Tuesday, April 5, 2016

~ KENAPA SAYA TIDAK JADI JUTAWAN? (PART 16)


CUT COST VS INCREASE INCOME

(Potong perbelanjaan Vs Tingkatkan Pendapatan)
Salam sahabat yang dikasihi. Moga berada di dalam rahmat dan perlindungan Allah sepanjang masa dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi cobaan hidup yang sungguh mencabar… Ameen!

Jika anda mendapat gaji bulanan sebanyak RM2,000 dan anda terpaksa membayar sewa  rumah sebanyak RM500, bayaran ansuran kereta RM400, bil air, api, internet, handphone sebanyak RM200, belanja dapur RM500, minyak kereta sebanyak RM200, tol RM100.00, dan belanja sekolah anak sebanyak RM100 maka anda telah menghabiskan keseluruhan gaji anda pada bulan itu. Kalau anda perhatikan perbelanjaan di atas, semuanya adalah keperluan yang tidak dapat tidak mesti anda belanjakan samada anda suka atau tidak. Mungkin jika anda benar-benar Ikhtiar, mungkin anda masih lagi mampu mengurangkan perbelanjaan tersebut. Sebagai contoh, bil air, api, internet dan handphone anda boleh mengurangkannya dengan mengurangkan penggunaanya. Cuma persoalannya, berapa banyak anda boleh jimatkan wang anda di sini?
Melihat kepada keperluan dan pendapatan anda – di atas kertas – anda memang TIDAK LAYAK jadi jutawan! Ya! Jauh panggang dari Api! Mungkin anda tidak setuju dengan saya, namun di atas kertas, di mana logiknya anda boleh jadi JUTAWAN?  Lupakanlah angan-angan kosong anda itu. Anda tidak lebih dari  Mat Jenin yang suka memanjat Pokok kelapa dan  barangan-angan suatu yang MUSTAHIL dicapainya. Akhirnya gedebom…jatuh ke tanah!
Namun begitu keadaan anda sebenarnya masih ada peluang untuk berubah dengan satu syarat – ANDA HARUS BERUBAH! Gaji dan pendapatan anda akan berubah jika anda berubah. Anda sudah tidak boleh ubah kehidupan anda dan keluarga. Makan, minum, tempat tinggal dan lain-lain adalah perkara Pokok yang tidak dapat tidak WAJIB anda tunaikan. Jika anda cuba lagi untuk berjimat nescaya anda akan membawa derita kepada keluarga anda dan pastinya anda tidak rela melakukan demikian.
Anda sekarang umpama berada di dalam lautan yang dalam. Anda tidak pandai berenang. Anda tahu ada jerung yang buas bersiap sedia untuk membaham anda. Apakah anda berdiam diri dan berserah pada takdir tanpa berusaha dan berikhtiar? Anda harus berusaha  sekuat tenaga untuk terus timbul di permukaan air, anda harus meraung meminta pertolongan selain berdoa kepada Allah, anda harus berfikir dan mencari jalan untuk menyelamatkan diri, anda harus ingat anak-anak comel dan isteri di rumah yang amat anda sayangi. Anda mesti yakin..anda mesti lakuakan segalanya untuk terus hidup!
Ya! Anda harus melakukan sesuatu. Anda mesti berusaha mencari jalan untuk menamatkan kemelut yang melanda keluarga. Anda harus bekerja lebih kuat dan lebih tekun supaya anda nanti mungkin akan dinaikkan pangkat dan seterusnya dinaikkan gaji. Anda harus bekerja lebih masa. Anda wajib mencari kerja sambilan. Jangan sekali-kali anda memberi berbagai alasan untuk tidak berusaha dan berikhtiar.



Wassalam – Bersambung…..

“Saya mahu anda jadi Jutawan dengan tips yang saya kongsikan.”

Artikel ini boleh juga anda baca di ~ www.drnikrahim.com ~
‘JANGAN JADI SEPERTI SAYA!”
~ Ikhlas~
Ust Dr Nik Rahim Abu Umair Al-Nikmy
Nilai, Negeri Sembilan
Khamis 24 Mac 2016 / 15 Jamadil Akhir 1437

#Kenapasayatidakjadijutawan
#jutawanmuslim
#jutawanmukmin
#sharingiscaring – jika anda merasakan bahawa perkongsian ini bermanfaat, kenapa tidak anda share dengan sahabat-sahabat anda yang lain agar mereka juga beroleh manafaat yang sama.

No comments:

Post a Comment