Tuesday, July 19, 2011

BERAPA RAMAI PENDUDUK DUNIA AKAN JADI PENGHUNI NERAKA?

Salam utk para sahabat sekelian di mana sahaja kalian berada. Apa sahaja status kalian. kita semua adalah manusia yg tidak kekal menongkat langit. harta, kemewahan, kegelemoran semuanya akan ditinggalkan. Yg kekal adalah amal2 soleh yg menjadi bekal utk hidup kekal abadi….
Setakat in, jumlah penduduk dunia adalah seramai 6,790,062,216 (July 2009 est.) manakala penduduk Islam pada tahun 2009 ialah 1.66 billion. Maknanya hanya lebih kurang 1/3 penduduk dunia adalah Islam. Apakah ini bermaksud hanya 1/3 penduduk dunia hari ini akan menjadi ahli syurga dan selainnya akan jadi penghuni neraka?
Dari 1.66 billion penduduk Islam, mungkin hanya 1/2 darinya hanya Islam pada nama seperti kebanyakan kita. Nama saja Islam tetapi amalan mengalah golongan musyrikin dan munafiqin. Tak caya? tengok saja di sekelling kita. Cuba pergi masjid pd hari jumaat, berapa ramai yg pegi solat? yg lain? musafir? uzur? emm..x kan lelaki pon uzur kot? tengok pula kes2 perzinaan dan pembuangan bayi yg tak berdosa..siapa yg jadi championnya? umat islam kan? dadah, rempit..majoriti yg namanya Islam.
tengok pula wanita Islam…berapa peratus yg menutup aurat dan berapa ramai yg bertudung tp berlelanjang? lihat pula dlm pemerintahan negara Islam..berapa banyak negara yg menjalankan syariat Allah? lihat pula sistem ekonomi apa sistem yg digunapakai? sistem yahudi dan riba.
jadi conclusionnya, mungkin hanya 10% dari 1.66 billion yang layak masuk syurga. Yang lain termasuk kita semua bagaimana? masya’Allah, sukarnya nak jadi ahli syurga.
Ya Allah berikanlah taufik dan hidayahmu kepada kami semua agar kami mampu tunduk dan patuh kpd perintahmu.
Tuhanku aku tidak layak menduduki syurgamu, tapi aku juga tidak tahan utk menerima azab nerakamu, berilah kami peluang utk bertaubat dan kembali kepadamu dan ampunilah kami semua kerana sesungguhnya kamu adalah Maha Pengampun lagi Maha Besar”

wassalam
saudaramu sesama Islam.

Note: tulisan ini adalah hanya andaian sahaja. Segalanya terletak di tangan Allah Yang Maha Kuasa, Al rahman dan Al Rahim. Dia boleh memilih apa sahaja yg ingin dilakukanNya.

No comments:

Post a Comment