Tuesday, April 5, 2016

~ KENAPA SAYA TIDAK JADI JUTAWAN? (PART 19)


PART TIME VS FULL TIME BUSINESS
Salam sahabat yang dikasihi. Moga berada di dalam rahmat dan perlindungan Allah sepanjang masa dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi cobaan hidup yang sungguh mencabar… Ameen!
Dalam siri yang lalu saya menggalakkan anda berniaga bahkan saya cadangkan kepada anda supaya berhenti kerja dan membuat perniagaan sepenuh masa. Saya pernah duduk berbincang dengan se orang sahabat. Melihat kepada rumah beliau dan kenderaan yang beliau guna saya yakin dia adalah seorang kontraktor yang berjaya dan betaraf “jutawan”. Beliau berkata kepada saya “ Dr Nik, kalau you nak berjaya dalam bisness you kena terjun kedua-dua belah kaki. Kalau you terjun sebelah kaki dalam bisnes dan satu lagi dalam bidang kerja, you memang tak akan beroleh kejayaan yang besar.” Saya mengangguk-angukkan kepada tanda setuju. Sebab setakat ini saya masih belum bertemu dengan orang yang benar-benar berjaya dalam mana-mana bisnes samada konvensional atau MLM yang melakukan perniagaan secara “Part time”. Mengikut pengalaman saya dan ramai sahabat saya, part time adalah kaedah terbaik untuk memulakan perniagaan. Kerana kalau anda terjun kedua-dua belah kaki dalam perniagaan sedangkan anda tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup maka anda menempah ‘bala’ kerana jila ditakdirkan bisnes anda “golong tikar’ anda akan merana sepanjang hidup. 
Maksud sumber kewangan yang cukup ialah perbelanjaan asas anda dan keluarga selama kira-kira 6 bulan hingga ke setahun. Ertinya jika Anda Ingin melakukan bisnes secara sepenuh masa maka anda perlu ada antara RM12,000-RM24,000 jika perbelanjaan asas anda hanya RM2,000 sebulan! jumlah ini tidak termasuk kos-kos yang terpaksa dikeluarkan untuk tujuan bisnes seperti pengiklanan, pembelian peralatan, bayaran gaji pekerja dan lain-lain.
Justeru, mulakan bisnes secara partime dahulu untuk beberapa ketika sehingga anda dapat melihat potensi diri anda yang sebenar serta potensi bisnes samada ianya mempunyai peluang besar untuk maju atau seblinnya. Jika anda benar-benar yakin bisnes anda berpotensi tinggi dan kerja anda sekarang mengganggu anda untuk terus kembangkan pendapatan anda dengan lebih besar lagi, maka saat ini anda sememangnya patut melakukannya secara sepenuh masa. Anda boleh berhenti kerja apabila income anda mencecah sama atau lebih tinggi darin gaji kerja anda anda lakukan sekarang. Kerana jika anda berhenti sebelum sampai ke tahap itu maka anda terpaksa mengorbankan banyak perkara dan mungkin bajet kewangan famili anda juga turut terjejas.
Bila sebut “part time” bukan bermaksud anda melakukan secata main-main atau suka-suka atau melakukannya secara sambil lewa atau hanya sekadar mahu menghabiskan masa. Anda harus lakukannya secara serius sama seriusnya degan kerja harian yang anda lakukan. Anda juga harus ada target yang perlu anda capai setiap bulan. Anda harus merancang bagaimana mahu memajukan bisnes anda pada setiap bulan. Rancang strategi pemasaran. Rancang masa untuk bertemu pelanggan. Rancang dari sudut kewangan. Rancang prospek bisnes. Ikuti kursus dalam perniagaan yang anda ceburi. Sebab anda perlu persiapkan diri sebaik mungkin sebelum menceburkan diri dalam perniagaan kerana alam perniagaan adalah jauh lebih mencabar berbanding bidang pekerjaan. 
Sebab itu tidak hairan kenapa Nabi s.a.w bersabda rezeki itu 9/10 terletak dalam perniagaan. Ini kerana perniagaan perlukanusaha yang lebih gigih. Cabarannya pula lebih hebat berbanding makan gaji. Sebab itu pulangannya juga jauh lebih besar dari bidang pekerjaan.
Mentor saya dalam bisnes yang saya ceburi sekarang selau berpesan kepada saya, “Dr Nik, kalau you betul-betul nak berjaya dalam bisnes ni you kena work out jadual you dalam masa 24 jam. You kena spend masa at least 20 jam seminggu. You pasti akan dapat tengok resultnya dalam hanya beberapa bulan”. Saya cuma mampu menganggukkan kepala sebab dah berapa kali saya cuba tapi ternyata saya masih belum mampu untuk melakukannya meskipun jadual dan terpampang di depan mata! Sebab tu lah sampai sekarang saya masih belum berjaya dan bisnes saya. Ini kerana s aya memang tidak boleh memberikan masa yang sepatutnya dalam bisnes kerana kekangan masa bekerja. Hampir setiap hari saya pulang ke rumah sekitar jam 10.00 malam kerana terlalu banyak kerja yang perlu dibereskan. Selain dari menyia-kan kerja-kerja rasmi sebagai pensyarah saya juga terpaksa membuat research dan lain-lainnya.
