Tuesday, April 5, 2016

~ KENAPA SAYA TIDAK JADI JUTAWAN? (PART 22)


AL KISAH JUTAWAN MUSANG BERBULU AYAM
Salam sahabat yang dikasihi. Moga berada di dalam rahmat dan perlindungan Allah sepanjang masa dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi cobaan hidup yang sungguh mencabar… Ameen!

Dalam siri ke 22 ini, saya akan berkongsi dengan para pembaca semua tentang kisah saya dengan se orang jutawan yang amat saya hormati pada awal pekenalan kami. Beliau adalah Datuk M. Saya mengenali beliau  melalui se orang sahabat baik. Se orang pensyarah Bahasa Arab di sebuah universiti  tempatan. Kami sama-sama belajar di Mesir. Beliau mengambil bidang Bahasa Arab manakala saya pula mengambil bidang Syariah. Hubungan antara kami masih akrab seperti dulu meskipun apa yang berlaku benar-benar memeberi kesan yang mendalam kepada saya.
Melihat kepada karakter luar jutawan ini, saya langsung tidak menyangka dia sanggup melayan saya sebegitu rupa. Secara luaran beliau se orang yang agak friendly dan amat pemurah walaupun gaya berpakaian dan cara bercakap memang tak boleh dipisahkan dari terbawa-bawa dengan cara orang kaya. Mungkin beliau  dah lama  hidup dalam kekayaan, sukar untuk menuakr gaya tersbeut walaupun di mana dia  berada.
Semasa mengenali beliau, saya sudahpun mempunyai perniagaan sendiri sekitar tahun 2008 setelah pulang ke Kuala Lumpur dari Miri. Saya menutup syarikat saya di Miri dan meneruskan perniagaan dalam bidang perancangan kewangan Islam di sekitar Daerah Gombak dengan menumpukan kepada pemsarana produk etiqa takaful dan wasiat dari Amanah Raya. Dalam keadaan bisnes yang agak merudum dan keadaan kewangan saya yang agak meruncing ketika itu,  tiba-tiba saya dipertemukan oleh Allah dengan insan ini. Bagi saya insan ini adalah PENYELAMAT kepada kekalutan dan kegawatan kewangan saya ketika itu.
Kami banyak berbicang berbagai –bagai isu dan peluang dalam perniagaan. Saya tidak tahu apa yang sebenarnya bermain di kepala beliau sehingga satu hari dia menawarkan saya untuk menjadi rakan kongsinya dalam satu business venture yang belum ditentukan. “Dr Nik, saya ada modal dan say bersedia ambil you jadi my partner. You boleh propose apa juga business yang you fikir boleh buat duit”. Simple dan straight forward saja ayantnya. Saya agak tergamam kerana sebelum ini tidak pernah terfikir untuk saya mendapat peleuang sebgini. Bagi say sukuplah penglaman-pengalaamn yang lalu mengajar saya agat lebih behati-hati. Saya tidak mahu jatuh ke dalam lubang biawak lebih dari sekali. Ini adalah pesan Nabi s.a.w. Saya berfikiri seketika kerana agak terkejut dnegan tawaran tersebut. “Betul ke Datuk? Bukan apa, saya pun bukanlah expert sangat dalam bisnes ni. Yang ada ni pun hidup segan mati tak mau jer” jawab saya untuk menguji sejauh mana kesungguhan dan kepercayaan beliau kepada saya. “I am serious Dr, tapi you kena buat prosal dahulu. Nanti I tengok. Kalau I rasa ok, kita on!” wah! Serious nampaknya Datuk ni bisik saya dalam hati. “Oklah Datuk, kalau macam tu bagi saya masa dalam seminggu untuk menyediakan  proposal. Nanti bila dah siap, saya hubunghi Datuk.” Jawab saya penuh semangat. Sebaik usai perbincangan kami di sebuah restoran Nasi Kandar di sekitar Taman Sri Gombak, Datuk M meminta diri dan berlalu pergi menaiki kereta mewah BMW 5 series.
Saya merasa amat bersyukur kepada Allah kerana dipertemukan dengan semulia Datuk M ini. Otak saya mula ligat berfikir. Saya perlu mendapatkan pandangan kawan-kawan saya yang sudah lama berkecimpung dalam bidang bisnes. Saya teringat sahabat saya yang memperkenalkan saya dengan Datuk M. Lalu saya membuat temujanji untuk bertemu dnegan beliau. Ustaz Mohd (bukan nama sebenar) bukan sahaja sahabat lama saya semasa belajar di Mesir tapi juga adalah salah se orang dari team saya dalam perniagaan MLM. Apa sahaja bisnes baru yang saya jumpa, saya tidak akan lupakan ebliau. Sama juga keadaanya kalau belaiu berjumpa dengan bisnes yang bagus, pasti sayalah orang pertama yang beliau hubungi. Kami sama-sama berbisnes dan sama-sama gagal!..setakat ini tiada lagi bisnes yang kami buat secara bersama mencatatkan kejayaan. Namun begitu, sebagai sahabat baik kepada belaiu, saya tidak pernah serik untuk mencuba setiap kali ada peluang tiba.
