Tuesday, July 19, 2011

Tentang Ustaz

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih kerana singgah di blog drnikrahim. Sedikit tentang diri saya. Nama penuh yang diberikan oleh keluarga saya ialah Nik Rahim bin Nik Wajis. Tapi nama yang dipanggil keluarga – Syihab yang bermaksud bintang atau pun comet! Dilahirkan pada 16 Oktober 1963. Umur baru 47 tahun. Sudah berkahwin alhamdulillah dan anak baru sahaja 12 orang; 4 lelaki dan 8 perempuan dari isteri tercinta bernama Rahimah Mohamad yang dikahwini pada tahun 1996. Pada tahun 2007, Alhamdulilah Allah telah kurniakan se orang lagi isteri bernama Nor Hasiah Ibrahim dan kini kami bahagia dengan 2 orang cahayamata comel diberi nama Nik Noor Dina Qistina yang dilahirkan pada 1/2/2008 dan Nik Noor ‘Afini Qurratu A’yuni yang dilahirkan pada 10 Zulhijjah 143o H.

Berasal dari Kelantan (ayah bonda berasal dari Kelantan), tapi dilahir dan dibesarkan di Pahang sebab family berhijrah ke sana. Pendidikan pula, alhamdulillah berjaya sehingga ke Ph.D di dalam bidang Undang-Undang Jenayah Islam. Saya buat Ph.D di Glasgow Caledonian University, Scotland dan tamat dalam usia 33 tahun pada tahun 1996. Ijazah pertama saya pula diperolehi dari Universiti Al Azhar Mesir pada tahun 1990.
Pernah bertugas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejak tahun 1990 – 1999 dan terpaksa meninggalkan UIAM kerana berhijrah ke Brunei Darussalam sebagai pensyarah bagi tempoh 1999-2005.
Bila kontrak dengan Universiti Brunei Darussalam tamat pada tahun 2005, saya membuat keputusan untuk terjun ke dalam bidang perniagaan dan setup syarikat sendiri dengan nama SYIHAB EXCELLENCE AGENCY SDN BHD (SYIHAB). SYIHAB pada asasnya menumpukan perniagaan di dalam bidang Perunding Kewangan dan Perundangan Islam. Produk yang ditawarkan termasuk Takaful, Unit Trust, Penulisan wasiat (Syihab adalah Agen Korporat Amanah Raya Berhad).

Kini saya mendambakan diri dalam bidang dakwah dan penyebaran serta perkongsian sedikit sebanyak ilmu pengentahuan kurniaan Allah dengan masyarakat. Jika pembaca perlukan tenaga pengajar dalam bidang2 berkaitan syariah, sila hubungi saya di talian 013 6410135. Jangan risau! perkhidmatan yang saya berikan adalah PERCUMA! Saya mencari redha Allah di samping menunaikan tanggungjawab dan amanah kepada Allah dalam penyebaran ilmu2 Islam.

Wassalam
Ikhlas dari saya
Ustaz Dr Nik Rahim Nik Wajis
last updated: 17 Sya'ban 1432H/ 19 Julai 2011.

No comments:

Post a Comment