Tuesday, April 5, 2016

KENAPA SAYA TIDAK JADI JUTAWAN? (PART 18)


PASSION VS HOBBY
Dalam siri yang lalu saya cadangkan supaya mereka yang tidak puas hati dengan gaji yang mereka perolehi atau tidak puas hati dengan layanan majikan mereka, maka mereka amat digalakkan untuk berhenti dan melibatkan diri dalam perniagaan. 
Saya dah kerja lebih 20 tahun. Tapi saya lebih seronok buat bisnes walaupun dalam bisnes saya belum lagi memperolehi pendapatan yang lumayan. Berbanding bekerja walapun mendapatkan pendapatan bulanan yang boleh dikatakan agak tinggi juga berbanding mereka yang lebih rendah daripada saya, jiwa saya memang di dalam bisnes. Saya selalu kongsikan ide ini dengan para pelajar saya. " Bussiness is my passion, teaching is my hobby". Mungkin ada yang mempersoalkan komitmen saya dalam kerja sebagai pensyarah. Boleh ker saya perform dalam kerja sebagai pensyarah kalau saya hanya letakkan tugasan hakiki saya sebagai pensyarah hanya sebagai "hobby" dan bulan passion? 
Untuk menjawab persoalan ini saya berani mengatakan bahawa ia sedikitpun tidak menjejaskan performance saya. Saya amat serius semasa mengajar. Bahkan amat serius dalam mendisiplinkan para pelajar saya. Punctuality adalah asas dalam kelas saya. Student yang lambat hadir, saya kunci pintu dan tak benarkan mereka masuk. Saya masih ingat semasa mengajar di Brunei sekitar tahun 1999-2005 saya kunci pintu bila se orang pelajar perempuan yang merupakan se orang peguam menangis teresak-esak kerana tidak dapat masuk kelas. Pada masa itu saya mengajar subjek Undang-Undang Jenayah Islam bagi kursus Diploma in Islamic Law and Practice (DILP). 
Selain tidak membenarkan pelajar memasuki kelas jika terlambat saya juga wajibkan setiap pelajar study subjek saya selama sekurang-kurangya 3 jam sebelum memasuki kelas saya. Saya pernah minta lebih 80 pelajar dari 120 pelajar keluar dari lecture hall kerana gagal mencukupkan masa membaca selama 3 jam. Tapi saya bersyukur kerana selepas itu saya tidak lagi melakukan demikian kerana semua pelajar mulai faham tanggungjawab mereka. 
Saya juga aktif dalam penyelidikan dan sering juga membentangkan kertas kerja di dalam dan luar negara termasuk Pakistan, Bangladesh dan yang terbaru Turkey.
Semua ini adalah bukti betapa saya amat mengambil berat dengan kerja saya meskipun bagi saya "mengajar adalah my Hobby". 
Jika anda ada satu-satu hobby adakah anda buat secara sambil lewa? Bagi saya tidak. Hobby adalah suatu yang kita minati. Orang yang minat motor besar sebagai contoh sanggup menabung bertahun-tahun lamannya semata-mata untuk membeli motor tersebut. Orang yang minat mendaki akan sanggup keluarkan belanja besar untuk membeli peralatan mendaki. Orang yang suka menanam bunga akan sanggup laburkan wang ribuan ringgit hanya kerana membeli bunga yang menjadi kegilaannya. Ertinya hobby tidak menjadikan anda "less serious" tentang apa yang anda lakukan.
Manakala passion bermaksud suatu yang anda amat minati. Ia seakan sebati dengan jiwa anda. Ke mana anda pergi anda sentiasa terfikir-fikir tentangnya. Anda juga amat serius berusaha merealisasikan apa passion yang anda miliki.
Dalam kes saya, jika saya diberi peluang membuat pilihan, saya pasti akan memilih perniagaan sebagai my top priority. Sebab jiwa saya memang dalam perniagaan. Kenapa saya memilih perniagaan? Banyak sebab sebenarnya. 
Pertama, kerana amat yakin bahawa rezeki itu 9/10 terletak dalam perniagaan seperti yang disebut oleh Nabi s.a.w. Saya tak mahu terus menerus mengejar yang 1/9 seperti sekarang ini. Kenapa harus mengejar yang kecil kalau kita ada yang lebih besar?
Kedua, berdasarkan pengamatan saya, makan gaji, pendapatannya amat terhad sedangkan dalam perniagaan, pendapatannya adalah unlimited.
Ketiga, kebebasan. Saya suka kebebasan. Saya tidak selesa dikongkong. Saya mahu buat suatu yang saya suka bila-bila saya suka melakukannya. Saya mahu bercuti semasa saya rasa saya mahu bercuti bukan bila boss kata saya boleh bercuti.
Keempat, saya suka cabaran. Cabaran menjadikan saya lebih kuat dan memberi saya satu kepuasan bila berjaya mencapai sesuatu matlamat yang saya tetapkan.
Wassalam – Bersambung…..
“Saya mahu anda jadi Jutawan dengan tips yang saya kongsikan.”
Artikel ini boleh juga anda baca di
~JANGAN JADI SEPERTI SAYA!”
~ Ikhlas~
Ust Dr Nik Rahim Abu Umair Al-Nikmy
Kg Penanjong Tutong Brunei Darussalam
Jumaat 26 Mac 2016 / 17Jamadil Akhir 1437
#Kenapasayatidakjadijutawan
#jutawanmuslim
#jutawanmukmin
#sharingiscaring – jika anda merasakan bahawa perkongsian ini bermanfaat, kenapa tidak anda share dengan sahabat-sahabat anda yang lain agar mereka juga beroleh manafaat yang sama.
(Sertai Contest - KENAPA SAYA TIDAK JADI JUTAWAN - mulai hari ini dan siri-siri akan datang. Apa yang perlu anda buat? mudah sahaja.
Pertama: Hanya beri komen sebanyak dua patah perkataan sahaja bagi setiap siri tulisan saya.
Kedua: jawab soalan yang dikemukakan (jika ada).
Pemenang akan dipilih berdasarkan komen yang diberikan pada setiap siri. Hanya satu komen dibernarkan pada setiap siri) dan jawapan tepat yang diberikan. 
Sebanyak 10 buah buku - KENAPA SAYA TIDAK JADI JUTAWAN - disediakan bagi contest ini.
Selamat mencuba!

1 comment:

Featured Post

BENARKAH EMAS ADALAH PELABURAN TERBAIK SEPANJANG ZAMAN?

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera sahabat semua.  Emas seperti yang kita ketahui adalah logam yang amat tinggi nilainya. Jadi tidak ...