“Ya Habibi, apa khabar enta? Ana ada khabar gembira. Jom kita jumpa kejap. Ana ada benda nak bincang. Enta free tak sekarang?” Memang kami rapat. Cuma kerana jarak jauh antara kami, menyebabkan kami jarang bertemu. Setiap kali saya call dia memang saya panggil dia ‘habibi’. “Ok ya habibi..ana free sekarang. Kita jumpa area Sri Gombak ok?”. Setiap menunggu lebih kurang 45 minit, Ustaz Mohd muncul. Seperti biasa wajahnya sememangnya berseri-seri setiap kali kita bertemu. Memang hubungan kita adalah berasaskan cinta kerana Allah. Kami betemu dan berpisah kerana Allah. Bisnes hanyalah salah satu agenda dalam mengeratkan hubungan ukhuwah antara kami. Saya sambut beliau dengan penuh kasih sayang. Kami berpelukan penuh keihlasan. Terasa mengalir dalam tubuh aura ukhuwah antara kami. Satu perasan yang sukar digambarkan.
“Apa berita baik yang enta nak cerita ya syeikh? Tanya beliau seakan tidak sabar nak tau apa sebenarnya sebab saya memanggil beliau secara agak tergesa-gesa. “Gini akhi, ana baru semalam jumpa jumpa Datuk M. Beliau tawarkan ana untuk jadi partner dia. Cuma dia mintak proposal. Ana pun ‘blur’ tak tau bisnes apa nak buat.” Jawab saya membuka bicara. “Wah! Ni sudah bagus”,  balas Ust Mohd penuh ceria seperti biasa.  Kami berbincang lebih kurang dua jam tanpa menghiraukan orang-orang keliling yang kadangkala tersenyum melihat gelagat kami kerana perbualan kami kadangkala diselangi denagn Bahasa Arab ‘Ammi Mesir. Perbincnagan kami sebenarnya tidak membuahkan hasil yang diharapkan. Masih belum ada kata putus, apakah bisnes yang hendak kami ceburi. Cuma ada beberapa perkara yang dapat kami simpulkan dari perbicnagan tersbeut anatranya:
Pertama, Ust Mohd secara rasmi menerima tawaran untuk membantu saya dalam bisnes yang bakal diceburi nanti. Saya offer beliau untuk menjadi salah se orang dari Board od Directors (BOD) dalam syarikat yang bakal ditubuhkan nanti. Namun belaiu menolak dengan baik. “Tak beranilah syeikh untuk amik rsikio. Ana pun masih kerja”. Saya pun tidak mahu mendesak. Bagi saya kesanggupan beliau untuk membantu saya sudah lebih dari mencukupi.
Oleh kerana Ust Mohd menolak tawaran saya untuk menjadi BOD dalam syarikat yang bakal ditubuhkan dan sekaligus menjadi ahli dalam  team saya, maka saya terpaksa cari se seorang yang mampu memikul tanggungjawab dan amanah ini. Saya teringat se orang sahabat lama saya, En Yahya (bukan nama sebenar). Kami pernah sama-sama berada dalam satu company MLM tidak lama sebelum itu. Saya lantas menghubungi beliau untuk bertemu dan berbicang tentang projek bisnes yang bakal diceburi. Alhamdulillah, beliau setuju untuk datang ke pejabat saya di Gombak. Saya juga turut Menjemput sahabat saya Ust Mohd untuk hadir sama. Syukur…segalanya dipermudahkan Allah. Sambil menghirup the bujang di pejabat saya, kami memulakan perbicangan. En Yahya dengan senang hati menerima pelawan saya untuk menjadi BOD dalam syarikat akan ditubuhkan nanti.
Setelah lebih kurang dua jam setengah kami berbincang, beberapa jenis bisnes diperdebatkan antaranya Halal Mini market, percetakan atau membesarkan perniagaan saya yang sedia ada di dalam bidang kewangan Islam. Akhirnya kami membuat keputusan untuk meneceburi bidang percetakan. Kebetulan En Yahya mempunyai pengalaman luas dalam bidang percetakan dan pernah bekerja di beberapa buat syarikat percetakan terkemuka tanahair. Kami sama-sama merangka proposal untuk dibentangkan kepada Datuk M.
