Tuesday, April 5, 2016

~ KENAPA SAYA TIDAK JADI JUTAWAN? (PART 23)



Al KISAH BERSAMA TOP BUSINESS  LEADERS

Kita selalu dengar orang cakap “leadership by example” atau “Kepimpinan Melalui Teladan”. Bagi kita, sebagai umat Islam, pastinya Nabi Muhammad s.a.w adalah teladan yang terbaik. Nabi adalah ‘the best Role Model” dalam pelbagai sudut. Baginda se orang yang sangat penyayang, lemah lembut dengan para sahabat dan keluarga baginda, bahkan berlemah lembut dengan mereka yang memusuhi baginda. Dalam satu kisah, se orang wanita Yahudi telah meletakkan racun ke dalam makanan Nabi s.a.w. Namun dengan mukjizat yang dikurniakan Allah kepada baginda, baginda dapat mengetahui bahawa makanan tersebut telah diletakkan racun apabila makanan itu sendiri berkata-kata. Nabi s.a.w memerintahkan para sahabat baginda untuk mencari siapakah yang meletakkan racun  tersebut. Setelah dibuat penyiasatan akhirnya mereka menjumpai individu tersebut iaitu se orang wanita Yahudi. Baginda s.a.w bertanya kepada wanita Yahudi tersebut tentang sebab kenapa beliau meletakkan racun ke dalam makanan Nabi, lalu wanita itu berkata bahawa beliau ingin menguji apakah Nabi s.a.w adalah Rasul yang benar atau hanya mereka-reka cerita sahaja. Ini kerana jika Nabi adalah Nabi yang sebenar, maka pasti Nabi  tidak akan makan makan tersebut. Nabi kemudiannya membebaskan wanita tersebut tanpa sebarang hukuman.
Dalam kita melayari bahtera kehidupan yang serba mencabar ini, kita perlukan mereka yang lebih pakar dan lebih berpengalaman untuk memimpin dan membawa kita ke pulau idaman. Saya sentiasa mencari mereka yang lebih hebat dan lebih bagus dari saya untuk dijadikan mentor. Kalau sama macam saya baik tak payah! Kerana saya mempunyai keyakinan bahawa jika kita meraba-raba dalam kegelapan, maka amat sukar untuk kita temui destinasi yang hendak kita tuju. Orang yang sesat tidak boleh menunjukkan jalan yang betul kepada orang lain!
Saya masih teringat kata-kata salah se orang leader dan mentor saya; En Danial Morgan Abdullah, se orang revert yang merupakan top leader pada masa saya menyertai etiqa takaful buat kali pertama sekitar tahun 2004, “Untuk berjaya Dr Nik, kita perlu se orang mentor yang menunjukkan jalan dan cara bagaimana untuk kita berjaya. Tanpa mentor kita pastinya akan menemui kegagalan. Bisnes ni bukan boleh try and error, kita kena jelas matlamat dan tahu arah yang kita hendak tuju.”
Justeru kita perlukan  pemimpin atau mentor. Pemimpin dan mentor yang akan menunjukkan jalan yang lurus kepada kita dan sebagai se orang murid atau mentee, tugas dan tanggungjawab kita adalah mengikut nasihat mereka tanpa banyak soal. Macam copy and Paste! Mengikut bukan bermaksud dengan secara semberono sahaja, tetapi disertai dengan dengan garis panduan agama. Leaders atau pemimpin mempunyai pendekatan yang berbeza-beza. Ada leader yang setiap kerlipan matanya yang nampak adalah ‘fulus’ dan wang semata-mata. Ada yang memberi penekanan kepada kedua-dua aspek; duit dan aspek-aspek keakhiratan. Jadi kita kena pilih mentor yang boleh memberi guidance kepada kepada kita untuk menuju kejayaan duniawi dan ukhrawi.
Dalam sejarah penglibatan saya dengan berbagai bisnes saya memang cari TOP LEADERS. Pencarian top leaders dalam bisnes bermula bila saya mula bergerak secara independent dari kekanda saya Poknik. Sebelum itu, saya sentiasa dibayangi oleh bayangan Poknik  kerana beliau adalah the only leader yang saya ada dan saya banyak belajar dari beliau,  namun setelah  bergerak secara bersendirian saya perlu mencari se orang leader atau THE BEST PERSON  IN THE BUSINESS yang hendak saya ceburi.
