Featured Post

BELI EMAS RM10 DI QUANTUM METAL? BIAR BETUL....

Image
CARA MUDAH UNTUK DAFTAR QUANTUM METAL DNR GOLD TEAM KLIK SAJA LINK DI ATAS ATAU SCAN QR CODE Prof Madya Dr Nik Rahim Nik Wajis  Founder DNR Gold Team Salam sahabat semua.  Emas seperti yang kita ketahui adalah logam yang amat tinggi nilainya. Jadi tidak hairanlah sejak sekian lama, emas dijadikan sandaran mata wang di seluruh dunia. Harga emas yang amat stabil menjadikan ianya sebagai salah satu pelaburan jangka panjang yang amat menguntungkan. Hari ini dengan teknologi yang ada, pelaburan dalam emas tidak lagi serumit sebelum ini. Jika sebelum ini, kita terpaksa ke kedai emas untuk mendapatkan emas dan kemudian menyimpannya, namun kini kita tidak lagi perlu melakukannya sedimikian rupa. Kini kita boleh membeli emas dan melaburkannnya dengan cara yang amat mudah dan selamat. Kita tak perlu lagi khuatir emas yang kita simpan di rumah dicuri atau dirompak. Emas hanya dihujung jari anda! Apa yang lebih menarik, kini melalui Quantum Metal (QM), anda bukan sahaja boleh melabur dalam emas, t

Sinopsis Ceramah Ramadhan

Syukur pada Allah Yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa. Salawat dan salam kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Malam tadi telah berlangsung dengan jayanya program ceramah Perdana sempena sambutan Maal Hijrah di Masjid Al Hidayah, Sg Penchala Kuala Lumpur. Program dihadiri kira2 100 orang jamaah dari sekitar qariah Sg Penchala.

Ceramah berkisar tentang hijrah Nabi dan para sahabat dari Makkah Al Mukarramah ke Madinatul Munawarah atau Yathrib iaitu nama asal bagi Madinah. Penghijrahan Nabi dan sahabat bukan kerana ketakutan atau putus asa dengan penolakan kaun kafir Quraish, akan tetapi kerana perintah dari Allah s.w.t. Allah merancang untuk memberikan kemenangan kepada Nabi dan para sahabat di waktu itu melalui kaedah penghijrahan ini. Hijrah merupakan satu strategi untuk mengatur langkah dan menyusun kembali kekuatan ummat Islam pada ketika itu.

Penggabungan dua golongan muslimin dari kaum muhajirin dan ansar, ternyata membawa impak yang amat besar dalam kebangkitan ummat Islam. Dan akhirnya baginda dan para sahabat kembali ke Makkah al Mukarramah dengan keyakinan yang tinggi dengan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. dan Allah kurniakan kemenangan yang agung terhadap musuh-musuh Islam dengan fathu Makkah atau pembukaan kota Mekah.

Allah s.w.t menggambarkan kemenangan ini di dalam surah al Fath :”Apabila datang pertolongan Allah dan pembukaan (kota Makkah). Dan kamu melihat manusia memeluk ugama Allah secara berpuak-puak”. Inilah hasil pengorbanan yang telah dibuat oleh Nabi s.aw dan juga para sahabat sejak lebih dari 1400 yang lampau.

Kini kita tidak lagi dituntut untuk melakukan kaedah hijrah yang dilakukan oleh Nabi s.aw. dan para sahabat baginda. Namun kita tetap wajib berhijrah. Cuma cara hijrah sahaja yang berbeza. Kalau dahulu Nabi s.aw. dan para sahabat berhijrah secara fizikal, kita kini tidak lagi perlu berbuat demikian. Hijrah yang perlu kita lakukan hari ini ialah melalui kaedah hijrah yang bukan berbentuk fizikal. Dalam erti kata lain melakukan perubahan dalam diri kita, keluarga, masyarakat dan negara. Kita perlu merobah dan meningkatkan keimanan kita kepada Allah. Memperbaiki dan menambah amal ibadat seperti solat, puasa, bersedekah dan lain-lain. Kita juga wajib berhijrah dari hidup penuh kemaksiatan kepada satu kehidupan baru. Kehidupan yang dipenuhi dengan amal-amal soleh.

Diri yang baik tidak mencukupi jika keluarga tebiar tanpa pendidikan. Keluarga juga harus dididik menjad hamba-hamba Allah yang taat kepada Allah. Ibu bapa tidak seharusnya pentingkan diri sendiri dengan melakukan ibadat sedangkan anak-anak tidak dibimbing dan diajak untuk sama menyembah Allah yang Maha Esa. Apakah ibu bapa mahu memasuki syurga sedangkan anak-anak dibiar menjadi penghuni neraka?

Masyarakat juga harus berubah dan berhijrah. Anggota masyarakat perlu kembali kepada Ugama Allah dan ajaran-ajaran Islam. Jauhilah persengkertaan dan perbalahan. Eratkan silaturrahim dan persaudaraan. Ummat Islam hanya akan jadi kuat dan perkasa di kala mereka bersatu di dalam ukhuwwah Islamiah yang mantap. Bersatu teguh, bercerai roboh.

Negara juga perlu berubah. Kembali kepada syariat Islam dalam setiap aspek pentadbiran negara kerana tidak ada sistem pemerintahan dan pentadbiran yang lebih sempurna dan sistem ciptaan Allah diturunkan melalui wahyu kepada baginda s.a.w sejak sekian lama. Kekuatan ummat Islam terletak kepada sejauhmana mereka berpegang dengan ugama Allah. “Sekiranya kamu membantu Allah, pastinya Allah akan membantu kamu”.

Justeru, marilah kita sama berhijrah. Menukar corak kehidupan kita dari yang kurang baik kepada yang baik dan yang baik kepada yang lebih baik. Moga tahun hijrah 1432 ini membawa sinar baru dalam kehidupan diri dan keluarga kita, masyarakat dan juga negara. Ameen.

Wassalam

Ikhlas.

Ustaz Dr Nik Rahim Nik Wajis

1 Muharram 1432 h /7 Dis 2010

Gombak, Selangor

Comments

Popular posts from this blog

Faktor Penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W

BELI EMAS RM10 DI QUANTUM METAL? BIAR BETUL....

WAKAF EBOOK UNTUK DIMANFAATKAN OLEH SEMUA