Dua hari selepas itu, saya dan team terdiri dari saya, Ust Mohd dan En Yahya sama-sama ke rumah Datuk M untuk berbincang. Datuk M kata beliau lebih selesa berbicang di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail. Sebaik sampai ke rumah Datuk M, kami dijemput oleh Datuk M dan dipersilakan masuk ke rumah belaiu yang tersergam indah yang terletak di atas bukti. “Memang kaya betul Datuk M ni”, bisik saya dalam hati. Saya memperkenalkan En Yahya kepada Datuk M. Manakala Ust Mohd sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kerana mereka sudah pun mengenali anatra satu dengan lain.
Setelah membelek-belek proposal yang saya serahkan kepada beliau beberapa ketika dengan begitu tekun sekali, Datuk M bersuara, “ Nampak bagus proposal ni, Cuma you yakin ke projek ni boleh berjaya Dr Nik? “ tanya Datuk M inginkan kepastian. “Datuk, to be honest, saya tak ada kepakaran dalam printing ni. Cuma saya menarah kepercayaan penuh kepad En Yahya kerana beliau memang banyak pengalaman dalam bidang printing ni.”. Ujar saya ikhlas. Saya tak mahu berpura-pura tahu atau mengaku mahir dalam bidang yang sememangnya asing buat saya. “Oklah kalau begitu. Saya setuju untuk jadi funder kepada projek ni dengan modal permulaan sebanyak RM100,000. Tahniah Dr, En Yahya dan Ust Mohd juga walaupun bukan sebagai BOD, saya nak Ust Mohd juga bantu kami”, kata Datuk M penuh keceriaan. Kami bersalaman dan berpelukan bagi menzahirkan rasa kegembiraan dan kesyukuran kepada Allah kerana mempermudahkan segala urusan kami. Datuk M menyerahkan kepada kami dan memberikan kepercayaan penuh kepada kami untuk mengendalikan syarikat yang diberi nama Syihab Printing Sdn Bhd. Syihab adalah nama saya di kampung yang diberikan oleh al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang merupakan bapa saudara saya.  Cuma Datuk M minta supaya anak perempuannya juga dimasukkan sebagai BOD selain beliau. Jadi kami bertempat adalah BOD dalam syarikat dan saya dilantik sebagai CEO syarikat.
Maka bermulalah episod baru sebagai CEO  Syihab Printing Sdn Bhd dan dalam masa yang sama, saya juga adalah CEO bagi syarikat milik saya sendiri iaitu Syihab Excellence Agency Sdn Bhd. Tugasan dan tanggungjawab yang amat besar untuk dipikul. Kami telah melantik se orang graphic designer sebagai permulaan. Manakala tugas-tugas lain saya dan En Yahya yang uruskan termasuk bahagian pentadbiran, kewangan, promosi dan lain-lain. Kami tidak mempunyai staf lain. Kami berusaha sedaya upaya untuk jimatkan kos khususnya diperingkat awal perniagaan. Setiap hari kami keluar membuat promosi dari satu pejabat ke satu pejabat lain. Jabatan kerajaan dan swasta semua kami redah bersama.
Enam bulan berlalu. Namun di mana silapnya, satu pun kontrak tidak kami perolehi. Datuk M yang dahulunya begitu mesra sudah mula menunjukkan ‘warnanya’ yang sebenar. Saya dituduh tidak serius dan bersungguh membuat promosi. “Dah enam bulan Dr Nik, apa you buat? Bila I invest, I expected something in return”. Agak kasar kata-kata yang diluahkan oleh Datuk M. tidak pernah beliau bersikap begitu. Apa yang agak mengecewakan saya, En Yahya yang berada di dalam team saya sepatutnya mempertahankan saya, sebaliknya menuduh saya menyalahgunakan wang syarikat. “Subhanallah, En Yahya. Datuk, ini semua tidak benar. Satu sen pun saya tak guna duit syarikat secara salah. Saya tau halal dan haram. Saya dah buat macam-macam untuk majukan syarikat. Tapi apa daya, semuanya tak menjadi.” Sejak hari itu hubungan saya dengan En Yahya mulai renggang. Beliau sudah lagi tidak datang ke pejabat. Saya call pun dia tak jawab.
Suatu hari sebaik saya kembali dari Miri, Sarawak atas urusan bisnes saya, saya amat terkejut bila pihak bank menelefon saya. “En Nik ada tak buat permohonan untuk menukar tandatangan untuk akaun Syihab Printing Sdn Bhd?” tanya Puan Jue, se orang pegawai bank yang kami sering berurusan dengan beliau. “Eh, tak ada pulak. Kenapa?” tanya saya. “Ni, kami ada menerima permohonan untuk menukar tandatangan. Nama En Nik digugurkan dari Senarai penandatangan.” Jelas Puan Jue.