Pencarian the best leader bermula sekitar tahun 2004 semasa saya telahpun memulakan bisnes bersama Etiqa takaful di bawah leadership En Danial. Saya rasa amat bertuah kerana walaupun saya sendiri tidak mencari En Danial, tetapi saya diperkenalkan oleh kekanda saya yang sebelum ini telah pun terlebih dahulu mengenali En Danial dan telahpun menyertai Etiqa Takaful. Kerana saya akui En Danial adalah se orang leader dan mentor yang ‘superb’ walaupun kadangkala caranya agak kasar dan ‘menyakitkan hati’ dalam pendekatannya. Saya masih ingat semasa beliau mengendalikan satu sesi training untuk agen-agen takaful saya di Miri, beliau dengan kasar bertanya kepada salah se orang agen saya Norazmi (sekarang Puan Norazmi yang bertugas di Sepang), “Bapak awak kaya ker? Bapak awak jutawan ker? Berapa ribu gaji bapak awak? Berapa kali bapak awak bawa awak pegi holiday?” fuh, saya yang duduk di belakang Puan Norazmi dapat melihat, merah padam muka beliau. “Kalau bapak awak miskin, bapak awak tak ada duit, awak kenalah kerja keras. Jangan jadi pemalas. Awak kena ubah nasib keluarga awak. Kalau tidak awak akan jadi papa kedana sepanjang hayat.” Allahu akbar! Memang kasar cara En Danial memberi motivasi. Memang menikam dalam ke jantung hati. Tapi ternyata ianya memberi kesan yang amat mendalam dalam diri kami semua.
Saya kira En Danial adalah mentor pertama saya yang banyak sekali ilmu yang saya kutip dari beliau. Semasa berada di dalam etiqa takaful, saya tiba-tiba terfikir untuk mempelbagaikan perniagaan saya dalam perancangan kewangan Islam dan merasakan saya perlu menjadi agen Unit Trust bagi melengkapkan produk takaful. Dalam saya mencari-cari syarikat mana yang paling baik untuk saya sertai, saya terlihat suatu hari se orang wanita hebat di television. Beliau adalah Dr Niki Syuhada. Saya pasti ramai yang mengenali beliau yang juga merupakan se orang personaliti television yang banyak membuat perkongsian tentang penglibatan beliau dalam perniagaan. Pada masa itu beliau adalah top leader dalam sebuah syarikat Unit Trust. Dalam program yang ditayangkan di TV 3 sekitar tahun 2005, Dr Niki Syuhada digambarkan sebagai se orang usahawan wanita yang amat berjaya dalam perniagaan unit trust dan sudah menikmati pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan. Dalam rancangan tersebut beliau  memandu kereta Jaguar dan memiliki rumah mewah bernilai jutaan ringgit. “Wah! boleh jadi leader saya  ni” bisik hati saya.
Keesokan harinya, saya mencari telefon beliau dan membuat temujanji. Alhamdulillah dua minggu selepas itu saya berpeluang menemui beliau di pejabatnya di Wangsa Maju. Saya amat  teruja bertemu dengan se orang leader, se orang mentor dan se orang jutawan. “Pastinya jalan saya untuk menjadi jutawan juga akan termakbul insya Allah”, bisik saya dalam hati. Perasan ingin berjaya seperti Dr Niki memang membuak-buak dalam diri saya. Setelah diberi penerangan, saya membuat keputusan untuk menyertai beliau sebagai agen Unit Trust.
