiktiraf dalam rakan korporat JUF.


Selain JUF, McD turut menyumbang kepada beberapa agensi Yahudi pro-Israel yang lain. Salah satunya adalah Spertus Institute For Jewish Learning and Leadership di Chicago, Illnois. Institut ini merupakan antara institut terkemuka yang berusaha melahirkan generasi muda Yahudi yang berketrampilan dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk membela Israel. Institut ini pernah menganugerahkan ijazah kehormat kepada Yitzhak Rabin, bekas Menteri Pertahanan Israel (1984-1990) yang melaksanakan polisi ‘force, might and beating’ dalam cubaan membasmi gerakan Intifada Palestin yang pertama. Polisi ini telah menyebabkan beliau digelar ‘the bone breaker’.
Satu lagi badan Yahudi yang menerima sokongan McD ialah Illinois Holocaust Museum & Education Center. Sokongan McD ini telah membolehkan CEOnya, Donald Thompson menerima anugerah semasa Humanitarian Award Dinner 2012 muzium tersebut.


Namun, satu hakikat yg tidak disebut oleh McD dan tidak diwar-warkan oleh pihak yg melancarkan kempen boikot McD sendiri ialah hakikat bahawa McD mempunyai cawangan di negara haram Israel (Palestin 1948) dan merupakan fast food restaurant terbesar dgn penguasaan pasaran sehingga 70%! Kewujudan McD Israel adalah faktor terbesar mengapa McD wajar diboikot!!!
McD Israel dibina atas tanah rakyat Palestin yg kini terpaksa merempat di kem-kem pelarian di West Bank, Gaza, Lubnan dll. McD Israel mengaut keuntungan atas kesengsaraan pelarian Palestin dan hasil mahsul Palestin yg kini dijarah Zionis Israel. Ini hakikat yg tidak pernah diceritakan!!!
Kita mengakui McD Corporation turut menyumbang kepada aktiviti-aktiviti masyarakat yang positif sbg sebahagian daripada CSRnya. Namun, ia tidak seharusnya melepaskan McD daripada jenayah mereka membantu kezaliman Zionis Israel ke atas rakyat Palestin. Yang salah tetap salah.
McD Corporation wajar diboikot kerana ia mengaut keuntungan atas kesengsaraan rakyat Palestin melalui McD Israel selain sumbangannya kepada JUF dll. McDonald's Malaysia juga bukan
innocent kerana biar pun diuruskan oleh Golden Arches Restaurant, hakikatnya keseluruhan saham McDonald's Malaysia adalah milik McDonald's Corporation. Ini fakta yg tidak diceritakan.
Benar, McD Malaysia ada yg dipunyai dan diusahakan oleh franchaisi-franchaisi tempatan tetapi yg tidak didedahkan ialah berapa peratus adalah milik franchaisi tempatan? Realitinya peratusan franchaisi tempatan bukanlah majoriti (sekitar 28% sahaja). Jika ini menjadi pertikaian, boikot blh difokuskan kpd rangkaian McD yang berada di bawah kelolaan penuh Golden Arches Restaurant.
Sebarkan info ini jika anda rasa ia bermanfaat.
- Khalid Jimat,
Pegawai Penyelidik,
Palestine Centre of Excellence (PACE)


Salam Ukhuwah dari saya. Dr Nik Rahim Nik Wajis +6018 3536832 - Nilai Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment

Featured Post

BENARKAH EMAS ADALAH PELABURAN TERBAIK SEPANJANG ZAMAN?

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera sahabat semua.  Emas seperti yang kita ketahui adalah logam yang amat tinggi nilainya. Jadi tidak ...