Masya Allah..apa dah jadi ni? Fikiran saya benar-benar buntu. Sungguh tidak disangka mereka sanggup melakukan saya sebegini. Memang saya akui saya ada kelemahan dalam mentadbir syarikat, namun saya juga punya hak untuk mempertahankan diri. Saya terus turun dari pejabat dan meluru ke bank yang terletak hanya beberapa minit saja dari pejabat saya. Saya maklumkan kepada Puan Jue supaya batalkan permohonan tersebut. Saya jelaskan kepada beliau, ini semua dilakukan tanpa persetujuan saya dan tandatangan yang ada dalam borang itu adalah tandatangan palsu!. Kalau ikut hati marah mahu saja saya buat laporan polis. Tapi setelah berfikir panjang saya batalkan hasrat saya. Tak mahu cerita ini berpanjangan.
Malam tersebut saya pulang agak lewat pulang dari pejabat. Saya sedang merancang, apa yang patut saya lakukan bagi mengembalikan semula kepercayaan Datuk M dan keluarga beliau. Bagi saya En Yahya sudah tidak relevan lagi. Saya memang mahu supaya Syihab Printing Sdn Bhd terus bangkit. Saya tidak mahu menjadi punca kemusnahan sebuah kepercayaan yang diletakkan ke atas bahu saya. Sedang saya termenung dan berfikir, tiba-tiba saya terdengar bunyi bising di luar pejabat saya yang terletak di dalam sebuah pusat membeli belah di Gombak. Saya keluar dari bilik dan sebelum saya sempat berbuat apa-apa, Datuk M dan isterinya Datin Munah, anaknya yang merupakan BOD dalam syarikat serta menantunya dan yang mengejutkan saya ialah En Yahya yang juga ada bersama sudah masuk ke dalam pejabat dengan muka yang bengis dan berang. Belum sempat saya membuka mulut, Datuk M dengan kerasnya menyuruh saya sign borang penukaran tandantangan di hadapan semua kaum kerabatnya. “Sign ni, sign sekarang! Kalau tidak, tau lah you apa akibatnya!” keras sekali amaran dan Ugutan Datuk M. “Sorry Datuk, saya tak boleh sign. Bukan begini caranya. Kita kena ikut procedure. Kita ada perjanjian. Saya masih lagi CEO dalam company ni.” Jawab saya agak tenang dan lembut sekali. “Ala..apa yang susah sangat Dr..sign jer lah..tak payah nak panjang-panjangkan cerita” sampuk En Yahya. “Menyibuk betul mamat ni” bisik saya dalam hati. Saya tetap berkeras untuk tidak sign borang tersebut. Saya tahu kalau saya sign akan hilang segala hak saya. Saya masih ingat, masih ada wang baki dalam bank sebanyak RM20,000 dalm akaun syarikat. Inilah wang yang mereka rancang untuk dikeluarkan dengan cara mengeluarkan tandantangan saya. Dengan cara yang sangat tidak beretika!
Gedebum! Saya terkejut besar, bila menantu Datuk M mula masuk hantu. Meja di dalam pejabat saya ditumbuk keras. Astaghfirullah! Saya menarik nafas panjang. Menantu Datuk M bukan orang lain dengan saya. Tiga bulan sebelum itu kita sama-sama menghabiskan masa bercuti di Switzeland atas pelawaan Datuk M kepada share partner beliau. Kami agak rapat. Entah siapa yang meracuni pemikirannya saya tidak pasti. Tapi saya sudah nampak siapa pembelot dan musang berbulu ayam. Sebagai langkah berjaga-jaga saya call kekanda saya Poknik dan beberapa lagi saudara mara yang ada di sekitar KL. “Bang! Datang ke pejabat ana sekarang. Ada Datuk M dan kaum kerabat dia datang. Nampak macam nak megganas jer. Risau juga takut nanti mereka belasah ana”. Lapor saya dengan suara perlahan dan terketar-ketar.



Wassalam – Bersambung…..
“Saya mahu anda jadi Jutawan dengan tips yang saya kongsikan.”
Artikel ini boleh juga anda baca di
~JANGAN JADI SEPERTI SAYA!”
~ Ikhlas~
Ust Dr Nik Rahim Abu Umair Al-Nikmy
USIM, Nilai, Negeri Sembilan
Rabu   30 Mac 2016 / 21 Jamadil Akhir 1437

#Kenapasayatidakjadijutawan
#jutawanmuslim
#jutawanmukmin
#sharingiscaring – jika anda merasakan bahawa perkongsian ini bermanfaat, kenapa tidak anda share dengan sahabat-sahabat anda yang lain agar mereka juga beroleh manafaat yang sama.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

BENARKAH EMAS ADALAH PELABURAN TERBAIK SEPANJANG ZAMAN?

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera sahabat semua.  Emas seperti yang kita ketahui adalah logam yang amat tinggi nilainya. Jadi tidak ...