Semasa membuat persetujuan menyertai team Dr Niki sebagai agen unit trust saya masih bergerak aktif sebagai agen takaful. Entah macamana boleh tersilap, suatu hari saya terhantar satu pesanan ringkas untuk mengajak beliau membeli produk takaful. Sebenarnya message tersebut memang saya hantar kepada ramai orang dan salah satunya terhantar kepada beliau. Kebetulan pada masa tersebut beliau berada di tanah suci Mekah kerana menunaikan umrah. “Nanti saya balik, kita discuss. Saya sekarang di Mekah buat umrah”. Ringkas saja jawapan dari beliau. Saya duduk barangan-angan. Wah! Kalau jutawan macam Dr Niki yang beli produk takaful saya, pastinya besar ni komisyennya.” Bisik saya penuh harapan.
Dua minggu selepas menerima message beliau dari Mekah, saya menerima satu pesanan ringkas dari beliau supaya datang menemuinya di pejabatnya. Semasa saya menerima SMS beliau, saya kebetulan agak free dan bersetuju untuk menemui beliau sekali lagi di pejabatnya di Wangsa Maju. Setelah bertanya khabar dan bercerita tentang keterujaan beliau kerana dapat mengerjakan umrah di Mekah dan menziarahi makam Nabi s.a.w, Dr Niki bertanya kepada saya. “Dr Nik, I  nak you terangkan pada I, you nak buat bisnes yang mana satu sebenarnya? Takaful you buat, Unit Trust pun you nak buat?”. “Ya Allah! Lain macam jer soalan Dr Niki ni? Ingat nak tanya pasal produk takaful…!” rungut saya dalam hati. “I nak buat dua-dua” jawab saya spontan. “No!, you tak boleh buat dua-dua. You kena pilih salah satu”, kata Dr Niki dengan suara yang agak tegas tapi lembut. “Aduhai! Macamana ni?” otak saya mula mencongak. Kalau macam ni gayanya, memang saya tidak ada pilihan. Mesti pilih salah satu. “Oklah Dr, kalau you dah decide I kena pilih salah satu dan I tak boleh buat dua-dua bisnes serentak, I tak ada pilihan. I akan terus dengan etiqa. Lagipun I pun dah ada income dalam etiqa.” Jawab saya penuh yakin. Bukan saya tidak mahu melakukan bisnes dalam unit trust, tetapi meninggalkan suatu yang dah pun saya mulakan dan telahpun terbukti memberikan sedikit sebanyak hasil walaupun tidak sebesar mana,  bagi saya suatu yang kurang bijak!
Saya tidak menyesal kerana meninggalkan peluang bisnes dalam unit trust, kerana saya masih ada takaful. Cuma saya agak sedikit terkilan kerana saya diberi kata putus demikian. Namun setelah meneliti kata-kata Dr Niki, saya akur akan kebenaran kata-katanya. “You tak boleh berjaya kalau you tak fokus. Macam I, dan bertahun-tahun buat bisnes ni dan alhamdulillah I dah berjaya sekarang. Dan I pun nak you berjaya”. Masih jelas kedengaran suara Dr Niki bergiang-giang di dalam fikiran saya.
Memang benar. Dalam bisnes, bahkan dalam apa-apa pekerjaan yang kita lakukan, kita mesti memberi perhatian dan fokus. Jika tidak amat sukar untuk kita meraih kejayaan.
Terima Kasih Dr Niki Shuhada kerana sudi menjadikan saya ‘anak murid’ anda walaupun hanya seketika!

Wassalam – Bersambung…..
“Saya mahu anda jadi Jutawan dengan tips yang saya kongsikan.”
Artikel ini boleh juga anda baca di
~JANGAN JADI SEPERTI SAYA!”
~ Ikhlas~
Ust Dr Nik Rahim Abu Umair Al-Nikmy
USIM, Nilai, Negeri Sembilan
Khamis   31 Mac 2016 / 22 Jamadil Akhir 1437

#Kenapasayatidakjadijutawan
#jutawanmuslim
#jutawanmukmin
#sharingiscaring – jika anda merasakan bahawa perkongsian ini bermanfaat, kenapa tidak anda share dengan sahabat-sahabat anda yang lain agar mereka juga beroleh manafaat yang sama.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

BENARKAH EMAS ADALAH PELABURAN TERBAIK SEPANJANG ZAMAN?

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera sahabat semua.  Emas seperti yang kita ketahui adalah logam yang amat tinggi nilainya. Jadi tidak ...