Jka anda belum lagi mempunyai sebarang bisnes anda harus mulakan sekarang dan letakkan target dam masa setahun atau dua tahun lagi anda akan jadi se orang peniaga sepenuh masa. Buatlah secara teratur dan rancang dengan sebaiknya. Mulakan perniagaan dengan cara kecil-kecilan terlebih dahulu. Biar kecil tetapi istiqamah membawa keuntungan kepada anda. Jangan jadi seperti saya. Terlalu ghairah untuk mempunyai bisnes besar dalam masa yang singkat dan akhirnya lingkup.
Pada tahun 200-2007 sebaik saya keluar dari Brunei setelah gagal untuk terus bekerja dan bermastautin di sana saya transi di Miri, Sarawak. Sebenarnya saya tidak mempunyai perncangan yang jelas untuk memulakan perniagaan. Saya lakukan perniagaan pada masa itu hanya sekadar mengisi masa kerana matlamat sebenar saya adalah untuk kembali bekerja di Brunei. Ini saya kira antara punca utama kenapa saya tidak berjaya dalam bisnes yang saya ceburi – tiada perancangan rapi.
Faktor kedua kegagalan saya adalah “kegelojohan” . Memang tabiat dan habit buruk saya – agak gelojoh dan kurang sabar. Senmanya nak cepat. Kalau berniaga mahu “gah” dan terus besar. Mahu ofis. Mahu ada signboard besar. Mahu staf yang ramai. Mahu ofis lengkap dengan segala keperluan.
Maka bermulalah “Unplanned business” saya di Miri. Saya sewa sebuah pejabat di satu kawasan commmercial yang terletak tidak berapa jauh dari Boulevard shopping centre. Saya rekrut seramai 5 orang staf untuk membuat sales produk takaful dan wasiat. Produk takaful dari etiqa dan wasiat dari Amanah Raya. Akibat dari tiadanya perancangan, kurangnya pengalaman, modal yang terhad di tambah pula dengan kos tambahan dari satu lagi cawangan yaag saya buka di Kuala Lumpur, akhirnya setelah 2 tahun menanti jawapan akhirnya saya mendapat jawapan bahawa permohonan kerja di Brunei ‘Gagal’.
Oleh sebab itu maka saya membuat keputusan untuk kembali ke Kuala Lumpur. Dengan itu tamatlah riwayat ‘bisnes’ yang saya bina di Miri secara rasminya. Tidak lama selepas itu, pejabat saya di Kuala Lumpur juga turut terpaksa di tutup. Dalam tempoh dua tahun berniaga saya buat hutang ‘ puluhan ribu ringgit’ yang sehigga kini masih terpaksa saya tanggung. Tapi syukur kepada Allah...kerana saya meminjam dari beberapa sahabat baik dan mereka menerima bayaran secara ansuran!
Memang saya ‘GAGAL, dalam bisnes yang saya ceburi selama 2 tahun secara sepenuh masa tapi saya ‘BERJAYA’ memperolehi satu pengalaman dan ilmu yang amat berharga untuk saya bina kembali empayar bisnes saya di masa akan datang di samping dapat berkongsi dengan sahabat semua tentang pengalaman berharga saya. Sungguh! Saya tidak pernah menyesal!
Wassalam – Bersambung…..
“Saya mahu anda jadi Jutawan dengan tips yang saya kongsikan.”
Artikel ini boleh juga anda baca di
~JANGAN JADI SEPERTI SAYA!”
~ Ikhlas~
Ust Dr Nik Rahim Abu Umair Al-Nikmy
Kg Penanjong Tutong Brunei Darussalam
Ahad 7 Mac 2016 / 18 Jamadil Akhir 1437
#Kenapasayatidakjadijutawan
#jutawanmuslim
#jutawanmukmin
#sharingiscaring – jika anda merasakan bahawa perkongsian ini bermanfaat, kenapa tidak anda share dengan sahabat-sahabat anda yang lain agar mereka juga beroleh manafaat yang sama.
(Sertai Contest - KENAPA SAYA TIDAK JADI JUTAWAN - mulai hari ini dan siri-siri akan datang. Apa yang perlu anda buat? mudah sahaja.
Pertama: Hanya beri komen sebanyak dua patah perkataan sahaja bagi setiap siri tulisan saya.
Kedua: jawab soalan yang dikemukakan (jika ada).
Pemenang akan dipilih berdasarkan komen yang diberikan pada setiap siri. Hanya satu komen dibernarkan pada setiap siri) dan jawapan tepat yang diberikan. 
Sebanyak 10 buah buku - KENAPA SAYA TIDAK JADI JUTAWAN - disediakan bagi contest ini.
Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Featured Post

BENARKAH EMAS ADALAH PELABURAN TERBAIK SEPANJANG ZAMAN?

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera sahabat semua.  Emas seperti yang kita ketahui adalah logam yang amat tinggi nilainya. Jadi tidak ...